Thursday, February 25, 2010

Nothing to say.. Thanks buddies!

Status : Tengah syiok makan nasi ayam dengan kak sal, then my phone ringing. Then, pintu panty dibukak suddently, HAPPY BIRTHDAY! sambil bawak sekilo cake. Sambil layan panggilan misteri, sambil terharu cake ada depan mata. Rupanya panggilan dari cik buah hati. We shared my birthday's song together. lalala..

Wednesday, February 24, 2010

Dinner without candle light! BUT, it's still wonderful moment to shared!

Dear diary,

Selagi belum ending this February, selagi tu mood bahagia terpancar di raut wajah. Even nobody (they) wishes me on that day, but i accepted! Malam tu, jam sebelas setengah malam my mom call. Ajak makan-makan-dinner-malam dekat UKP. Yang paling penting mak cakap, ajak si dia sekali. Masa tu walaupun aku baru je nak terlena, bila mak dah call muka terus ada senyum. Macam ni :)) So, malam semalam after magribi kami bergegas ke rumah yang dituju. Masa tu tak sabar gila aku dgn dia nak melantak nasi ayam. Semangat masing-masing tak ambik lunch. Simpan perut biar kosong untuk malam hari. Yeah! kakak masak! Neways, bestnya bila mak ada kat kl. Boleh cium mak hari-hari. Muuuah! Apahal susunan ayat ntah apa-apa ni. Layan movie statik la sekejap ochee..

Oh! masa ni excited tahap memuncak atas sebab faktor kelaparan. Tomato tu favourite aku, that's why wajib fokus first!

Dilayan bagai bidadari. YAW! Kalau makan ayam kena potong dengan orange kan ?

The village! Masa tu kan.. orang tu kan.. makan kan.. banyaaaak.. Sampaikan berdahak depan mak. Sooo chill dear! Don't worry my mum still love you :)) Neways, mak memang tak suka cam-whore, sebab tu she's missing..

Sambil potong sambil make a wish lagi buat kali kedua even tanpa memejam mata. Sambil bibir tersenyum cenget. eheh! Uwh! abaikan two cups of rice depan aku tu ok. Itu tanda my sis sayang aku. Tapi, i swear tak habis nasik i makan tu ok. Betul tak tipu. Tak percaya tanya mak i. Wink!

After makan then lepak-lepak depan tv. Status channel ? asyik beralih-alih. Masa ni sesi borak-borak, gosip-gosip as usual. Excited tengok pictures bilabila jugak! Btw, even umur dah tune ke 24th, tapi lips still inginkan bendalah NIVEA muda remaja tu. alalal.. Raut wajah tak dapat nak terima a perfect matured makeup lagi. Why ? ah! Malas nak fikir, simpan pakai time kawen nt sudah eh.. eh ?

Alalala. Teruja makan kek sambil tengok perut muncit orang. Masa i cakap nak potong.. dia mintak sikit je. Kononnye dah kenyang. Tapi bila sekali i pusing nak kacau, kek dah licin. Fuh! Ini orang perut stokin laaaa.. :))

Vah! kan aku dah cakap, dia teruja tengok perut orang. ahah! Citer apa ntah masa tu. Big loser kot. (kalau tak salah sayang la kan..)

Kesimpulannya di sini, even dinner malam tu macam simple-simple je, even takde decoration belon-belon bagai macam dalam drama-drama anak orang kaya sambut birthday tu kan. Tapi aku tetap nak cakap, aku bersyukur pada Allah sebab dikurniakan keluarga bahagia. Terima kasih atas segalanya.



p/s: Ada lagi surprise birthday dari my collegue. Next update yah!

Sunday, February 21, 2010

Dear diary, It's such a perfect February... Thanks God, i found him!


It’s my birthday...and I’m thinking how glad I'm that you were here. You have given me so much supported, encouraged me, cared for me and I didn't even need to ask. I celebrated my wonderful day with you. I'm in awe of your boundless generosity, your infinite kindness that gentle inner glow that you so freely use to warm my life. My dear, most of all I wish that I'll always be as happy as you have made me.



Thanks love!
Three flows, three words.. I Love You!

Thursday, February 18, 2010

Please.. please..

Dear diary,

Aku bukan pendengar Hotfm yang tegar mahupun kalau kau kata radio era tu pilihan kau, aku tak kisah. Sebab i vote for flyfm. Kau cakap la lagu melayu apa yang tengah melatop sekarang pun aku tak tahu. Yang aku tahu lagu melayu yang aku minat zaman dolu-dolu lagu sarah raisudin duet dengan jamal abdillah, sandar pada kenangan. ahaha! Fuh! wttuttut! Lagi orang lain tak kisah. What ever it is, bukan aku nak cerita soal radio mana yang hit-hip-huit ataupun lagu apa yang kau suka, tapi saat-saat ni aku agak gian nak nyanyi please.. please..please, kamu jangan nakal.. (Buat versi manja masing-masing). Sumpah! aku memang pernah dengar lagu ni kat tv, iklan download lagu yang tak berapa femes kat tv3 tu. Mula-mula dengar memang agak tergedik-gedik lagu ni sebab tak habis-habis dengan please-please-please. Macam sucks! Tapi bila dah lama-lama hayati bibit-bibit lyricnya hati rasa jatuh chinta pada aliff. eh! silap. Hati mula jatuh cinta pada lagu ni. Tak penah-penah download malay song, now dah hegeh-hegeh search google. Yaqpursalammmm! Memang kena bagi pada cik buah hati cepat-cepat neh sebab macam kena je dengan si dia punya story. lalalala! Jangan marah darling. Sebelum you cubit i pecut jauh-jauuuuh! :))


Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Diriku untukmu
Diriku untukmu




p/s: Comel lagi suwit kan lagu ni ? kan aku dah cakap..

Wednesday, February 17, 2010

Percutian penuh bermakna bila ada bersama family tercinta..

Dear diary,

End of holiday buat aku asyik mengeluh (dalam hati). Alhamdulillah, perjalanan pergi balik tempoh hari dalam keadaan baik. Even memenatkan, tapi kenangan-kenangan manis bercuti memang tak dapat dilupakan.
  • Perjalanan balik kampung haritu berjalan dengan lancar without any traffic jam inside. Smooth and steady. Sampai ke rumah bakal mak mertua dalam jam pagi. Uhuk! Best moment. Pagi tu, aku dan dia singgah market membeli belah untuk breakfast. Nasi lemak and sedikit kuih muih. ok ? Sampai-sampai rumah, keluarga menyambut kepulangan anak dengan hati terbuka. eheh! TERHARU!
  • After breakfast, siap mandi-manda then bergegas ke umah bakal kakak ipar. lol. First time tengok anak bertama beliau. Comel. It's baby girl, Sofia Raudhah. Hamper Pureen yang tak seberapa tu finally dah selamat sampai Kedah. Yeah!
  • Sebelum tengah hari aku on the way gerak balik. Silver Forever! Best sangat mak and adik beradik dah selamat sampai rumah. Tengah hari tu mak masak sambal udang. Soo delicious!
  • Hari pertama balik aku just banyak lepak kat rumah, sembang-sembang, lepak-lepak sampai lebam dengan mak and family.
  • Balik kampung haritu dapat jugak attend kenduri kendara. Syoik!
  • Hari berikut, aku and family jalan-jalan buang duit ke Taiping. Beli-beli barang keperluan untuk suatu hari kelak. Keperluan ? (Kalau cik buah hati baca di mesti tak berenti mengomel neh. eheh!) Hari tu jugak birthday my sister. Kitorang celebrate Pizza. Time tu best sangat sebab dapat usik anak buah aku cik ani makan pizza tak pandai pakai pisau garfu. Wink! Chocs Volcano tak habis makan. Sangat merugikan!
  • Hari-hari cam-whoring pictures anak-anak buah yang so sooo cute! Hari-hari main-main dengan diorang. Tiap-tiap malam aku teman diorang buat kerja sekolah. Uh! terharu sebab cik Cimie dah pandai membaca. Cik Ekal yang baru masuk tadika tu plak bila buat kerja sekolah, kalah macam budak tingkatan satu buat keja. Ahaha! Cik Memey still taknak mesra. Bila jauh-jauh baru nak gelak-gelak. Cik kukish yang dah pandai galak manja and Cik Bilabila yang dah pandai ketawa bila diacah. Fuh! mereka sangat-sangat penyeri dalam keluarga :)) Mereka-mereka ni selalu buat kami ketawa, kami teruja. Uh! seriesly budak-budak ni jugak buat aku teransang nak beranak malam ni jugak. Boleh ?
Nur Nabila Aina - Bilabila

Amir Arshad - Memey

Nurul Balqis - Kukish


  • Pagi tu, budak-budak kelam kabut nak mandi pagi sampai nak masuk bilik air pun kena amik no. Ikut turn. Nak taknak terpaksa kerah budak-budak mandi manda kat luar. Alahai bestnye jadi budak kicik neh. Boleh bogel suka hati, ahah!
Oh! ni cimie and ekal. Kepit lagi sayang, kepit! MALUlaaa!
  • Sepanjang balik kampung halaman, keadaan memang kemarau panas terik. Petang-petang budak-budak selalu goda-goda pujuk rayu makcik yang sorang ni pegi mandi sungai berendam macam badak sumbu. Seronok tengok diorang!
  • Masing-masing dah spend time rumah masing-masing, so connection pun agak kurang sikit sebab banyak habiskan masa dengan family. Thanks dear :))
  • Malam tu, family ada buat bbq sempena birthday my sis and me. Uh? sambut awal kat rumah. Memang enjoy that time!

  • Pictures ni betul-betul buat perut aku menggigil mahu lagi-lagi-lagi.
  • Sebelum balik KL last day, aku and family lepak-lepak rumah abang kat Kulim. Nak tengok rumah yang baru diorang beli and stay now. SATISFIED! Then dah jam petang tu ramai-ramai serbu ke rumah cik buah hati. My mom, sis and brothers jugak turut sama memeriahkan suasana. Oh, btw aku bergerak pulang ke keyhell dari rumah beliau. Best moment sebab dua keluarga dapat disatukan pada masa tu. Alhamdulillah!
  • Hati rasa sayu-sayu tengok mak and family beransur meninggalkan aku. Gonna miss you all always and you're always in my heart.




p/s: Syukur dengan apa yang dah ada sekarang

Thursday, February 11, 2010

So hard listening..

-Lady Gaga-

-Declan Galbraith-

Cerita Caca Merba!

Dear diary,

Oh! it's lunch time. Arini terasa malas nak turun makan. Tadi just pesan pada cik siti tapaukan nasi goreng je. Kak Sal as usual, join me together. Alhamdulillah aku sempat siapkan semua claim-claim subcons yang ribu riban tuh. Mood holiday kat opis ni sekarang pulak memang dah berkobar-kobar. Miss Ting and Mr Liew dah on leave today. Me ? Uh tomorrow ! Malam ni insyaallah takde aral aku dan dia akan bertolak pulang ke kampung halaman. Yahoo! Masing-masing tersangatlah excited sebab lama tak balik. Semalam, after tiga hari tak jumpa cik buah hati aku buat-buat bukak cerita hamper baby untuk anak sedara belum beli lagi. So semalam kol cik buah hati ambik kesempatan nak jumpa tu buat alasan hamper baby belum beli lagi. ahaha! kepala ota no. satu. Wink! So semalam, kitorang detim plus dah setel beli barang untuk bawak balik. Dalam kereta dah standby hamper baby dan sekotak limau gong xi fa cai. To Angeline, thanks again :)) Yeah, sesekali aku bawak leepy datang opis ni then terus menaip blog, terus banyak pulak idea bercurah-curah. So apa saja yang terlintas di fikiran aku akan terus menaip tanpa henti.

Em, ok aku harapkan perjalanan kami malam nanti berjalan dengan lancar dan selamat. Bestnye. Dah lama tak balik since engagement day last-last month. Semalam, aku dah siap call my mom. Miss her so much lol. Mak syukur sangat finally anaknya yang sorang ni dapat balik jugak. My sis and brother kat sini pun akan turut sama balik. EXCITED lagi. Tak sabar nak jumpa mak, tak sabar nak tengok laman rumah baru, tak sabar nak pegi makan kenduri, tak sabar nak jumpa bakal keluarga baru, tak sabar nak makan masakan mak dll. Semalam, sempat lagi mak tanya aku balik ni teringin nak makan apa. So jawapannya adalah.. SAMBAL UDANG! ahah dunno why, kalau kat sini aku tersangatlah addict pada masakan tomyam. Pendek kata memang hantu tomyam dari dulu kini dan selamanya. Tapi bila balik rumah, aku dah jarang suruh mak masakkan tomyam. Maybe terlalu banyak sangat makan tomyam cap kelantan kat kl ni kot sebab tu bila mak buat tomyam kat umah dah tak rasa kick lagi. huhu! Apa-apa pun sambal udang mak memang power. (ececey usaha ambik hati balik neh :))

Cakap apa lagi eh. Hm, my buah hati baru je call tadi cakap on the way ke Keyhell sebab nak uruskan loan moto. Fuh! tak tahu nak cakap suruh bersabar macam mana lagi dah. Betul-betul gian pakcik tu dengan moto besau. Harap-harap loan dapat disetelkan dengan kadar segera. PERINGATAN! makin bertambah la nilai debt kita nanti. Rumah plus kereta plus moto plus dll. *sigh* Nampak gaya lepas ni masing-masing kena bekerja keras lagi. YAW!

Next, last entry aku ada story attend weeding kan ? tapi still tergantung kan mana lokasi kami seterusnya. ahah! Neways, after selesai weeding tempoh hari aku dan dia ambil keputusan round-round lagi sekali ke FRIM. Lokasi amat menyejukkan. Banyak pokok-pokok saujana mata memandang. Btw, aku sangat menghargaai ciptaan Tuhan. Suka sangat dengan flora dan fauna ni. Sejuk mata mak ai! So, hari tu ada la sesi posing-posing. Senyum sana, senyum sini, senget sana, senget sini lalala.. Cik buah hati yang jarang nak bergambar tu pun finally jadi champion. Boleh la kalau nak cop model sambilan. ahah! ini JOKE!

Ahaha. As usual.

Okey, catch to go now. Btw, happy holls to all. Bye!

Wednesday, February 10, 2010

Dear diary..

Aku gila mengantuk kat opis hari ni. Nak tido boleh ?

Monday, February 8, 2010

Sepuluh minit cari idea untuk title.. so inilah tajuk entry kali ini..

Dear diary,

'You, ana ada jemput kita weeding abang dia loque'
'Bilakah?"
'6hb'
'You nak pegi ?'
'Tengok pada keadaan. Kalau i tak naik job lagi kita pegi ok'
'Deal!'

Ahah! seakan gagah betul update belog plus update dialog sekali bukan ? huuu.. tapi takpe, takpe. Ini belog aku yang PUNYA. Bukan belog ahmad albab okey.. Semenjak tiga menjak ni agak kerajinan aku nak menulis and ada jugak cerita-cerita menarik yang aku nak share together with my litle diary. It's my passion. Otak berbicara sambil mulut disenyapkan. Hanya jari-jemari bisa meluahkan segalanya. Uhuk! (Sori, terbatuk)

Okey, last weekend hajat hati masing-masing nak konvoi ramai-ramai berkereta ke rumah tok kenduri. Lokasi, Nyiur Gading Puncak Mahligai. Fuh! First time baca invitation card tu rasa kaget jugak. Oh, kalau sapa-sapa yang tak tahu KAGET, tu bahasa jawa bermaksud terkezut! wiiwink..Terpikir-pikir celah bedah mana la Puncak Mahligai ni. Huu! Nak-nak pulak kenduri Loque, Butterfinggers. Redah aje lah. Bukan selalu nak makan nasi kenduri tok datuk tok datin ni kan. To Ana, thanks for invited us (Ana ada baca belog aku ke ? whatever). Sampai tempat dituju, hati rasa taknak masuk pun ada. ahah! Sadis betul. Taknak cerita panjang-panjang. Then makan-makan then dapat sourvenier yang cute-cute. Bekas telur berbentuk sebiji epal. YAW! Then sambung makan lagi then si pengantin pun terjonggol. Tengah budak-budak kompang dok sebuk pukul-pukul kompang, kami ter'excited la jugak nak tengok raja sehari tu kan. Korang nak tengok pengantin cempoi ? Haa.. meh sini aku upload.. Nanti jap!

Haa.. sempoi tak ? sempoi ka tak ? Rambut maintain rock ok. Kalau bakal cik husband aku nanti beriya-iya nak kawen rambut panjang macam ni adoila jenuh aku. Huu! mintak simpang cepat! lalala. Tengok pulak cik pengantin perempuan tu so soo klasik but soooo sweet :)) wink!! Masa ni kan panas terik bukan main. Tak kuasa aku nak menempek lama-lama kat situ. Skin care ya puan-puan! Izinkan cik tuan tanah untuk menyelit. Ting!

Oh communique dambaan hati. Time ni aku maseh lagi excited sebab dapat dua biji epal. ahaha selagi boleh senget.. senget, nanti bila dah kawen dah nak kena jaga behaviour kan nenek kan ? kan ?.. wttuttut!

Sebelum pulang, sempat pulak posing satu dua. Cik aida kelihatan tersangat excited okey. Kemudian cik jijoe pulak dah macam baru lepas jadi sukarelawan basuh pinggan lauk kenduri kemudian cik udin macam budget artis cat farish pun ada kemudian yang cik purple and cik wiwhite tu still maintain couple of the year. ahaha! gelak satan! Huk! Then after finished all terus bergegas ke lokasi seterusnya. Apa yer ? Tunggu.. Will update next chapter. Bye diary!

Friday, February 5, 2010

Thursday, February 4, 2010

Terapi di hujung minggu..

Dear diary,

Hari minggu dapat keluar bersama-sama dengan kekasih hati best kan ? hari-hari minggu off kerja dapat makan-makan bersama kekasih hati best kan ? ahah! apa benda yang tiba-tiba aku merepek neh. Sejak kebelakangan ni mood memasak aku on off on off. Tapi hari tu aku gagahi jugak tunaikan niat nak makan bersama. Ouch! akhirnya kami dah jumpa lokasi paling ideal untuk dilawati selalu. Yeeha! Best sangat ok. Malas nak detail panjang-panjang, sambil layan pics kita layan story ochee.

View pukul empat petang. Masa ni cuaca agak suam-suam kuku. Mendung tak mendung, panas tak panas.

Ok pic ni no wonder kalau you cakap pernah apek cina speaking chinese dengan you. Love your eyes sangat-sangat :)) Dia kalau bab junkfood ni, memang tak penah lepas dengan chocs and super ring. Dari dulu hingga kini. ahah! kunyah-kunyah-kunyah then show off gigi kuning kat aku. ish! cyunk cyunk..

That time aku sangat gigih memasak. Stok ayam dalam freezer dah kehabisan so lauk-lauk asas orang bujang je la yang aku serve. Cute tak ? Sambil makan sambil bersembang sambil mengadap laut china selatan, eh! mengadap tasek lalala.. huu! ada sardin, ada telur dadar ada sayur ada keropok dll. Oh, kebelakangan ni aku asik gian-gian dengan air bunga kuning. Dunno why..

Ok then bila perut dah masing-masing kenyang, perut dah naik muncit-muncit.. kitorang start goyang-goyang perut bagi nasi turun dengan smooth. Senang sikit nak tawaf satu tasik aite ? eheh! Best betul klick sana sini lalala..

Alalala.. sempat pulak main cak-cak :)) hey dear! i love you very-very much la! sila keluar dari batang pokok cepat..

Oh! he's my lovely tough. LOVE! Even orang cakap you gagah bila bekerja, even orang cakap you muka kaki gaduh tapi i tetap nak cakap dalam hati you ada TAMAN. (Eh, tertiru ayat adnan sempit la pulak. ahah)
*pampered*


Geli tak ? geli ka tak ? ahaha! Naseb la cik buah hati dapat aku yang super duper kaki bergambar. Layankan aje la eh. Muah! hampir petang kami jalan-jalan kat situ. Posing sana, posing sini. Then buat keputusan nak tonton wayang. Lokasi as usual, Cinelessure! Setahu aku tempat tu je la kot yang paling selesa untuk menonton. Selain tu tempat nak mencuci mata pun banyak. Best!

Masa jalan-jalan tunggu jam menonton, terserempak dengan bendalah ni. Adored! AVATAR! Apa lagi, sayang.. sila snap satuuuu :)) Nampak sangat sedang gigih nak tiru aksi beliau yang berekor tu. After tonton cerita yang aku kira boleh cop terhegeh-hegeh jugak la jalan cerita tu lalu kami pun terus amik keputusan shoot pulang. Sebelum tu sempat lagi singgah oldtown lepak-lepak pekena keow teow. Jalan-jalan lagi pusing semua gerai, then terbeli t-shirt hitam cik buah hati. Then jam 11 baru tolak balik. Fuh! selesai sudah aktiviti di hujung minggu aku. Akan diupdate jika rajin. Till meet again. Bye diary.