Saturday, January 30, 2010

lalala.. hati riang!

Dear diary,

Ouch! sudah seminggu tidak update blog. Busy kebelakangan ni menyebabkan hati tak mampu untuk menulis, even terlalu banyak-banyak story yang aku nak luahkan kat sini. Tapi semua kisah cinta suka duka hanya berbekam dalam otak. Bila baru je start untuk berbelog, then inspirasi untuk menulis hilang.. hilang.. huh! What ever la kan. Now, tentiba ada mood untuk menulis so i'll update now :))

Okeyla, terasa nak cerita soal kerja. Dah lama tak bercerita pasal kerja kan diary ? ehe.. Ok, now aku sangat sibuk dengan kerja-kerja contract LKIM and some tender documentation. It's about IPD Pendang project. Sangat mencabar ok sebab now aku kena indipendent sendiri buat quotation sana sini untuk pricing. Sekarang ni almost 90% completed. Tinggal tunggu cik-cik bos final the figure jep. Submission on Wednesday. YAW! Malasnya nak inking!!! huuu.. Next, finally a good news terjawab jugak akhirnya even sebelum ni terlalu banyak sangat kontroversi ops! kontroversi la sangat kan.. last-last apa yang aku harapkan tercapai. Alhamdulillah tahun ni management dah revised salary aku. Bonus pun adalah even tak seberapa. uhuk! Better than previous. Thankfull to Allah! Berkatilah rezeki ini, tambahkan lagi rezeki yang DIREDHAI, Amin! So, barula semangat nak keja sekarang nih.

About lastday list, semua hajat telah terlaksana. Aku dan dia dah selamat hadirkan diri ke kursus kawen. ahah! Best thing that i never had. Lagi bertambah ilmu pengetahuan aku kat sana, lagi banyak belajar itu ini dan lain-lain lagi lah. Sepanjang dua hari berlangsung tu ada 6 slot semuanya. Ada belajar soal akidah, kesihatan, hubungan keluarga, prosedur perkahwinan dll. Paling best mestilah soal kesihatan dan hubungan keluarga. Bila ada je soal yang agak kena-kena je dengan kitorang, masing-masing dok menjeling masing-masing. Amaran supaya masing-masing INGAT. hehe! sweet sangat. Dear, i nak hidup dengan u sangat-sangat ok. Please don't let me down..

After teruja dapat beli lilin wangi padahal dah sampai rumah tak berapa wangi pun. Btw, i suka amat layan you speaking LONDON! :))



p/s: Dapat dslr yahoo! buah hati cakap hadiah harijadiku. Vah! awalnya. wink!

Thursday, January 21, 2010

P.S Telling the world how much you miss me ?

Dear diary,

Lama tidak menulis. As usual, hari-hari yang aku lalui dalam keadaan baik dan cukup sempurna. Insan dicinta sentiasa ada dekat di mata. Alhamdulillah last day, dia pulang dalam keadaan selamat, maseh lengkap anggota tubuh badan dan aku tengok dia semakin sehat (T.T). Update pls..
  • Seperti dijanjikan, aku dah selesai serve nasi ayam untuk dia. Simple but so special. Dia agak tak percaya yang aku boleh masak and sediakan bendalah tu. ahah! Nampak sangat la yang aku ni kurang ilmu memasak eh. Sekali dah masak, naik heran dua tiga kali. ish! Antara komen dari masakan aku tu adalah nasi yang aku masak tu layak dapat grade A, goreng ayam pun grade A. Just agak lemah dengan sup di situ. Terlajak rempah ratus la pulak. hehe! Ochee darling, i dah janji pada u yang i akan upgrade my cook better.. better.. Promise! :))
  • Citer bab makan last last day, dah selamat makan set tomyam. ahah! Betul-betul feel! Pizza pun dah selamat masuk dalam perut. Kalau nak makan pizza musti nak ke Wangsamaju yang super duper syiok environment kat situ. Selesa and fast service, yeah! OMG, Chocolate Volcano sangat HOT ok. Nak lagi. Ops! Oh, prosperity on the way! on the way! Susu? yeah, dah dipaksa minum. Susu HL sangat tulen. Minum malam, pagi-pagi terus cirit birit. uhuk!
  • Cik buah hati punya request kalau boleh dia nak aku rasa environment tempat kerja beliau di tengah-tengah penjara laut, rasa naik chopper, rasa everything macam dia penah alami menghuni di atas platform, It's offshore works. hu! hari tu, tak tahu nak merayap mana then terus ke petro sains. ahah! seumur hidup masa kecik tak penah pulak join lawatan kat situ then dah tua-tua ni baru teringat nak masuk. So now aku dah paham keadaan cik buah hati kat sana. Kesian! Kesian! eh, kesian ada syiok pun ada apa sebab banyak je entertainment kat sana kan sayang ? wink! Aku tengok bilik dia tidur, bilik dia makan, tempat dia kerja and everything lah. Kalau aku sumpah takkan kerja cam gitu. Salute sangat sebab dia betul-betul tough. Keep it up dear and i'll always support you. LOVE!
  • Last-last day jugak cik buah hati dah survey tempat kursus kawen. Ok, sabtu ahad ni takde aral lintang jadi la kitorang attend kursus yang susah sangat nak deal time tuh. Finally we got it. Oh Mahligai Firdaus!! we'll come!!
  • Cik tam dah siap berkilat. Dah hantar cuci luar dan dalam. Vakum.. Sangat fresh my car. lalala.. ;-)
  • Hari tu kitorang timbang berat badan. Oyeah! dia still maintain but i less 3kg. Sangat-sangat happy doh! Maybe 3 weeks tu aku jaga tak makan malam la kot. eheh!
  • Bekam ? uh! bila nak pi buat ni cik dear..
  • Oh yah! item ni amat penting.. i got my COMMUNIQUE! sangat-sangat teruja ok bila pegi ISetan tak sabar nak tunjuk kat cik buah hati. Time tu rasa debar-debar takot dah sold out. Bila tengok bendalah tu still hanging elok-elok je kat situ, meloncat aku kat situ ok. ahaha! Thanks darling. muuuuuuah!! :-*
  • Setel soal pengurusan kwsp, bayar duit kereta, duit rumah. Bil talipon belum then roadtax blum setel lagi.
  • and last but not list, my vacation. Taknak describe banyak-banyak just nak cakap it's superb! cherish all the memories.. Sangat-sangat tak dapat dilupakan. I love you!
I'm so obsessed with him. Trust me!

Saturday, January 16, 2010

Welcome home!! :))

Dear diary,

Bangun pagi aku dikejutkan dengan ringtone yang aku kira dah lama sangat la tak berbunyi. Offspring! Guess what ? Cik buah hati dah selamat sampai Kerteh pukul sepuluh pagi tadi. Then now, he's on the way to K.Terengganu airport then catch the flight heading to Skypark at four pi em. Yeah! i'm so excited. Ada beberapa jam lagi tu. Ah! sempat la aku layan perasaan tonton hindustan dulu petang nanti. Ok, diary kecil. Aku nak laundry baju-baju yang dah sebakul tak basuh. Then, kemas-kemas bilik then memasak then tengok tv then eh ? dah petang. ahah! Hope dia pulang dengan selamat nanti. Waiting for you. I love you..


Thursday, January 14, 2010

Finally..

Dear diary,

Terasa lama tidak menulis. Malam ni baru terasa hati untuk mengomel apa yang terlintas di fikiran. Hari ni empat belas haribulan satu, bermakna sudah tujuh belas hari aku ditinggalkan. Ditinggalkan bukan untuk selamanya, ataupun bukan ditinggalkan tanpa bertali.. tapi cuma untuk seketika. Keluar kerja untuk mencari rezeki yang halal. Kata orang, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Eh! belum jadi isteri la sayang huhu!. Ok dalam kontek cam gini, hati kena betul-betul cekal. Hati kena betul-betul tabah. Demi untuk keselesaan esok, kita kenalah berkorban sikit pada waktu sekarang. Ye tak ? Insyaallah akan terang masa depan nanti. Tadi, as usual berchatting dengan insan tersayang. Waktu temu janji alam maya kami adalah sekitar jam 9 malam sampailah ke waktu yang bila mana si dia dah tak tahan sejuk sangat, then surrender off fesbuk. Ahaha! tadi, dia teramatlah nakal. Ooo nak sangat kenakan aku kat opis tadi eh. Then dia dah terima balasannya tadi. huhu! Pandai.. pandai.. Bila aku cakap taknak off.. taknak off taknak off banyak kali then dia terpaksa accept even aku tahu kat sana dia sedang dalam proses pembekuan. Tapi, aku gagah nak mendera dia jugak. Last-last dia kalah. Bila aku cakap, "aik! you dah surrender?" dibalasnya "aah, i sepender! i tak tahan sejuk dah ni". Then, bila aku cakap "you janji tak usik i lagi macam tadi kat opis ?" Then, " Kanji! i tak usik you macam tu lagi" Ish! ish.. he's too noty, but i still loved him. Love him sooo much! Tadi banyak cerita yang di'share bersama. Soal kerja, calculation, makan, gosip, unstable emosi and manymore. Hm, aku agak tak berapa sehat emosi dan hormon kebelakangan ni. Dia cakap kena banyak minum susu and honey. Lagi satu, kena minum air kosong banyak-banyak jugak. Okey, nasehat tuan doc telah diterima pakai. Setiap kali bergayut atau berchating, banyak sangat benda yang di'planning. Kalau tak highlight nanti kang ada je yang tercicir tak hengat. So, aku kena hupdate list sikit okey.
  1. First skali top carta dia cakap after balik nanti mahu bercuti. Oyeah! I need my holiday..
  2. Kena cari masa yang sesuai untuk attend kursus dua hari tu. eheh! kursus tawen la makcik!
  3. I need to cook nasi ayam, special for him huhu!
  4. Nak teman dia shopping! Eh! i teman you ke you temankan i eh. hehe!
  5. Nak makan Pizza, Prosperity and TOMYAM! Makanan wajib kena cari tapi pada hari lain-lain la. Huk!
  6. Nak cari Communique yang aku dambakan awal bulan lalu. Wish! wish! hope sangat bendalah tu masih ada lagi. Please.. please..
  7. Survey dslr.
  8. Dah berzaman cik buah hati tak buat bekam. Kena masuk dalam list neh!
  9. Hajat balik kampung halaman (dalam perancangan lagi)
  10. Kena pegi cuci kereta. Kesian cik tam. Tuan besar dia takde, main belasah je cik medem dia guna pakai.
Fuh! terasa nak enter number lagi tapi dah nak masuk ke angka sebelas. Cukup dulu kot, rasa macam ada lagi tapi tak ingat apa. Okeh, bila teringat nanti akan di'update kemudian. Dia cakap jangan stay lama-lama esok kerja. Ochee darling, i need my blanket now. Will update again. Bye diary.. Good night, mimpi indah!

Monday, January 11, 2010

Dear God and the lonely night. Such a tough feeling..


When you are not around, i just cried. I have wondered why ? Then i realised my tears just comes out searching for you. You are in my eyes. I know you are scared of darkness, that's why i keep my eyes open. If time is an ocean then i would spend every drop for you. If time is a drop then i would spend every ocean for you. When i am angry, you know what to do. You just smile and my anger loses the battle against it. Dear, i want to spend a whole day with you. I wish my life is just one day long. If we can talk only during nights, i wont bother my life being dark. How can i say, you are angel without halo and wings or an angel is you with a halo and wings. I guess the second is better.

Saturday, January 9, 2010

Untitled...

Dear diary,

Jam dah menunjukkan ke pukul 12.35. Mata maseh lagi galak tak dapat tidur. Tadi after finished chat with him, ingatkan dah boleh berdengkur tapi pejam pejam pejam tak boleh lena jugak. Lonely. Then, capai laptop search blogger and start typing. Tak ada apa pun hal yang nak diluahkan cuma kebelakangan ni hati asyik sayu-sayu, hati cepat sangat tersentuh. Betul kata orang, terlalu banyak ujian, dugaan dan rintangan yang akan kita hadapi sebelum kita mencapai sesuatu kebahagiaan. It's truth! Tapi aku pasti pelangi itu akan tetap muncul bersinar. YAKIN! Harap kita sama-sama dapat menempuh ujian ini, kuat, tabah dan berbanyakkan bersabar. Aku sangat merindui kamu.. Sayang, aku akan sentiasa menunggu kepulangan kamu. Cinta ini untuk kamu sampai bila-bila. Jangan bersedih lagi.. Bila kau merindui aku, pejamkan mata. Aku pasti sentiasa dekat denganmu..




amberwith

Tuesday, January 5, 2010

Heart and Touch!

Color splash Pictures, Images and Photos
Dear diary,

Internet curiku malam ni agak suks. Slow sangat, cik buah hati cakap maybe effect dari hujan yang lebat amat td. Fuh! so, nak taknak sesi berchatting pada malam ni agak terganggu sedikit. Sorry sayang sebab terpaksa tunggu beberapa second untuk i reply "ochee" "aah" " eh?" dan lain-lain and thanks sangat sebab memahami kondisi sebenar. Oh ya, masuk hari ni hampir two weeks la kot tak ketemu. Sampai hati you, pegi holiday kat laut sorang-sorang. Huhu! holiday la sangat kan. wink! Baru aku tahu rupanya platform kat M'sia ni pun ada banyak nama rupanya. Ada Alfa, Beta, Charlie, Delta bla..bla..bla.. Now, dia dah ada kat platform baru. No i-talk, but got internet. yea! best sangat! malam-malam dapat chat, siang-siang pun dapat chat. Itu pun kalau tak busy keja la. Kalau nak make call pun cuma 5 minutes je. Sadis! sadis! Semalam, berchatting cukup sempurna. Tak sabar menunggu kepulangan kekasih hati. Harapnya jadi la dia turun job Jumaat ni. * WISH & HOPE!* So, aku dah plan sesuatu bila dia dah balik darat nanti. What? yeah, i want to cook something for him. It's nasi ayam. Ok tak, ok tak ? ahah.. Dia excited sangat even aku dah info awal-awal yang aku tak penah masak bendalah tu. Pandai makan saja. Then dia cakap dia tak kisah sebab dia tahu apa yang aku masak mesti sedap. Masak dengan penuh kasih sayang la katakan. wink! wink! So, start dari sekarang aku patut search google cari resipi nasi ayam. Uh! tak la remeh sangat aku kira. Insyaallah, i'll serve for him perfectly soon. Dia sangat teruja dan terharu. Naseb tak menangis. hehe!

Ochee la, SURAYA dah start. stop for now. Will update soon. Bye lovely diary!

Friday, January 1, 2010

Satu haribulan satu tahun dua ribu sepuluh.. sangat menghiburkan.


Dear diary,

Pagi tadi mintak permission dari cik buah hati untuk keluar. Approved! Rindu rasa hati aku nak jumpa dengan my BF. Nak kata lama tak jumpa tu tak la jugak lebih kurang sebulan la tak berjumpa kot. hek! Seperti biasa, dari rumah on the way ke tempat yang ingin dituju.. KLCC! Yeah, berzaman dah aku tak menjejak kaki kat situ after perpindahan dari Etiqa ke Melawati Urban tempoh hari. Lagian, menjak-menjak aku sekarang ni pun semakin out dari kl, so bila berdetim asik nak ke Damansara aje. eheh! Blurp! Bila first time masuk td, terus menusuk hidung bau boy roti. Fuh! rindu-rindu amat sangat. Bila tengok kedai bunga depan entrance tu, teringat masa cik buah hati belikan aku sejambak bunga tanda chenta. Wee! sweet sangat. Time tu aku menadah tangan dengan hati terbuka, hati kembang kuncup kembang kuncup. Miss that moment. Lagi, kat KLCC tu jugaklah hati terpaut pada si dia. Depan KFC.. Hm, itula tempat pertemuan pertama aku dan dia. Dunkin Donut menjadi tempat pertama aku dan dia menikmati mocca capucino. Kat situ jugak la aku terpaut pada senyuman yang terukir di bibir, lirikan mata yang mencengkam jiwa dan jugak gelak tawa yang memikat hati. Sejak hari tu, aku mula jatuh cinta. Apa lagi yang menarik tentang KLCC. Yah! Di situ jugak aku menjadi 'Paulina' dimana sentiasa menjadi perhatian ramai. Fuh! rindu lagi. (Wow! ayat makin maju, jiwang siot aha!)

Enough bermaksud CUKUP lah tu..

YES! Year End Sale! Memang menyakitkan hati. Mata rambang tak hingat tengok everysinglething ada discount sale. Damn! Cik buah hati takde disisi. Tadi, start dari ISETAN then masuk PDI then masuk Topshop then masuk GAP then masuk pulak Swatch diikuti dengan singgah di ZARA bla bla bla dan banyak lagi la. Ikutkan rasa hati nak keluarkan je duit simpanan, satu ribu pun cukupla supaya aku boleh shopping sepuas-puas. hati Aduh! femfuan! femfuan! memang takde keja lain. Tapi, disebabkan aku ni nak menjadi cik tunang merangkap isteri mithali so start dari sekarang la aku dah kena practice menjaga harta karun ismith ulam raja si bakal suami. Iya kan? Aku tak buleh buat bende sesuka hati sudah. So so nak taknak pendamkan aja la niat nak memiliki Communique yang sangat anggun tadi. Masyaallah! aku sangat admired pada baju td. Sungguh!

" You, tadi i tengok sale gila-gila kat klcc. I pun dah naik hantu gila-gila tadi"
" Eh? Ada shopping apa-apa tak tadi ?"
"Hm, i tunggu you balik. I hope you comeback sebelum YES end sale :( "
"La, kenapa tak beli je td pakai duit tu dulu. Nanti i ganti balik"
*sigh*
" It's ok darling, i balik nanti kita pegi cari ok"

**
Mengomel dalam hati mintak-mintak bendalah tu ada lagi.

Not really fullstop,

Tadi, after lunch Mcd terus amik angin di taman larangan. Kami borak itu, kami borak ini, bla bla bla. Apa nak jadi sekarang. Bertambah-tambah foreigner ada kat situ. Kalau berselisih dengan minah mat salleh tak pun minah tok arab yang cun melecun, sexy bagai yang mata pun macam-macam kaler ada tu kira orait la jugak kan. Sekurang-kurangnya sejuk jugak mata memandang lihat perempuan cantik depan mata. Ini, yang bersepah-sepah kat situ minah-minah cewek yang bila bertembung rasa nak cakap, " Bibik! baju saya tadi sudah dibasuh? " Alahai, mewah betul diorang kat sini. Jalan sesuka hati. Nak sapu Malaysia la sangat. GTH! (Cik ida sayang, cukup-cukup la tu. Ingat! bilik u tu tiap-tiap bulan cik bibik jugak yang tolong kemaskan. Remember!) *Ocheee!!

Ops! banyaknya aku menaip. Tempek pictures la sikit. Excited semenjak kebelakangan ni addict sangat aku meng'edit gambar. Apa-apa pun, kita ENJOY!

Uh! pose sebegini amat wajib ok. Aku sangat menghargai kaki. Kerananya, aku bisa berjalan. Syukur pada Tuhan.

Where is the ? I know, my love never faded away!

Aku tetap menunggu kepulanganmu. Pulanglah sayang..

BFF, aku tahu even segerombolan kita yang lain tak dapat detim bersama tapi aku pasti kau tetap gembira bersamaku. kan nenek kan kan kan.. eheh!

Ida Hanun

Yeah! berjaya jugak ajar makcik ni buat muncung-muncung.

Oh, balik tadi after berpisah dia sempat berkata "Goodbye 32!" Aku terpinga-pinga BLUR lalu aku membalas "Goodbye 38". Hanun, kau memang sengal! will meet you again.