Monday, April 19, 2010

Cahaya lilin bersama kek cawan..

Dear diary,


Sekian lama tak mengupdate blog yang dah semakin lesu kusam tak bermaya. Even terlalu banyak-banyak cerita suka duka dalam hidup aku sekarang ni, tapi bila si dia selalu ada di sisi, tahap kerajinan untuk berblogging sungguh pada tahap mendukacitakan. Serius! Sebabnya hidup tak rasa bosan lagi kan.. (smile)

Ok la, aku tahu tulisan dan susun kata semakin suks sejak akhir-akhir ni tapi aku akan gagahkan jugak try sedaya upaya update blog kesayangan hamba ni dengan cemerlang dan jayanya k. First sekali yang aku nak ceritakan is.. masa si buah hati boleh turun darat last-last week. Sangat tragis cerita ni ok. Terima kasih sayang sebab sudi bekorban apa saja demi chinta kita. Macam ni ceritanya. Since three weeks dia working di platform, Kerteh memang hati rasa cool jer sebab even berjauhan, tapi kami masih dapat berhubung. Alhamdulillah. Sekurangnya sekali or dua kali mesti dia akan call bertanyakan kabar berita. Agaknya dah berapa kali aku topupkan i-talk dia eh ? ahah. But satisfied! Bila lepas tiga minggu tu, then dengar cerita dia dah boleh balik. So masing-masing hati dah berkobar-kobar. Apa yang aku planning dengan Ul pun ku kira akan buat dia happy. Tunggu punya tunggu hari, berita dari sana agak kurang baik. Asyik ada probs then dia sukar untuk pulang. Sila highlight perkataan SUKAR tu ok :)) Sampai satu tahap, dia dah tak dapat nak stay lama-lama kat sana lagi and aku pun satu, bila dia call asyik merengek suruh dia pulang. Walaupun dalam hati masih rasa tabah untuk menghadapi situasi ni, tapi bila hati dah rindu.. lautan luas tu bukan penghalang kami lagi. Terima kasih sayang atas segala pengorbanan you selama ni. Hari tu, dia sampai dalam jam petang. Balik keja aku terus je bergegas nak jumpa insan kesayangan aku tu. Yeah! jumpa di Melawati then gerak ke tempat uul. Lepas rasa rindu :))

I love You!


Suka buat dia teruja tengok chocs bercawan-cawan kat depan mata. Akhirnya berjaya jugak planning nak surprise kan dia walaupun hari kejadian tak berapa surprise sangat puun.. :))


Tukang karut. Eh! salah tukang bawak cake. Thanks Norul!

Actually tiga empat hari sebelum dia balik tu aku memang dah rancang dengan ul nak bagi dia makan cupcakes puas-puas. Aku tahu dia suka chocs dan memandangkan aku ni tak seterer chef buat kuih muih, so aku order pada kakak ipar uul je mintak tolong dia buatkan. So simple but so sweet. Love so much! Malam tu kitorang makan malam sama-sama. Bual itu ini itu ini sampai lebam. Dalam hati masa tu masih tak percaya yang aku dah berjumpa dengan cik buah hati. Syukur sangat semua dalam keadaan selamat. Hope lepas ni dia dah tak buat perangai macam tu lagi.