Thursday, April 29, 2010

Dear diary..

Sedang asyik menikmati kehujanan di luar jendela. Oh! aku terperangkap di dalam titisan rahmatMu.. Aku bersyukur..

Wednesday, April 28, 2010

Someone that i miss teribbly..

Dear diary,

Suka tawa bersama ibu masih dalam ingatan. Ada rezeki, panjang umur anak ibu balik lagi ok. I love you till the end of my breath. Miss you!

Wednesday, April 21, 2010

Aku ingin engkau selalu ada menemani..

Dear diary,

Wow! agak semakin aktif untuk menulis. Sambung cerita suka duka di diary kesayangan lagi. Okey, sejak jejaka tu balik banyak aktiviti yang kami manfaatkan bersama. Nak tahu ? macam biasa la macam yang aku selalu listkan dalam belog ni time2 dia dah dekat nak balik. Bila dah tulis, means benda tu kena highlight betul-betul. Entry kali ni kasi pendek-pendek saje aku bagi menjimatkan ruangan yang ada. Hari-hari outing sakan., berjalan sakan, makan sakan. hehe! Syukur amat balik kali ni dia tergerak hati nak potong rambut. Puas aku tegur sila potong rambut hencik! tapi dia nak sangat simpan-simpan lagi rambut tu. Fuh! Last2 baru dia rasa rimas sendiri. Dapat tahu dia nak potong rambut, terus carikan salon yang sesuai. Yaw!

Rounder punya sakan, last2 singgah Melawati jumpa salon ni. Sempat aja sementara tunggu dia gunting rambut tu. heee!

Hari tu sangat kenangan manis. Oh! bukan hari tu sahja. Hari-hari adalah kenangan manis bagi kami. Syukur alhamdulillah aku sudah jumpa orang yang mencintai diri ini dengan sepenuh hati. Fullstop. Petang tu aku dan dia mundar-mandir area Damansara. Makan, cit cat, window shopping etc. Bestnye! huhu! Then malam, tergerak hati nak pegi I-City. Nak tengok sikit apa yang ada sangat kat sana tu. Actually, memang ramai yang berkunjung kat situ. Biasala tempat baru. Quite nice. Sebab ada banyak lampu-lampu bercahaya mewarnai sekitar tempat tu. Mula-mula sampai tu agak excited la sebab tak sangka ada jugak idea orang nak buat tempat camtu. Lama-lama ada sana terasa macam dah takde apa2 yang best plak. huhu! Jenuh jugak cik buah hati jadi tukang photographer aku. Apa-apapun kami tetap enjoy! Bye for now. Till next entry. Muah Diary kesayangan!

Skodeng jangan tak skodeng. Wink!

Monday, April 19, 2010

Cahaya lilin bersama kek cawan..

Dear diary,


Sekian lama tak mengupdate blog yang dah semakin lesu kusam tak bermaya. Even terlalu banyak-banyak cerita suka duka dalam hidup aku sekarang ni, tapi bila si dia selalu ada di sisi, tahap kerajinan untuk berblogging sungguh pada tahap mendukacitakan. Serius! Sebabnya hidup tak rasa bosan lagi kan.. (smile)

Ok la, aku tahu tulisan dan susun kata semakin suks sejak akhir-akhir ni tapi aku akan gagahkan jugak try sedaya upaya update blog kesayangan hamba ni dengan cemerlang dan jayanya k. First sekali yang aku nak ceritakan is.. masa si buah hati boleh turun darat last-last week. Sangat tragis cerita ni ok. Terima kasih sayang sebab sudi bekorban apa saja demi chinta kita. Macam ni ceritanya. Since three weeks dia working di platform, Kerteh memang hati rasa cool jer sebab even berjauhan, tapi kami masih dapat berhubung. Alhamdulillah. Sekurangnya sekali or dua kali mesti dia akan call bertanyakan kabar berita. Agaknya dah berapa kali aku topupkan i-talk dia eh ? ahah. But satisfied! Bila lepas tiga minggu tu, then dengar cerita dia dah boleh balik. So masing-masing hati dah berkobar-kobar. Apa yang aku planning dengan Ul pun ku kira akan buat dia happy. Tunggu punya tunggu hari, berita dari sana agak kurang baik. Asyik ada probs then dia sukar untuk pulang. Sila highlight perkataan SUKAR tu ok :)) Sampai satu tahap, dia dah tak dapat nak stay lama-lama kat sana lagi and aku pun satu, bila dia call asyik merengek suruh dia pulang. Walaupun dalam hati masih rasa tabah untuk menghadapi situasi ni, tapi bila hati dah rindu.. lautan luas tu bukan penghalang kami lagi. Terima kasih sayang atas segala pengorbanan you selama ni. Hari tu, dia sampai dalam jam petang. Balik keja aku terus je bergegas nak jumpa insan kesayangan aku tu. Yeah! jumpa di Melawati then gerak ke tempat uul. Lepas rasa rindu :))

I love You!


Suka buat dia teruja tengok chocs bercawan-cawan kat depan mata. Akhirnya berjaya jugak planning nak surprise kan dia walaupun hari kejadian tak berapa surprise sangat puun.. :))


Tukang karut. Eh! salah tukang bawak cake. Thanks Norul!

Actually tiga empat hari sebelum dia balik tu aku memang dah rancang dengan ul nak bagi dia makan cupcakes puas-puas. Aku tahu dia suka chocs dan memandangkan aku ni tak seterer chef buat kuih muih, so aku order pada kakak ipar uul je mintak tolong dia buatkan. So simple but so sweet. Love so much! Malam tu kitorang makan malam sama-sama. Bual itu ini itu ini sampai lebam. Dalam hati masa tu masih tak percaya yang aku dah berjumpa dengan cik buah hati. Syukur sangat semua dalam keadaan selamat. Hope lepas ni dia dah tak buat perangai macam tu lagi.