Thursday, January 14, 2010

Finally..

Dear diary,

Terasa lama tidak menulis. Malam ni baru terasa hati untuk mengomel apa yang terlintas di fikiran. Hari ni empat belas haribulan satu, bermakna sudah tujuh belas hari aku ditinggalkan. Ditinggalkan bukan untuk selamanya, ataupun bukan ditinggalkan tanpa bertali.. tapi cuma untuk seketika. Keluar kerja untuk mencari rezeki yang halal. Kata orang, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Eh! belum jadi isteri la sayang huhu!. Ok dalam kontek cam gini, hati kena betul-betul cekal. Hati kena betul-betul tabah. Demi untuk keselesaan esok, kita kenalah berkorban sikit pada waktu sekarang. Ye tak ? Insyaallah akan terang masa depan nanti. Tadi, as usual berchatting dengan insan tersayang. Waktu temu janji alam maya kami adalah sekitar jam 9 malam sampailah ke waktu yang bila mana si dia dah tak tahan sejuk sangat, then surrender off fesbuk. Ahaha! tadi, dia teramatlah nakal. Ooo nak sangat kenakan aku kat opis tadi eh. Then dia dah terima balasannya tadi. huhu! Pandai.. pandai.. Bila aku cakap taknak off.. taknak off taknak off banyak kali then dia terpaksa accept even aku tahu kat sana dia sedang dalam proses pembekuan. Tapi, aku gagah nak mendera dia jugak. Last-last dia kalah. Bila aku cakap, "aik! you dah surrender?" dibalasnya "aah, i sepender! i tak tahan sejuk dah ni". Then, bila aku cakap "you janji tak usik i lagi macam tadi kat opis ?" Then, " Kanji! i tak usik you macam tu lagi" Ish! ish.. he's too noty, but i still loved him. Love him sooo much! Tadi banyak cerita yang di'share bersama. Soal kerja, calculation, makan, gosip, unstable emosi and manymore. Hm, aku agak tak berapa sehat emosi dan hormon kebelakangan ni. Dia cakap kena banyak minum susu and honey. Lagi satu, kena minum air kosong banyak-banyak jugak. Okey, nasehat tuan doc telah diterima pakai. Setiap kali bergayut atau berchating, banyak sangat benda yang di'planning. Kalau tak highlight nanti kang ada je yang tercicir tak hengat. So, aku kena hupdate list sikit okey.
  1. First skali top carta dia cakap after balik nanti mahu bercuti. Oyeah! I need my holiday..
  2. Kena cari masa yang sesuai untuk attend kursus dua hari tu. eheh! kursus tawen la makcik!
  3. I need to cook nasi ayam, special for him huhu!
  4. Nak teman dia shopping! Eh! i teman you ke you temankan i eh. hehe!
  5. Nak makan Pizza, Prosperity and TOMYAM! Makanan wajib kena cari tapi pada hari lain-lain la. Huk!
  6. Nak cari Communique yang aku dambakan awal bulan lalu. Wish! wish! hope sangat bendalah tu masih ada lagi. Please.. please..
  7. Survey dslr.
  8. Dah berzaman cik buah hati tak buat bekam. Kena masuk dalam list neh!
  9. Hajat balik kampung halaman (dalam perancangan lagi)
  10. Kena pegi cuci kereta. Kesian cik tam. Tuan besar dia takde, main belasah je cik medem dia guna pakai.
Fuh! terasa nak enter number lagi tapi dah nak masuk ke angka sebelas. Cukup dulu kot, rasa macam ada lagi tapi tak ingat apa. Okeh, bila teringat nanti akan di'update kemudian. Dia cakap jangan stay lama-lama esok kerja. Ochee darling, i need my blanket now. Will update again. Bye diary.. Good night, mimpi indah!