Sunday, March 21, 2010

Asmaradana..

Dear diary,

Oh! malam ini kehujanan di luar jendela. Baru tadi jugak cik buah hati call. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik dan sehat. Masing-masing bertambah sayang. Masing-masing bertambah rindu yang semakin menebal. Sungguh! aku tak tipu. Memang teramat rindukan dia. Macam biasalah, banyak yang dibualkan start dari a b c lalalala sampai la aku jawab salam sayang. ahah! Neways, sempat jugak tadi masing-masing dok flashback zaman perkenalan kami dolu-dolu. Fuh! rasa kejap sangat masa ni berlalu. Terlalu pantas. Pejam celik dah setahun lebih perkenalan kami, sepuluh bulan aku dirisik, hampir empat bulan kami ditunangkan. Aku terlalu bersyukur pada Tuhan sebab ditemukan dengan insan sebaik dia. Muhammad Hafizi Bin Ahmad. Demi Allah! aku sangat mencintai dia dengan sepenuh hati. Dia seperti luna yang telah mewarnai sepanjang hidup. Tak hairanlah kalau aku selalu berjanji yang aku akan selalu jadi yang terbaik untuk dia. Dia pun sama. Berjanji akan hidup bersama hingga hujung nyawa. Semoga Tuhan mempermudahkan segala yang kami telah rancangkan. Uh! excited sangat bila sembang tadi aku ada hint tarikh yang sesuai. Aku tahu ramai benar yang bertanyakan bila ? bila ? bila ? Tadi bila aku dah kemukan tarikh yang aku kira cukup sesuai bagi kami, dia iyakan aja. Setuju benar nampaknya. hehe! Soooo happy now! tak sabar nak war-warkan pada mak. Senang! mak pun dh senang nak budget itu ini nanti kan. yeah! Pada yang lain tu, mungkin terlalu awal kalau aku nak hebahkan. So tunggu la masa dan keadaan yang sesuai nanti akan aku umumkan. Just sekarang ni aku kenalah lengkapkan lagi persediaan dalam alam rumahtangga nanti. Banyak lagi yang aku kena belajar dan sedar tanggungjawab aku sebagai seorang isteri nt sangat la besar. Bila dah kawen nanti pulak, aku kena pandai ambil hati semua orang. Aku dah tak boleh nak pentingkan diri sendiri, aku dah tak boleh degil, keras kepala, buat perangai dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang kesian kat dia sebab terpaksa layan karenah aku yang macam-macam. Tak boleh makan ayam yang masih berdarah la, tak lalu nak makan nasik dengan telur aje lah, then selalu memberontak kalau apa yang aku nak tak dapat dan banyak lagi lah. Huh! lepas ni aku kena tolak ke tepi semua perangai yang tak elok dengan gantikan yang baik-baik. Mesti dia akan bertambah sayang. Kan sayang kan ? kan ? :)) Walaupun tiap-tiap hari dia nasihat dan pesan aku benda yang sama , tapi aku wajib sedar yang apa yang dia buat memang yang terbaik untuk aku, untuk dia, untuk kami bersama and aku kena accept tu. Hm.. ok la diary, dah banyak yang aku luahkan rasa hati ni. Kat luar masih hujan lagi. Syooknye dapat tidur dalam keadaan sejuk-sejuk ni. Baru sedap nak berdengkur dan mimpi indah-indah. Mimpi ? ummm... aku nak mimpi indah-indah je dgn dia. Taknak mimpi lain lagi. Ada masa akan aku update lagi ya. Angin, kirimkan salam sayangku pada dia. Katakan yang aku benar-benar rindukan gelak tawa dan senda gurauan dia. Forever love. Good night sayang. Sweet dreams.. Muah!




p/s: Takde org lain yang aku tunggu-tunggu selain dia, adam dan sasha..