Monday, February 8, 2010

Sepuluh minit cari idea untuk title.. so inilah tajuk entry kali ini..

Dear diary,

'You, ana ada jemput kita weeding abang dia loque'
'Bilakah?"
'6hb'
'You nak pegi ?'
'Tengok pada keadaan. Kalau i tak naik job lagi kita pegi ok'
'Deal!'

Ahah! seakan gagah betul update belog plus update dialog sekali bukan ? huuu.. tapi takpe, takpe. Ini belog aku yang PUNYA. Bukan belog ahmad albab okey.. Semenjak tiga menjak ni agak kerajinan aku nak menulis and ada jugak cerita-cerita menarik yang aku nak share together with my litle diary. It's my passion. Otak berbicara sambil mulut disenyapkan. Hanya jari-jemari bisa meluahkan segalanya. Uhuk! (Sori, terbatuk)

Okey, last weekend hajat hati masing-masing nak konvoi ramai-ramai berkereta ke rumah tok kenduri. Lokasi, Nyiur Gading Puncak Mahligai. Fuh! First time baca invitation card tu rasa kaget jugak. Oh, kalau sapa-sapa yang tak tahu KAGET, tu bahasa jawa bermaksud terkezut! wiiwink..Terpikir-pikir celah bedah mana la Puncak Mahligai ni. Huu! Nak-nak pulak kenduri Loque, Butterfinggers. Redah aje lah. Bukan selalu nak makan nasi kenduri tok datuk tok datin ni kan. To Ana, thanks for invited us (Ana ada baca belog aku ke ? whatever). Sampai tempat dituju, hati rasa taknak masuk pun ada. ahah! Sadis betul. Taknak cerita panjang-panjang. Then makan-makan then dapat sourvenier yang cute-cute. Bekas telur berbentuk sebiji epal. YAW! Then sambung makan lagi then si pengantin pun terjonggol. Tengah budak-budak kompang dok sebuk pukul-pukul kompang, kami ter'excited la jugak nak tengok raja sehari tu kan. Korang nak tengok pengantin cempoi ? Haa.. meh sini aku upload.. Nanti jap!

Haa.. sempoi tak ? sempoi ka tak ? Rambut maintain rock ok. Kalau bakal cik husband aku nanti beriya-iya nak kawen rambut panjang macam ni adoila jenuh aku. Huu! mintak simpang cepat! lalala. Tengok pulak cik pengantin perempuan tu so soo klasik but soooo sweet :)) wink!! Masa ni kan panas terik bukan main. Tak kuasa aku nak menempek lama-lama kat situ. Skin care ya puan-puan! Izinkan cik tuan tanah untuk menyelit. Ting!

Oh communique dambaan hati. Time ni aku maseh lagi excited sebab dapat dua biji epal. ahaha selagi boleh senget.. senget, nanti bila dah kawen dah nak kena jaga behaviour kan nenek kan ? kan ?.. wttuttut!

Sebelum pulang, sempat pulak posing satu dua. Cik aida kelihatan tersangat excited okey. Kemudian cik jijoe pulak dah macam baru lepas jadi sukarelawan basuh pinggan lauk kenduri kemudian cik udin macam budget artis cat farish pun ada kemudian yang cik purple and cik wiwhite tu still maintain couple of the year. ahaha! gelak satan! Huk! Then after finished all terus bergegas ke lokasi seterusnya. Apa yer ? Tunggu.. Will update next chapter. Bye diary!

Friday, February 5, 2010

Saat-saat hati menjadi cair, wink!

-amberwithlove-

Currently i'm enjoy and listening...

Thursday, February 4, 2010

Terapi di hujung minggu..

Dear diary,

Hari minggu dapat keluar bersama-sama dengan kekasih hati best kan ? hari-hari minggu off kerja dapat makan-makan bersama kekasih hati best kan ? ahah! apa benda yang tiba-tiba aku merepek neh. Sejak kebelakangan ni mood memasak aku on off on off. Tapi hari tu aku gagahi jugak tunaikan niat nak makan bersama. Ouch! akhirnya kami dah jumpa lokasi paling ideal untuk dilawati selalu. Yeeha! Best sangat ok. Malas nak detail panjang-panjang, sambil layan pics kita layan story ochee.

View pukul empat petang. Masa ni cuaca agak suam-suam kuku. Mendung tak mendung, panas tak panas.

Ok pic ni no wonder kalau you cakap pernah apek cina speaking chinese dengan you. Love your eyes sangat-sangat :)) Dia kalau bab junkfood ni, memang tak penah lepas dengan chocs and super ring. Dari dulu hingga kini. ahah! kunyah-kunyah-kunyah then show off gigi kuning kat aku. ish! cyunk cyunk..

That time aku sangat gigih memasak. Stok ayam dalam freezer dah kehabisan so lauk-lauk asas orang bujang je la yang aku serve. Cute tak ? Sambil makan sambil bersembang sambil mengadap laut china selatan, eh! mengadap tasek lalala.. huu! ada sardin, ada telur dadar ada sayur ada keropok dll. Oh, kebelakangan ni aku asik gian-gian dengan air bunga kuning. Dunno why..

Ok then bila perut dah masing-masing kenyang, perut dah naik muncit-muncit.. kitorang start goyang-goyang perut bagi nasi turun dengan smooth. Senang sikit nak tawaf satu tasik aite ? eheh! Best betul klick sana sini lalala..

Alalala.. sempat pulak main cak-cak :)) hey dear! i love you very-very much la! sila keluar dari batang pokok cepat..

Oh! he's my lovely tough. LOVE! Even orang cakap you gagah bila bekerja, even orang cakap you muka kaki gaduh tapi i tetap nak cakap dalam hati you ada TAMAN. (Eh, tertiru ayat adnan sempit la pulak. ahah)
*pampered*


Geli tak ? geli ka tak ? ahaha! Naseb la cik buah hati dapat aku yang super duper kaki bergambar. Layankan aje la eh. Muah! hampir petang kami jalan-jalan kat situ. Posing sana, posing sini. Then buat keputusan nak tonton wayang. Lokasi as usual, Cinelessure! Setahu aku tempat tu je la kot yang paling selesa untuk menonton. Selain tu tempat nak mencuci mata pun banyak. Best!

Masa jalan-jalan tunggu jam menonton, terserempak dengan bendalah ni. Adored! AVATAR! Apa lagi, sayang.. sila snap satuuuu :)) Nampak sangat sedang gigih nak tiru aksi beliau yang berekor tu. After tonton cerita yang aku kira boleh cop terhegeh-hegeh jugak la jalan cerita tu lalu kami pun terus amik keputusan shoot pulang. Sebelum tu sempat lagi singgah oldtown lepak-lepak pekena keow teow. Jalan-jalan lagi pusing semua gerai, then terbeli t-shirt hitam cik buah hati. Then jam 11 baru tolak balik. Fuh! selesai sudah aktiviti di hujung minggu aku. Akan diupdate jika rajin. Till meet again. Bye diary.

Pagi-pagi dah layan Gaga!

Dear diary!!

Hello hello hello! It's sunny day! yeah! wakeup... bangun sayang.. bersiap untuk ke tempat kerja.

Saturday, January 30, 2010

lalala.. hati riang!

Dear diary,

Ouch! sudah seminggu tidak update blog. Busy kebelakangan ni menyebabkan hati tak mampu untuk menulis, even terlalu banyak-banyak story yang aku nak luahkan kat sini. Tapi semua kisah cinta suka duka hanya berbekam dalam otak. Bila baru je start untuk berbelog, then inspirasi untuk menulis hilang.. hilang.. huh! What ever la kan. Now, tentiba ada mood untuk menulis so i'll update now :))

Okeyla, terasa nak cerita soal kerja. Dah lama tak bercerita pasal kerja kan diary ? ehe.. Ok, now aku sangat sibuk dengan kerja-kerja contract LKIM and some tender documentation. It's about IPD Pendang project. Sangat mencabar ok sebab now aku kena indipendent sendiri buat quotation sana sini untuk pricing. Sekarang ni almost 90% completed. Tinggal tunggu cik-cik bos final the figure jep. Submission on Wednesday. YAW! Malasnya nak inking!!! huuu.. Next, finally a good news terjawab jugak akhirnya even sebelum ni terlalu banyak sangat kontroversi ops! kontroversi la sangat kan.. last-last apa yang aku harapkan tercapai. Alhamdulillah tahun ni management dah revised salary aku. Bonus pun adalah even tak seberapa. uhuk! Better than previous. Thankfull to Allah! Berkatilah rezeki ini, tambahkan lagi rezeki yang DIREDHAI, Amin! So, barula semangat nak keja sekarang nih.

About lastday list, semua hajat telah terlaksana. Aku dan dia dah selamat hadirkan diri ke kursus kawen. ahah! Best thing that i never had. Lagi bertambah ilmu pengetahuan aku kat sana, lagi banyak belajar itu ini dan lain-lain lagi lah. Sepanjang dua hari berlangsung tu ada 6 slot semuanya. Ada belajar soal akidah, kesihatan, hubungan keluarga, prosedur perkahwinan dll. Paling best mestilah soal kesihatan dan hubungan keluarga. Bila ada je soal yang agak kena-kena je dengan kitorang, masing-masing dok menjeling masing-masing. Amaran supaya masing-masing INGAT. hehe! sweet sangat. Dear, i nak hidup dengan u sangat-sangat ok. Please don't let me down..

After teruja dapat beli lilin wangi padahal dah sampai rumah tak berapa wangi pun. Btw, i suka amat layan you speaking LONDON! :))



p/s: Dapat dslr yahoo! buah hati cakap hadiah harijadiku. Vah! awalnya. wink!

Thursday, January 21, 2010

P.S Telling the world how much you miss me ?

Dear diary,

Lama tidak menulis. As usual, hari-hari yang aku lalui dalam keadaan baik dan cukup sempurna. Insan dicinta sentiasa ada dekat di mata. Alhamdulillah last day, dia pulang dalam keadaan selamat, maseh lengkap anggota tubuh badan dan aku tengok dia semakin sehat (T.T). Update pls..
  • Seperti dijanjikan, aku dah selesai serve nasi ayam untuk dia. Simple but so special. Dia agak tak percaya yang aku boleh masak and sediakan bendalah tu. ahah! Nampak sangat la yang aku ni kurang ilmu memasak eh. Sekali dah masak, naik heran dua tiga kali. ish! Antara komen dari masakan aku tu adalah nasi yang aku masak tu layak dapat grade A, goreng ayam pun grade A. Just agak lemah dengan sup di situ. Terlajak rempah ratus la pulak. hehe! Ochee darling, i dah janji pada u yang i akan upgrade my cook better.. better.. Promise! :))
  • Citer bab makan last last day, dah selamat makan set tomyam. ahah! Betul-betul feel! Pizza pun dah selamat masuk dalam perut. Kalau nak makan pizza musti nak ke Wangsamaju yang super duper syiok environment kat situ. Selesa and fast service, yeah! OMG, Chocolate Volcano sangat HOT ok. Nak lagi. Ops! Oh, prosperity on the way! on the way! Susu? yeah, dah dipaksa minum. Susu HL sangat tulen. Minum malam, pagi-pagi terus cirit birit. uhuk!
  • Cik buah hati punya request kalau boleh dia nak aku rasa environment tempat kerja beliau di tengah-tengah penjara laut, rasa naik chopper, rasa everything macam dia penah alami menghuni di atas platform, It's offshore works. hu! hari tu, tak tahu nak merayap mana then terus ke petro sains. ahah! seumur hidup masa kecik tak penah pulak join lawatan kat situ then dah tua-tua ni baru teringat nak masuk. So now aku dah paham keadaan cik buah hati kat sana. Kesian! Kesian! eh, kesian ada syiok pun ada apa sebab banyak je entertainment kat sana kan sayang ? wink! Aku tengok bilik dia tidur, bilik dia makan, tempat dia kerja and everything lah. Kalau aku sumpah takkan kerja cam gitu. Salute sangat sebab dia betul-betul tough. Keep it up dear and i'll always support you. LOVE!
  • Last-last day jugak cik buah hati dah survey tempat kursus kawen. Ok, sabtu ahad ni takde aral lintang jadi la kitorang attend kursus yang susah sangat nak deal time tuh. Finally we got it. Oh Mahligai Firdaus!! we'll come!!
  • Cik tam dah siap berkilat. Dah hantar cuci luar dan dalam. Vakum.. Sangat fresh my car. lalala.. ;-)
  • Hari tu kitorang timbang berat badan. Oyeah! dia still maintain but i less 3kg. Sangat-sangat happy doh! Maybe 3 weeks tu aku jaga tak makan malam la kot. eheh!
  • Bekam ? uh! bila nak pi buat ni cik dear..
  • Oh yah! item ni amat penting.. i got my COMMUNIQUE! sangat-sangat teruja ok bila pegi ISetan tak sabar nak tunjuk kat cik buah hati. Time tu rasa debar-debar takot dah sold out. Bila tengok bendalah tu still hanging elok-elok je kat situ, meloncat aku kat situ ok. ahaha! Thanks darling. muuuuuuah!! :-*
  • Setel soal pengurusan kwsp, bayar duit kereta, duit rumah. Bil talipon belum then roadtax blum setel lagi.
  • and last but not list, my vacation. Taknak describe banyak-banyak just nak cakap it's superb! cherish all the memories.. Sangat-sangat tak dapat dilupakan. I love you!
I'm so obsessed with him. Trust me!

Saturday, January 16, 2010

Welcome home!! :))

Dear diary,

Bangun pagi aku dikejutkan dengan ringtone yang aku kira dah lama sangat la tak berbunyi. Offspring! Guess what ? Cik buah hati dah selamat sampai Kerteh pukul sepuluh pagi tadi. Then now, he's on the way to K.Terengganu airport then catch the flight heading to Skypark at four pi em. Yeah! i'm so excited. Ada beberapa jam lagi tu. Ah! sempat la aku layan perasaan tonton hindustan dulu petang nanti. Ok, diary kecil. Aku nak laundry baju-baju yang dah sebakul tak basuh. Then, kemas-kemas bilik then memasak then tengok tv then eh ? dah petang. ahah! Hope dia pulang dengan selamat nanti. Waiting for you. I love you..


Thursday, January 14, 2010

Finally..

Dear diary,

Terasa lama tidak menulis. Malam ni baru terasa hati untuk mengomel apa yang terlintas di fikiran. Hari ni empat belas haribulan satu, bermakna sudah tujuh belas hari aku ditinggalkan. Ditinggalkan bukan untuk selamanya, ataupun bukan ditinggalkan tanpa bertali.. tapi cuma untuk seketika. Keluar kerja untuk mencari rezeki yang halal. Kata orang, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Eh! belum jadi isteri la sayang huhu!. Ok dalam kontek cam gini, hati kena betul-betul cekal. Hati kena betul-betul tabah. Demi untuk keselesaan esok, kita kenalah berkorban sikit pada waktu sekarang. Ye tak ? Insyaallah akan terang masa depan nanti. Tadi, as usual berchatting dengan insan tersayang. Waktu temu janji alam maya kami adalah sekitar jam 9 malam sampailah ke waktu yang bila mana si dia dah tak tahan sejuk sangat, then surrender off fesbuk. Ahaha! tadi, dia teramatlah nakal. Ooo nak sangat kenakan aku kat opis tadi eh. Then dia dah terima balasannya tadi. huhu! Pandai.. pandai.. Bila aku cakap taknak off.. taknak off taknak off banyak kali then dia terpaksa accept even aku tahu kat sana dia sedang dalam proses pembekuan. Tapi, aku gagah nak mendera dia jugak. Last-last dia kalah. Bila aku cakap, "aik! you dah surrender?" dibalasnya "aah, i sepender! i tak tahan sejuk dah ni". Then, bila aku cakap "you janji tak usik i lagi macam tadi kat opis ?" Then, " Kanji! i tak usik you macam tu lagi" Ish! ish.. he's too noty, but i still loved him. Love him sooo much! Tadi banyak cerita yang di'share bersama. Soal kerja, calculation, makan, gosip, unstable emosi and manymore. Hm, aku agak tak berapa sehat emosi dan hormon kebelakangan ni. Dia cakap kena banyak minum susu and honey. Lagi satu, kena minum air kosong banyak-banyak jugak. Okey, nasehat tuan doc telah diterima pakai. Setiap kali bergayut atau berchating, banyak sangat benda yang di'planning. Kalau tak highlight nanti kang ada je yang tercicir tak hengat. So, aku kena hupdate list sikit okey.
  1. First skali top carta dia cakap after balik nanti mahu bercuti. Oyeah! I need my holiday..
  2. Kena cari masa yang sesuai untuk attend kursus dua hari tu. eheh! kursus tawen la makcik!
  3. I need to cook nasi ayam, special for him huhu!
  4. Nak teman dia shopping! Eh! i teman you ke you temankan i eh. hehe!
  5. Nak makan Pizza, Prosperity and TOMYAM! Makanan wajib kena cari tapi pada hari lain-lain la. Huk!
  6. Nak cari Communique yang aku dambakan awal bulan lalu. Wish! wish! hope sangat bendalah tu masih ada lagi. Please.. please..
  7. Survey dslr.
  8. Dah berzaman cik buah hati tak buat bekam. Kena masuk dalam list neh!
  9. Hajat balik kampung halaman (dalam perancangan lagi)
  10. Kena pegi cuci kereta. Kesian cik tam. Tuan besar dia takde, main belasah je cik medem dia guna pakai.
Fuh! terasa nak enter number lagi tapi dah nak masuk ke angka sebelas. Cukup dulu kot, rasa macam ada lagi tapi tak ingat apa. Okeh, bila teringat nanti akan di'update kemudian. Dia cakap jangan stay lama-lama esok kerja. Ochee darling, i need my blanket now. Will update again. Bye diary.. Good night, mimpi indah!

Monday, January 11, 2010

Dear God and the lonely night. Such a tough feeling..


When you are not around, i just cried. I have wondered why ? Then i realised my tears just comes out searching for you. You are in my eyes. I know you are scared of darkness, that's why i keep my eyes open. If time is an ocean then i would spend every drop for you. If time is a drop then i would spend every ocean for you. When i am angry, you know what to do. You just smile and my anger loses the battle against it. Dear, i want to spend a whole day with you. I wish my life is just one day long. If we can talk only during nights, i wont bother my life being dark. How can i say, you are angel without halo and wings or an angel is you with a halo and wings. I guess the second is better.