Friday, October 30, 2009

Cheri Cheri Bum Bum!! Gaaga..

Dear diary,

Mata rasa ngantuk amat, yeah tadi dapat info dari my kesayangan mau lunch sesama sebelum semayang Jumaat. Aku ? apa lagi. Pantang and beriya sekali mengatakan Nak! Jom! hehe! Memandangkan hari ni cik buah hati dah start meninggalkan Juken yang terchinta atas sebab dapat ofer lain yang lebih memberangsangkan, so dia memang dah tak bekerja lagi hari ni. It's Public Holiday! Kalau dulu dia bekerja menangkap ikan, so kali ni mungkin si penangkap ketam pulak la kot. Ahah! best hari-hari makan ketam masak lemak. Shedap! wink! Ok, ida cuba nak mengarut-ngarut fullstop.


Neways, petang ni takde aral melintang pukang aku balik ke rumah kakak. Sebentar tadi aku baru je menalipon beliau mengatakan hajat hati mahu bertandang ke rumahnya. Esok pagi balik ke rumah asal balik. Ok, ok tadi semasa asyik me'lunch'kan diri masing-masing sibuk dok browsing mana lokasi untuk beristirehat untuk weekend ini. Picnic di Morib barangkali ? Shopping ? Jenjalan ke Bukit Tinggi ? Oh! itu tak mungkin lagi akan berlaku la kot lala.. 2x mendaki bukit tinggi is enough. Right baby ? Em.. just wait and see je la sebab maseh tiada dalam planning lagi and yang pastinya this Sunday dapat makan nasik kenduri. My classmate's weeding. Insyallah, akan tiba di pee jay soon. Congrats Zura!


Btw, seperti biasa nak upload pics la sikit nostalgia last week. eheh! lalaland.. Suka la pic kuning-kuning macam ni.


Comelkan comelkan tempat ni. Kalau bawak baby 3 4 tahun kat sini memang dia taknak balik umah. As, usual pics empunya tuan tanah wajib ditampal. Sweet moment even ada orang tu tersipu-sipu malu nak jadi sang cameraman.

Pakcik ni la yang suka sangat membuli aku. Aiseh! and dia jugak la yang aku paksa nak snap pic. eheh! "Kalau keluar jenjalan, you jangan harap dapat lari dari mangsa camera i cyunk!"

Ok, ok it seems like a pregnant mama fullstop!

Last pics before go to toilet. ahaha! You're my sweet dream love!









Darl, see you again this weekend.

Tuesday, October 27, 2009

Dear diary,

I don't care what people said about. Yeah! I'm a part of Akon's fun. Fun ? ahah a bit curly silly gun. Can't imagine i'm addicted to this guy, heavy blacky yucky men. auch! You know what, it's seems like my dream comes true. He stand in front of me eventho it's quite far from me. Accepted! But satisfaction. I was so enjoyed! Oh! btw, Malay is better.


Hehe, memantang entry kali ni si kulit gelap terus nak speaking. Ok aku tahu it's broken. Neways, last week seperti yang sedia maklum aku dah ke Sunway. Sampai sana area jam magrib then area jam lapan malam baru gerak ke dalam surf beach. Suasana time tu awesome! Ramai gila series aku tak percaya ramai jugak fan blacky tu kat sini. Majoriti yang datang tu of course la terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat contohnya seperti Melayu, Cina dan India (1 Malaysia), mat-mat salleh, mak arab tok arab, mat-mat kulit gelap pun tak terkecuali memeriahkan keadaan. Malam tu aku kasi chance masing-masing chuci matha. (Fuh! karangan aku memang A ok)


Sebelum si kulit gelap tu perform semestinya Hunny Madu and Nadia yang jadi MC menghangatkan lagi suasana sampailah cik Akon buat persembahan. Memang kenangan manis. ehehh! Superb! Superb! Memandangkan orang Mas ni lambat sikit nak update, so crowd banyak yang tak menjadi bila Akon sing lagu-lagu baru dia. Crowd plak tak heavy support cik kulit hitam tuh. Adey! So, song yang sangat peak time tu semestinya Beautiful, Right Now, Smack That bla bli blu. Ada lagi, haritu aku dah janji kat cik buah hati yang ini concert yang last kitorang pegi sebab tension berbaris panjang nak show tickets tu pun berjam, so nak tak nak time tu terkeluar la janji manisku tu. Tapi cammana kalau Lady Gaga plak yang datang Malaysia soon. Adoi! Hati gegar-hati gegar.. Whatsoever, I appreciated all that moments. Thanks darl cuz always be with me..







Terasa seperti berada di Sin City

Sebab dia, mata aku lebam. Menangis tak berlagu...

Dear diary,


Last night, tentiba hati rasa touching sorang-sorang. Aku rasa tahap menyampah aku pada dia makin bertambah plus membuak-buak. Memang stupid and bodoh gila babi. Dia sangat keji. Songsang. Bitch! Apa yang aku buat semuanya tak kena. Budget macam bagus sangat je. Pegi cilaka kau jauh-jauh. Semalam, naseb ada dia, si penyembuh hati. Ok, aku akan lebih kuat and brave lagi lepas ni. Tak payah nak dilayan sangat perempuan hodoh lagi busuk tuh. Remember, benda ni just sekejap saja. Ida.. sedapkan hati ok.




chill babe chill

Monday, October 26, 2009

Fly FM 4th Anniversary 2009


Performances by:
Joe Flizzow Faizal Tahir Yuna Estranged Bunkface One Buck Short Shila Lapsap Bittersweet Disagree Couple James Baum Caprice

Saturday, October 24, 2009

Let's sing a song.. You're so beautiful.........

Dear diary,

Terasa nak update sekejap boleh ? ehe.. Actually aku now di kdu Prima Damansara. Malam ni ada concert Akon. Yeha! excited moment inside lol. Can't wait! Can't wait! Tadi hajat hati nak ke Frim jenjalan dulu tapi memandangkan hujan dah turun now, so cancel la plan. Mungkin plan akan di postpone pada hari esok. God willing eh cyunk! Sementara tunggu jam malam, so aku dia dan kawan lepak mapley dulu. Layan.. Apa-apa pun, Sunway.. I come yeaah!




Bye love, diary..

Thursday, October 22, 2009

.It's beginning.

gay pride Pictures, Images and Photos


Dear diary,

Hari ini tahap excited kami untuk berjimat chermat telah bermula. Masing-masing ada target masing-masing. Siapakah yang akan berjaya mengumpul dana akhir bulan ni melebihi had yang ditetapkan, dia memang. Ok! aku amat menyahut cabaran tu. Bukan susah sangat pun kan (sedapkan hati ehe!). Semalam, seperti yang sedia maklum lepas je balik keja kami shopping sakan barang dapur sebab dah berhajat dalam hati. After lepak makan jap kat pot fav, Langgaq then terus rush ke Jusco. Damn! barang utama yang nak dicari tak jumpa plak, so kemudiannya kami teruskan perjalanan ke Carrefour. Gas ada. Cantik! Baru boleh shopping barang dapur yang lain. Kata pakcik sorang tu. So, dalam keadaan malam hampir ke pukul satu puluh tu, kami maseh lagi bershopping sakat. Nampak itu nak, nampak ini pun nak. Aiseh! Cammana nak save budget ni kan. Mula anggaran kasar just nak keluarkan duit lima puloh ringgit je sebagai permulaan modal usaha suci murni kami ni, tapi bila dah shopping, barang yang takde dalam list pun aku amik jugak. Last-last sampai cashier jumlah terkumpul almost satu ratus lima puloh ringgit sahaja. Sahaja! Sah! Ok fullstop.

Pagi tadi, cik buah hati dah mulakan operasi. Start masak kat umah. Yeah! nama menu pertama minggu ni nasi goreng pagi yang cerah. eheh! Semangat dia menggoreng pagi tadi. Sambil menggoreng sambil bergayut, ok ? wink! aku ? menu pertama goreng burger bujang. Makan bersama roti gardinear. OMG! hantam dua keping pagi tadi harap kenyang sampai ke petang. lalala.. Semangat aku nak masak balik keja nanti. (Senyum tak nampak gigi)

Till next chapter. Bye diary!

Wednesday, October 21, 2009

Peewit! hati terusik dek kamu.

Dear diary,

Aku rasa semua orang ada gambar waktu kicik-kicik dulu kan. Tak kisah la gambar sejak baru lahir ker, satu bulan ker, dua bulan ker, umur empat tahun ker. Bila kita dapat tengok sendiri diri kita masa kecik dulu mesti kita fikir, uh! cepatnya masa berlalu. Dolu-dolu, hidung masih lagi berhingus, baju pun ikut je apa yang mak pak kita pakaikan. Pendek kata, zaman kecik memang zaman terindah.

Sebab utama, kalau kecik dulu takde kisah pun nak kena berdikari sendiri cari duit. Apa yang kita nak semuanya pakai mintak and tunjuk jer. Pada orang yang lucky yakni lahir dalam keluarga senang, apa yang diorang nak pasti akan dapat. Lagi, time kecik-kecik dulu tak payah nak pikir pasal belajar. Ermm maksud den masa kita umur dua tiga empat tahun la. Time tu apa yang kita tahu asyik main-main-main, sepahkan barang mainan, minum susu, tonton kartun, ikut mak pak pegi kedai. Pendek kata masa kecik tu memang pantangla kalau tengok mak bersiap lawa-lawa pakai tudung bagai. Then mesti tanya mak nak pegi mana. Nak ikut je kerja. Kalau hajat tak dipenuhi, nangis jalan paling mudah sekali. Betul kan betul kan ? Bagi aku, seriesly memang teringin amat nak tengok balik pictures lama-lama zaman kecik-kecik dulu. Tapi malangnya, mak cakap banyak gambar aku yang dah rosak. Aiseh! Kalau ada pun memang aku takkan mengaku itu gambar aku. Mak cakap masa aku kecik dulu, aku nii tak comel sangat tapi manisnya ada. Mak cakap la kan. eheh. Sampai hati mak cakap anak mak tak comel. Bila aku lahir jer mulut memang tak berenti nangis. Mak cakap lagi, masa aku dilahirkan, abah takde kat sisi. Kesian mak. Mak rasa sakit sorang-sorang masa tu. Naseb jugak la mak bersalinkan aku di Hospital. Abah hantarkan then tinggalkan mak kat situ sebab abah ada hal penting. Apa? aku tak berapa pasti. Mungkin masa tu abah kerja di Pelabuhan Penang. Jauh lagi pulak tu. Fuh! Hospital Taiping. Yaya! itu tempat pertama aku rasai hidup alam dunia. Mungkin time tu aku belum rasa lagi Hospital Taiping ada aircond. Ceh! Mak cakap bila abah sampai Hospital, aku dah selamat dilahirkan. Abah azan and qamatkan aku, maklang timang-timang aku. Mak just senyum tengok aku nangis tanpa sakit fullstop.

Ok, hari tu dia ada tunjukkan semua pics masa dia kecik-kicik dulu. Aku ? jeles la jugak. ehem! Tapi aku jugak la orang yang paling teruja sekali bila dapat tengok rupa orang yang kita sayang waktu kecik dulu. Alahai, cumelnya dia. Terasa macam nak picit-picit hidung. Tapi, aku tahu sebelum aku jejak dunia, dia yang jejak kaki ke dunia ni dulu. eheh.. Time dia lahir, aku ada kat mana eh ? Fuh! jenuh nak pikir. Now, satu album kecik semua pics kecik dia aku simpan. Ye la, busan-busan boleh tatap baby boy yang degil tu puas-puas, bila aku marah dia aku tengok lagi pics dia. So kebarangkalian aku nak terus marah and merajuk tu dah tipis now. huu! cyunk!

Nak upload pics baby boy tu jap lah buat tatapan diary. ehe!

Kalau teliti lama-lama pic ni, aku rasa dah susah nak cari pin lampin tu sekarang ni eh.

Ermm.. yeah! aku rasa aku ingat la besikal tu. Aku pun penah ada dolu-dolu. eheh! cyunk,



.and.

ada lagi pic yang tak tahan minda. Sebab bila tengok, hati rasa sayu-sayu. Hati rasa munga-munga chinta. Hati rasa kembang kuncup kembang kuncup. Hati rasa kobar-kobar. Bertambah sayang aku pada dia. Rasa aku nak mintak mak kawen cepat la cam gini. Haha!

Alalala.. cumilnya cyunk. Curi pakcik Ahmadnye spec eh then lari-lari garu perut. Uh! Cup!





ps i♥u
siap u petang nanti i nak cubit2 pipi muncit.

How much i love you. Let's count our day..

Dear diary,

Alhamdulillah perut sudah diisi. Jam maseh lagi belum ke pukul 2. Dalam keadaan kekenyangan ni biasalah, mata jugak galak tak mahu berfungsi sepenuhnya. Ngantuk siut! Tadi lunch makan nasik ala kadar jer berlaukkan gulai masak lemak, telur masin and sambal ikan bilis. Asyik! Bila kena balik opis balik, mula la lesu balik. Adoi!

Ok, petang nanti kalau takde hal jadi la kot nak shopping barang dapur bersama cik buah hati. Wah! dah kena mula berjimat chermat balik la lepas ni. Dah nak kena start atur duit balik. Dah tak boleh nak berbelanja sesuka hati lagi. Fuh! Ya.. aku akan cuba merajinkan diri belajar masak itu ini. Moga cerah masa depan nanti. Au! Fokus! Neways, tak sabar nak jumpa cik buah hati even selalu berjumpa now. Semalam balik keja makan mcd lagi. Memang kami ni mcd's addict. Fuh! Kalau boleh makan mcd hari-hari alagkah nikmatnya. Tak payah masak. Boleh ? ehe.. Tinggalkan je la cerita mcd tuh. My love diary, you know what semalam aku ada call mak bertanyakan kabar. Alhamdulillah semuanya sehat belaka. Windu mak! Mak cakap barang-barang semua mak dah siapkan tinggal labu labi cute and junjungan sirih belum diuruskan lagi. Bila dengar semua persiapan dalam keadaan baik, aku sangat teruja. Tak boleh bayangkan lagi macam mana and apa yang diorang gubahkan. Gold! Gold! Tak sabar rasa hati. Harap-harap semuanya dalam keadaan sempurna nanti. Amin!

Dear sayang, aku chinta kamu sampai mati

Ini shoot yang kedua kali sebab kali pertama aku snap aku ternampak..Ops! muncitnya perut sayang..

Bila aku cakap nak jadi macam Wardina, dia gelak geli hati.
gggr.. geramnya!

Terasa nak lekat pictures ni kat sini. Best jugak lepas di'edit pic jadi ala-ala mambang kuning camgini eh. Act, rindu saat-saat bersama. Lepas makan pun sempat lagi nak pose-pose bagai. Nampak sangat la aku dan camera tak dapat dipisahkan. Cik buah hati, layan aja perangai yang itu ini. lalala.. (cyunk i nak dslr satuuu fullstop) Neways, banyak sangat suka duka bila nak hidup bersama ni kan, gaduh, baik, gaduh and baik balik. Biasalah lumrah orang berchinta. Banyak lagi yang nak kena tempuh soon. Apa yang aku harapkan cita-cita kami terlaksana jugak akhirnya nanti. Sayang, I love you..




ps i ♥ u
weekend ni kita tonton concert budak itam eh.

Tuesday, October 20, 2009

Don't let me fall - Lenka

Lovely Pictures, Images and Photos

Underneath the moon,
Underneath the stars
Here's a little heart for you
Up above the world,
Up above it all
Here's a hand to hold on to

But if I should break,
If I should fall away
What am I to do?
I need someone to take,
A little of the weight
Or I'll fall through

You're just the one
That I've been waiting for
I'll give you
All that I have
To give and more
But don't let me fall

Take a little time,
Walk a little line
Got the balance right
Give a little love,
Gimme just enough
So that I can hang on tight

We will be alright,
I'll be by your side
I wont let you down
But I gotta know,
No matter how things go
That you will be alright

You'll be the one
That I'll love forever more
I'll be here holding you
High above it all
But don't let me fall





amberwith

Monday, October 19, 2009

Dear diary..

Counting days for Raya Haji
Jom pegi Haji!

Wednesday, October 14, 2009

Do you know, Coke + Ajinomoto can be used to rape ladies..

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink. It is a cheap and widely used method. This method was used in Canny Ong murder. Rapist uses this method. Coca-cola+ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim. This mixture is poisonous if used too often on the victim.

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware. DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.

Regards,

Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur
Source: Hotmail

Title adalah Tajuk..

Dear diary,

Semalam aku on leave disebabkan perut yang memulas-mulas. Fuh! apakan daya pain setiap bulan macam ni lah. So pagi-pagi morning lagi aku dah inform Kak Sal atas alasan aku tak dapat masuk kerja sebab sakit perut. Accepted! So hari semalam, aku cuma restkan diri di rumah dengan baring-baring, golek-golek atas katil empuk, tonton tv, makan chips more sama neskefe panas, then tuam perut dengan air panas, kemas bilik sikit, mandi-manda, golek atas katil lagi dan lain-lain. Status masa tu memang bosan amat. Nasib ada tivi. Layan jugak la cerita-cerita best.


Kamu tahu cerita Sumpah Bunian?



Ahaha..itu cerita fav aku now. Actually selalunya aku just dapat tengok siaran ulangan cerita tu malam je kat tv9. Itu pon kalau malam takde jumpa kekaseh hati la. So disebabkan semalam satu hari suntuk aku ada kat umah, dapatlah tengok siaran kat tv3 jam 4.30 ptg. Best! suka sangat layan cerita tu. Bunian yang cun, sape tak suka tengok kan. ahah! Sekarang dah episod ke berapa aku tak pasti, tapi yang aku tahu si Hawa dah disumpah oleh daddy dia hidup di alam manusia. Best! best! tak sabar rasa tunggu episod seterusnya. Ok fullstop cerita bunian.



Now, aku kat opis seperti biasa. Makin sehat, makin berisi and berat badan makin bertambah. Mana-mana femfuan pun mesti terlalu amik kisah tentang berat badan. Even certain person tu memang dah kurus kering pun tapi dia still cakap dia gemuk. Nak kena diet. Nak kena exercise itu ini, makan ubat cepat kurus, minum teh orang kampung dan lain-lain. Nape eh ? Sampaikan ada yang terlalu obsess pada bab yang satu ni. Yes! dulu memang aku tak penah amik kesah pun tentang berat badan sebab biasanya, weight memang maintain. Tapi semenjak-menjak ni agak kritikal sikit. Dulu, diet memang tak penah ada dalam kamus hidup. Makan-makan-makan-makan! But now, adoi! Mau lihat ?

Saiz kelopak muka sekarang. Ada harapan berat cecah 60kg nanti. Tahniah!
Haaa.. lama tak expose pics. tu dia! hambik!







Ida, enough!!

Basshunter - Every Morning

There is one girl in my life that makes me love again
as pretty as a girl could be so beautiful.
Every morning she makes me a cup of coffee
with a smile on her face
I´m a man in love
and she´s glourious.
Baby, I want you to stay in my life.
Never say goodbye even if you cry im still by your side.

-world, I'm in love-

Monday, October 12, 2009

Aktiviti hujung minggu...

Dear diary,

Yesterday was my beautiful day! It's dating time! ahaha.. Serabai betul. Actually syok sangat dengan life sekarang ni. Orang yang disayangi selalu ada di sisi. Syukur amat. Kalau rindu-rinduan call jer dia then, pub! setengah jam kemudian mesti dia sampai. eheh! suka! suka! sebab dah tak macam dulu lagi. Terpaksa tanggung windu. (Kepada cik Ifa and Cik Bullet, wish you happy becoming dating hujung bulan ni. Solute pada diorang sebab almost 1 year tak jumpa, padahal sorang duduk Kedah sorang lagi duduk Kl jer. Ish!) Eh! tentiba pulak tertaip wish untuk diorang. Actually merekalah yang ketemukan aku dan dia. Best moment. To all of you, thanks friends..

Okeh, just nak berbalik pada cherita last weekend, kami memang berchadang nak lepak-relaks-picnic-snap pictures-main lelayang di sekitar Metropolitan Kepong. Tempat famili-famili angkut famili diorang beriadah hujung minggu kat situ. Location memang tiptop. Mendamaikan sebab ada padang yang luas boleh main-main lelayang, then ada lake kat situ, orang boleh memancing jugak, plus boleh bentang tikar tepi tasik then sambil makan cikedis sambil bergurau senda. Uh! sweet moment sangat. Tapi rancangan yang seakan-akan boleh buat aku diawang-awangan sekejap tu tak menjadi pulak sebab hari tu ada majlis open house. So plan pun agak lari la. Niat hati memang nak main layang-layang, tapi disebabkan panas terik lagi masa tu plus terlalu ramai yang berpusu-pusu that time. So plan cancel. Huh! But it's still the wonderful moment antara aku dan dia.


Terlalu excited tengok apek tu mancing. Keja-kejap dapat ikan. Syok tuuu! Lake tu kalau ada swan-swan lagi best kan. Cantik sangat view..


Ikan ape ni eh ? tahu ? kaler macam ikan mas.


Pose pulang. Wink! Forever love!



Malam tu, sebelum balik singgah Langgaq dulu pekena bihun sup sama char keow teow. Fuh! taknak balik... taknak kerja rasa hati. Taknak bagi dia balik dulu.. Ish! What so ever, miss si rambut perang tu so much.







lalala..nak cari kayu, nak cari kayu..

(lagu cik ekal)

Friday, October 9, 2009

Dap Dip Dup...

Dear diary,




Tak sabar nanti jam punch card.
Aku nak lari cepat-cepat then segera sampai ke Damansara.
Dah satu minggu tak jumpa. Kangannyeee kat dia!




lalala hoyeah..

Dear diary..terasa nak post entry picture semalam boleh..?

Pecah tanah LKIM, Sepang

Wednesday, October 7, 2009

Fuh! panasnya hari ni..

Dear diary,

Actually aku agak kebosanan now memandangkan Mr bos-bos semuanya takde kat office. So, asyik yahoo.com ajer lah. Hee! Takde apa pun yang nak dikecohkan pada diary kali ni just tadi after aku searching-searching folder terjumpa pulak pic lama ni. Bila tengok balik, memang rindu sangat kenangan masa tu. Kami adalah volunteer kepada mangsa banjir di Johor beberapa tahun yang lalu. Ok, masa tu memang aku masih lagi penuntut college. Seumur hidup tak pernah jejak kaki ke Johor. So bila dah ada peluang tu, aku join together aje lah. Best moment!

Masing-masing tengok burung. Teruja! Dijamin memang hundred percent candid. Sampaikan aku pun tak sedar makhluk mana yang snap picture ni. Si bibah still steady. Bagi senyuman paling manis pada sang cameraman. Cool huh!

Ini adalah first time aku pakai baju yang gedabak besar. Over size gila. Sabar je lah. Kalau bukan sebab nak buat amal kebajikan tu, sumpah aku takkan pakai triple xl ni.

Disebabkan semua tak dapat nak handle lagi pakai baju yang tak bleh blah ni, so kami fesyenkan baju ni jadi sebegini rupa. Simpul-simpul then ikat tepi. Gila annoying bila tengok balik sume pic yang serabai gila. Gurls, rindu all. Susah eh nak jumpe lagi sekarang ? ehee..

Before bergerak pulang ke Seremban.


Sebenarnya banyak lagi pictures gotong royong kat Johor ni tapi memandangkan banyak sangat folder pics yang hilang, so ini-ini je la pics yang dapat aku kutip. Apa-apa pun kenangan 2007 tu sangatlah bermakna buat kami semua even moment tu takkan dapat diulang untuk kali ke2.

Tuesday, October 6, 2009

.Tanpa Tajuk.

Dear diary,

Hari ni aku dan dia mula dengan hidup baru. Syukur sebab apa yang kami harapkan finally termakbul jugak. Dia dah dapat kerja baru. Dah tak payah nak ke laut tangkap ikan lagi. Tak payah nak sedih-sedih lagi. Kerja fixed yakni weekend is holiday. Oyeah! so aku tak rasa ditinggalkan lagi. Tadi aku tengok semangat benar pakcik tu nak pergi kerja. Dekat sangat la dari umah sewa beliau. Masuk keja pukul 8.30, pukul 8.00 baru gerak dari umah. Aku pun lebih kurang jugak la. Sangat-sangat dekat ke tempat kerja. Best sangat. Tak payah nak face crowded manusia-manusia kat train lagi. Tak payah nak jalan-jalan kat KLCC lagi. So mulai hari ni dah tak payah nak risau sangat la apa-apa yang dia always worried about me. Kerja stabil, tempat tinggal selesa dll. (Eh! banyak pulak perkataan lagi dan payah kat entry ni. Blurp!) Now, aku tengah syok kira-kira plank IBS. Tapi agak poning sikit kepala dengan drawing yang cik garfield design. Aduh! kena tambah power lagi la mata aku nampak gayanya neh. Kicik sungguh! Tinggal nak kira plank only. Hope dapat siapkan hari ni jugak la. Malas nak tangguh-tangguh lagi dah. Ok cik ida..

Oh! weekend lepas ada open house umah Rohaizah. Budak department aku jugak. Sampai sana area jam 8.00 malam. Taman Kosas ? Series serabut. Jem gila that time. Mungkin ramai sangat yang buat open haouse plus malam minggu lagi. Fuh! Environment umah beliau ? Ok la. Ramai jugak yang datang. Tak sangka plak sebelum aku sampai geng-geng farah dah sampai dulu lagi. Blush! hee.. Aku tak dapat nak makan manyak time tu sebab perut agak kekenyangan tapi pakcik tu pulak siap buat second round lagi. Then baru sibuk sakit perut la itu la. Ish! Hee..


Yeah, sebahagian dari office mate yang ada masa tu. Time tu diorang dah nak beransur balik. Disebabkan banyak sangat camera kat depan so mata masing-masing dah tak tahu nak hala yang mana satu. Si merah makngah tu wife pak lah.Wink! Ok diary, it's time for lunch. Nak makan apa nak makan apa. Nak makan apa nak makan apa. Fuh! tak tahu lagi. Tadi dah la tak amik breakfast. Apa-apa pun, will update later. Bye..





P.s i love you,
Mana cik engine tak call lagi ni.Busy kerja la kot.

Monday, October 5, 2009

I'm your biggest fan. I'll follow you until you love me..

I'm still loving you..

Dear darl,
Walau apa pun yang terjadi, hati kita tetap bersama. Cinta kita tetap bersatu.
Jatuh bangun mematangkan fikiran..mengajar kita erti kehidupan.


Ia kan ?
Alhamdulillah kita masih lagi tersenyum.



ps i love you
,
can't wait to hear a good news

Thursday, October 1, 2009

Saya pun mau story raya jugak..

Dear diary,

Salam aidilfitri. Dah lama rasa tak update precious space, my diary. Rindu rasa hati sebab dah lama tak buat sesi luah-luah perasaan macam dolu-dolu. Kalau dulu, pantang ada masa memang asyik nak update blog, maklumlah time tu tengah addict but sekarang ni busy sikit la nak mengadap then nak luah depan pc lama-lama. Mana nak jaga buah hati, kerja-kerja kat office, hal rumah tangga and jaga anak lagi. Ops, anak tekak yang dimaksudkan sebab semenjak-menjak ni aku ada simptom sakit tekak la pulok. Offfice masih berdebu. Hek!

Aku tahu sekarang ni mana-mana space pun akan sibuk-sibuk cerita pasal raya, kuih raya, baju raya dll. Macam-macam ada. Pendek kata aku memang suka la baca-baca, belek-belek blog ntah sape sape ntah just isi hilang stress tempat keja. Aku ? yeah.. ada cerita raya jugak. Hu! Alhamdulillah hari raya aku dalam keadaan aman tenteram, takde hujan, takde ribut.. pendek kata syukur la. Time beraya dengan famili, aku tengok mak menangis, so aku pun buat-buat nangis jugak la. Sebak la kan sebab dah banyak buat salah silap dengan mak. Plus mak aku tu tak buleh kalau anak-anak dia lama tak talipon. Lama tak talipon tu bukan erti sebulan atau dua bulan tak call, tapi kalau sampai tiga hari tak call pun dia dah rasa sunyi. Fuh! Kesian mak dah masuk tahun ketiga jadi long ranger sejak pemergian arwah abah. Raya tahun ni tak dapat nak ziarah pusara arwah atas sebab musabab. Sadis! Al-fatihah untuk abah. Okeyla, tamo sedih-sedih. Dia cakap hari-hari kena ceria selalu. Wink! Neways, last raya haritu agak debar-debar jugak rasa hati sebab ada insan yang bertandang ke rumah. Even banyak sangat hal yang nak kena face that time, but finally smile always paint on my lips. Thanks dear. Malu! Blushing memang tak hengat la. Hee.. (Apa la dah banyak kali jumpa pun still nervous.) ok.ok..cukup!

Hari raya part yang paling best bila semua berkumpul untuk bermaafan. Mula dari yang muda mengadap ampun maaf pada yang tua. Time tu memang tak sah la kalau tak keluarkan air mata. Itu belum bukak backup sound kitaro lagi, kalau tak memang sah-sah la lagi tragis. Hu! Then then, Pichi raya famili tak dapat nak upload pulak plus dengan si teruna tu pun tak sempat nak amik pic sesama.. Adeh! susunan ayat memang fail ok. Aku accepted! yang ada cuma beberapa keping pichi dengan member2 jer berhari raya dari pagi hingga petang.

Ehe! time ni odw nak ke rumah mastura. Ada buat makan-makan plak, apa lagi kami SERANG!


Semua control-control gitu! Miss all..
Hanun, eda and Ros. Fuh! member sejak kecik dolu-dolu ni. Since when ah? oo since tadika kemas lagi but except cik anun anak pak midi lalala.. Masing-masing tengak practical sekarang tu cuma sorang makcik tu je yang tak reti-reti nak abis belaja. Fuh!

Ini sesi petang. Sesi penghabisan untuk hari tu maklum hari dah nak masuk senja. Tahun kali ni raya tak banyak geng yang balik kampung lor. Stok ini je yang ada. Sadis!
Guys, jangan lupa balik raya haji ni lol

Next, bila dah ada kat umah tu memang bahagia bila ada budak-budak kicik terjerit-jerit, nangis, itu ini. Aku dengan budak-budak ni memang setuju sangat la. Sebab tu la semua anak buah sayang pada acik dia. Hehe! Makin lama makin bertambah anak buah aku and now dah cecah angka 9 orang anak bebuah beta. Yuhu! Syok! syok!

Wink! alala.. Memer cibuk jer nak kacau Nabila. Dah nak balik baru nak mesra. Ish! Rasa cam nak cubit-cubit je pipi muncit dia tuh.

Cik ekal and his sibling, Kukish (Balqis). Yeah.. nama tu my mum yang panggil dia. Cute! Windu diorang sangat-sangat. Okla diary, agak kepenatan nak mengolah ayat yang ntah ape2 ntah ni. Banyak lagi keja harus dibereskan. Moga ketemu lagi. Bye diary!

Ps i love you.

Wish you all the best.