Sunday, June 27, 2010

Hari Sabtu..

Dear diary,

Semalam adalah kenangan manis bagi aku. Mana tak nya, first time dapat jenjalan sesama bakal mertua ke rumah orang tunang-tunang. Yang si tunang tu pun bukannya orang lain lagi, akan jadi bakal sepupu aku jugak nanti. Pendek cerita, semalam memang masa untuk bersama family. Jam sepuluh pagi kami sampai kat rumah maksu, then terus on the way ke Bkt Beruntung. Perjalanan takde la jauh mana pun. Masuk highway setengah jam dah sampai. Bila kami sampai kat tol Bkt Beruntung, bakal mertua dan adik beradik lain dah sampai. Tunggu yang lain sampai untuk konvoi sesama. Masa tu sempat jugak aku cam-cam-cam adik beradik, sedara mara yang sangat harmoni. Best! . Mak, abah, mak tok, fifi, wani dll.. Bersyukur sangat!

Bila semua dah sampai terus konvoi menuju ke rumah orang tunang. Aku ? sememangnya tak berenggang dengan mak and wani. huhu! Maklumla, baru-baru nak kenal and masuk family baru. Of course rasa segan lagi. Tapi hopefully, semua under control.

Even gambar orang tunang berbakul, tapi masih nak tempek gambar dua ketul manusia ni. hihi!

Majlis berjalan dengan cukup sempurna. Jarang aku nak hadirkan diri majlis orang tunang-tunang ni. Harap ada kawan-kawan rapat yang nak bertunang lately.. takde la pulak. huhu! Hari tu, tak paham jugak aku time bertunang pun ada sampai berenjis-renjis bagai then suap-suap gula. haish! Memang aku tak pernah tahu pun and tak rasa nak amik tahu sangat pun. Mak cakap, itu adat2 orang Penang. Then baru aku tahu. Selesai majlis, makan-makan, sesi candid2 pictures then semua berangkat balik. Sebelum balik, mak ajak singgah rumah sepupu mak dekat area situ jugak. Solat zohor kat sana then rehat-rehat jap then makan bihun goreng yang sangat-sangat sedap yang makcik masak tu then dalam pukul tiga kami baru tolak balik. Happy sangat walaupun sekejap je gathering family tu tapi sekurangnya aku dapat kenal diorang dengan lebih dekat lagi. Apa-apa pun memori semalam memang tak dapat dilupakan.



psst: Rasa dah lama tak bertunang. Kenyit mata sikit pada cik tunang!

Thursday, June 24, 2010

Bodoh Macam Babun..

Dear diary,

Dah bosan nak main facebook sebab terlalu ramai orang yang tak BERTAMADUN dok sign in kat situ. Kutuk sana, kutuk sini, kacau itu kacau ini. Pendek kata ada saja yang tak puas hati. Jenis tak boleh tengok orang lain senang. Perangai macam hareeem.




psst: Lama aku tak cakap BODO BABUN!

Wednesday, June 23, 2010

Hari Rabu..

Dear diary,

Balik keja tadi buat rancangan macam biasa dengan cik buah hati. Hari ni offline katanya. Means aktiviti detim a.k.a makan malam off la tu sebab semalam pun aku punya la ikutkan hati terasa nak makan satey. Mengidam satey pulak satey yang dekat depan menara celcom KL tu, mak aih! sikit punya jauh. Nak taknak, dia ikutkan aja la karenah aku malam semalam. Yes! Nak buat macam mana kan dah takde tempat lain lagi dah kalau teringin nak makan satey selain tempat tu. Memang kick abes. Baru makan lima cucuk dah rasa kenyang sampai nak tido. ahah! Dia pulak dah makan sepuloh cucuk baru rasa mengah-mengah perut kenyang. Pastu plak tak mengaku tengok cucuk lidi satey banyak kat tempat dia makan. haish!

Malam ni mulanya memang nak offline je plus balik keja tadi pulak bila sampai je rumah .. perut rasa tak sedap. Angin kah ? atau dia mintak makanan kah ? tak berapa nak musykil sangat la. Then relax-relax je. After maghrib tadi. Perut rasa dah sedap balik. Lapar! Lagipun esok insyaallah aku dah kena start bayar puasa. Petang tadi bila dia tanya sahur nak makan apa, beriya aku cakap susu and biskut ada. Jangan risau. Last-last, dia memang terpaksa kena risau jugak la. Lepas maghrib tadi aku call ajak keluar makan. Spare makanan dalam perut siap-siap. So, sahur nanti kalau terbagun just minum susu jer.

Sementara tunggu dia sampai ni.. perut tengah lapar gila-gila. Dah terbayang menu aku malam ni iaitu nasi-putih-tomyam-telur-dadar kat Taman Bolton. Sluurp!

Gambar sengaja ditampal bagi membangkitkan lagi ghairah untuk makan.



psst: Balik makan nt nak beli susu, nak beli roti.

Tuesday, June 22, 2010

Ne-Yo - Beautiful Monster



All my life
And the hereafter
I've never seen
Seen one like you
You're a knife
Sharp and deadly
And it's me
That you cut into
But I don't mind
In fact I like it
Though I'm terrified
I'm turned on but scared of you

She's a monster
Beautiful monster
Beautiful monster
But I don't mind
And I need her
Said I need her
Beautiful monster
But I don't mind

In her eyes
There's love and fire
In my heart
She's burning through
But I don't mind
In fact I like it
Though I'm terrified
I'm turned on but scared of you


psst: Music in my ears

Sunday, June 20, 2010

Jaden oh Jaden!

Dear diary,

Entah kenapa semenjak tengok cerita Karate Kid kat panggung last week, hati rasa teruja-teruja, hati ada rasa excited-excited nak tengok lagi cerita tu. Betul! Sumpah aku tak tipu. Sampaikan aku suruh cik buah hati cari dvd supaya aku boleh khatam tengok citer tu kat umah dengan puasnya. Tapi memandangkan citer tu baru lagi, takut takde master copy lagi. So bagi redha sikit keadaan then aku pasti akan paksa dia carikan dvd tu. Huhu! Cerita tu betul-betul mendalam bagi aku. Bukan cerita chinta bagai nak rak macam cerita Lagenda Budak Setan pun. Tapi entah la. Best sangat. Mungkin aku dah jatuh hati pada lakonan Jaden Smith tu la kot. huuuhu! So talented. Macam bapak dia jugak..


Anyway.. Semua babak dalam cerita ni aku suka. Paling mendalam masa Jaden and Jackie pegi suatu tempat then dia tengok ada perempuan tengak berlatih kungfu seni ular. Memang unik. Memang best gila. Pendek cerita takde yang aku tak suka melainkan yang aku suka-suka belaka. Pada sesiap yang belum tonton cerita ni aku sarankan, silala tengok cepat. Memang tak rugi ok. Adios!



psst: Dah puas bercuti ke tempat sejuk lately, tiba masa untuk bangun awal esok.

Friday, June 18, 2010

Pesta Bergembira..

Dear diary,

Salam untuk diary dan salam untuk semua. Malam ni after mandi everything sambil tunggu call dari dia, sempat jugak kot aku untuk mengupdate belog. Kejap lagi aku dah nak keluar makan. Takde plan lagi nak makan apa malam ni. Nampaknya niat nak diet taknak makan malam memang takkan menjadi kalau dia ada. Huhu! keja nak makan je. Tengok muka dia je, perut rasa lapar. Tengok muka dia je, perut mintak mcd.. ish! Nasfu! Nasfu! Malam ni pun rasa lapar lagi sebab lunch tadi aku cuma makan keow teow sup je. Tak tahu nak makan apa tadi. *Sigh

Ok, malam ni aku just nak entrykan kisah malam aku ke fun fair sebelah rumah tempoh hari. Actually kitorang tak perasan pun yang kat situ ada fun fair tapi entah macam mana disebabkan malam tu nampak lampu lip lap lip lap lain macam je, so aku pun tegur bagi tahu yang kat situ ada fun fair. First thing of course rasa teruja nak pegi. Lamanya tak pegi fun fair. hehe! Ini mungkin sebab cuti sekolah dua minggu la kot. Kau nak tahu tak diary, belum pun sampai tengok tempat parking dah sesak-sesak. Pusing pun kereta kena kasi slow je. Kalau tak mau langgar cermin kereta bagai. Haish. Then dalam pada tengah crowded tu, aku tiba-tiba plak sound. 'you, i sakit perut. Nak gi toilet.. ' (sound bleh tahan manja la jugak huhu). Then cik buah hati terus bebel-bebel-bebel hampir 1 minit. 'Ish. awat tak planning dulu nak gi toilet.. tengah susah dapat parking ni.. ' bla.. bli.. bluu.. Then bila tak tahan dengar dia membebel, aku pun suara lagi. SAYANG-I-NAK-BERAK-PUN-NAK-KENA-PLANNING-DULU-KER? Then masing-masing gelak. Haish! Cuubit sampai tinggal bekas :)) Pusing balik cari Petronas then buang hajat dulu then pusing balik ke tempat asal. Sampai depan FunFair terus jumpa tempat parking. Fuh! MUJUR. Naseb baik kita pegi toilet dulu tadi sayang. hehe!

Teruja la tengok warna-warni lampu-lampu neh. Puas ajak cik buah hati naik benda-bendalah tu tapi sumpah dia taknak naik. Dus! Ini semua budak-budak yang cuti sekolah aje yang naik la sayanggg..

Sememangnya, kitorang ke funfair ni pun bukan sebab nak main-naik-buai bagai. Cuma nak tengok keadaan kat sana je macam mana. Ramai jugak family bawak anak-anak diorang kat situ. Cik buah hati macam biasa target dia kalau boleh nak main tembak-tembak sampai dapat patung. Tapi, sangat sadis. Cubaan tu tak sama macam kat Genting Highland dolu-dolu. Mungkin sekarang ni tangan dah tak terer kot.hihi!

Tengok tu training bukan main lagi. Hajat hati kalau dapat tembak tepat boleh la gendong bawak balik teddy bear dua ekor yang tengah dok show-off kat depan tu.

Tengok ni, bukan aku je yang meroyan tengok benda-benda comel ni.. cik buah hati pun sama kot sebab tu bila tengok ada tempat tembak-tembak terus beli token empat hinggit. Usahkan nak dapat bear yang besar gedabak, patung DORAEMON pun tak dapat nak rasa. Haish! hehe!

Actually, aku pun tak pasti mulanya macam mana nak tembak. Dah buah last baru cik buah hati terangkan yang dia kena tembak bagi lubang cd tu masuk betul-betul kat lubang botol tu. Mak ai! memang susah la sayang oit. Rugi duit token.. yaw! Tapi kali ni nasib dia tak gian-gian beli token nak bagi dapat patung bawak balik jugak. Kalau tidak double trouble la membuang duit je.

Buah last. Tengok tu, muka senyum-senyum yakinkan aku dia pasti berjaya la konon. Tapi last-last tak berjaya jugak. Last-last cakap, sayang kita beli patung tu kat DownTown je la eh. ahaha! Masing-masing kelakar tak ingat. What ever it is darling, i still love you :))

Ok, ok time tu kitorang cuma jalan-jalan tawaf satu fun fair tu aja. Takde nak cuba-cuba main langgar-langgar kereta ker, main buaian ker, naik kuda kepang ker.. no no no. So, kesempatan tu aku apa lagi la kan. Sana sini asyik nak snap aje as usual. ahah! Masa tengah jenjalan tu tentiba nampak bendalah monkey business ni. Gila bapak besar mak kau. Main apa entah boleh dapat monkey tu. Macam kelakar plak bila tengok patung ni. Macam malas betul. Ini kalau dapat then tido sekali atas katil bujang aku sah-sah aku kena tendang nih. huhu! Apa-apa pun patung tu sangat cute. Kemudian kami jalan-jalan lagi then jumpa DORAEMON yang gila besar betul. Baru cik buah hati teruja nak tangkap gambar sesama. Tengok tu, teruja kan ? haha! kalau jumpa aku takde pulak dia teruja nak kiss macam tu. Wink!

Olo-olo.. geram benar tengok telatah pakcik sorang neh. Meow!

Last but not list, aku exposed kan pic aku yang pura-pura comel ni. haha! Neways, malam tu sangat-sangat manis ok sebab dapat spend time dengan insan tersayang. Even makan cupcorn yang lemau tapi masih nak cakap kenangan malam tu cukup manis. Btw, nak cakap yang aku suka makan cupcorn banding dia yang lagi suka makan popcorn. Tak kisah la janji kami minat benda yang satu. JAGUNG. gheheh! Okey la diary, cukup setakat ni dulu. Ada masa of course aku akan update setiap perjalanan hidup aku hari-hari lagi. Sebab BLOG adalah tempat aku meluah rasa hati, diary perjalanan hidup dan juga suka duka hidup semua aku akan luahkan kat sini. PERHATIAN. Belog aku bukan tempat untuk jual tudung ker, baju ker, tempat iklan ker dan lain-lain lagi lah. Yang pasti ini belog diary aku. Till meet again. Bye diary..



psst: Suka main rambut cik buah hati yang kering-kering-gebu tu :))

Thursday, June 17, 2010

lalalala.. hati senang!

Dear diary,

Hai sweety diary. Baru kesempatan untuk berbelog disebabkan dua tiga hari ni aku agak kesibukan untuk menulis. Banyak benda yang berlaku. Bergaduh, baik, masam muka, kecil hati, sakit hati, keras kepala, degil dan macam-macam lagi hal la. Dengan sapa eh ? aku pun tak tahu. Mungkin saja je suka-suka aku menaip semua bendalah tu kot. huhu! Oh! mata masih lagi rasa ngantuk-ngantuk kesan dari tido-lewat-then-bengkak-mata tempoh hari. Gila bengkak mata. Haish! mata.. mata.. nasib kau la mata. Hm, neways takda apa kot yang aku nak update kat sini cuma rasa nak cakap 'AKU TERUJA' sebab baru balik riding. Haha! dah lama tak riding since aku pegi cameron dolu-dolu. Fuh! lama jugak tu. Actually, tadi kami baru je balik dari rumah kakak aku sebab ada hal sikit, makan-makan, sembang-sembang etc. Lepas ni boleh la kot request cik buah hati nak jenjalan naik moto lagi. Eh ? jenjalan ? jenjalan pakai moto ke pakai kaki ? huuu! Serius aku dah merepek terbabas jauh dah ni. Malas nak update banyak untuk malam ni sebab mata rasa ngantuk-ngantuk lagi. Mood nak menaip pun agak kurang. Janji nak upload pics kat funfair pun tak sempat nak create entry lagi. Takpela, ada masa aku update lagi ya. Bye for now :))


psst: Rasa nak tengok karate kid lagi la pulak.

Monday, June 14, 2010

Tiada Nokhtah

Dear diary,

Semakin hari semakin banyak yang tak kena. Just nak cakap, kesian pada yang teraniaya fullstop.

Okey, salam kepada diary. Hari ini hari Isnin. Perjalanan hidup harini macam biasa. Bangun pagi lepas-lepas cuti dua hari memang semua orang sedia maklum la kan. MALAS amat aku nak bangun pagi td. Tapi terpaksa gagahkan jugak badan ni then pujuk hati yakinkan diri sendiri yang harini adalah hari ISNIN. Bukan hari sabtu ataupun hari ahad ataupun wesak day ataupun hari raya. Sila bangun dengan kadar segera! Fuh! bila bangun, as usual mata dah macam mata panda yang tak berapa comel. Redha dengan anugerah diri. Bangun-bangun then terus jadi 'alarm' merangkap morning assistant pada cik tuan besar. hehe! Best2 sebab ada kesempatan kejutkan dia pagi untuk beberapa hari ni. Kalau dia kena naik job, alahai rasa kosongnya bangun pagiku.

Then, kat tempat kerja macam biasa. Kerja-kerja-kerja. Excited plak aku buat tender kali ni sebab tender kali ni untuk projek buat kandang-kambing-biri-biri. Auw! so excited ok sebab nampak simply easy tapi tak berapa easy sangat la sebab aku kena dapatkan quotation M&E Works jugak. So kali ni just peningkan kepala sikit2 je nak ingatkan basis price untuk all the concrete works, BRC. Rebar ? hm.. aku memang champion dh kot bab tu. hehe! (sungguh tipu!) Now, makin banyak jugak yang aku belajar. Even agak busy kebelakangan ni tapi aku PUAS bila keja yang aku buat dapat deliver dengan sempurna. Tapi bila certain-certain part aku dah tak dapat nak bear benda tu.. then terpaksa aku give up and excuse. Boleh ke macam tu ? haish! kata cik buah hati, buat setakat yang mampu. Jangan paksa diri. Fuh! dia selalu cakap aku terlalu obsess dengan kerja. Aku cakap TIDAK BANG (aha! dah macam stail tone tipah tertipu bang, tipah tertipu) .. then dia cakap. YES-YOU-DO. Alahai, sampaikan kenkadang macam malu sendiri bila nak keluarkan perkataan yang bagi aku tersangat-sangat-sangatlah SENSITIVE. Sensitive terpaksa kena pakai caps lock sebab ia betul-betul sensitive.
  1. Submission Tender
  2. Site Evaluation
Ok, cuma dua item tu saja. Taknak descripe lebih-lebih. Lu pikirla sendiri.. huhu! Dah-dah! taknak cakap pasal keja lagi. Cukup takat ni dulu untuk hari ni sebab aku tahu, kalau nak detailkan moment untuk hari ni, cukup tragis. Kenangan petang tadi memang takkan aku lupakan and bila benda-benda macam ni terjadi then aku realised 'Yang lemah akan sentiasa ditindas, dan yang kuat takkan kuat untuk selamanya. Hidup bagai RODA. Sekali kau akan berada di puncak dan jangan lupa kau akan tetap berada di bawah' satu hari nanti. Semua ni cukup mematangkan aku. Baru aku tahu mana betul, yang mana salah. Yang mana kawan mana lawan, Yang mana hak dia, apa hak kita dll. Kepada cik buah hati, thanks for your supported, encourage me, give me a strength dan macam-macam Kata Penguat Semangat lagi la supaya aku jangan cepat putus asa. Patah semangat and so many more yang berunsur negative. Honestly, he is my truly BEST FRIEND EVER. I can't imagine one day without him.

Melebar pulak entry untuk kali ni. Sebetulnya masa mula2 create entry tadi, aku cuma nak update lain, tapi lain pulak yang terkeluar. huhu! layankan aje la eh. Will meet next entry dengan some of pictures yang kitorang captured tadi masa pegi funfair sebelah rumah. Cool & Chill moment even tak semeriah mana, aku nak kata CHILL jugak. Ok little diary, good night. Happy sweet dreams to all of you and us. Assalamualaikum..




Psst: Tadi, makan cupcorn kat Funfair tak sedap langsung.
Kentut busuk punya makcik..

Saturday, June 12, 2010

Dear diary..


Happy sangat walaupun sakit-sakit time 'lovely week' ni, dengar dia nak balik esok. Bunga yang dia bagi hari tu pun tak sempat nak layu lagi. I-Talk pun tak sempat habis lagi, then dengar-dengar dia dah nak balik. Syukur Alhamdulillah. Kerja yang dia kena buat tu terpaksa delay. Harap esok apa yang dirancang akan menjadi. Boleh makan nasi kenduri kat umah orang kaya lagi :))

Friday, June 11, 2010

Without him - Day 2

Dear diary,

Oyeah! happy sangat malam ni sebab dalam masa-masa aku rindukan dia then telepon berdering. Rindu sesangat dengar suara dia. Dok bercakap depan picture bagitau yang aku amat rindukan dia. Even kami di talian takde la lama sangat macam selalu bergayut, tapi sekurangnya kami tahu berita masing-masing hari-hari. Alhamdulillah, dia sehat. Kerja pun sehat! huhu! Aku pun sempat update yang aku sehat, tengah makan keropok sambil tonton tv, sambil bukak fesbuk dll. Kesian, dengar suara dia macam penat je. haish! tabah-tabah!

Oh ya, kerja tadi aku ada pegi site evaluation dengan Ms Ting & En. Jamil. Overall banyak jugak yang aku learn kat sana. Tak la tepu sangat bila nak buat next sub-cons claim nanti.

Mau hupdate hape lagi eh. Esok ? apa planning untuk esok. Cuti-cuti ni best sebab after subuh nanti boleh sambung tidoq puas-puas. Hope pagi esok, cucu-cucu jiran belakang umah tak buat bising lagi. Then, esok boleh mendobi baju yang dah penuh 1 baldi, then kemas-kemas bilik, nak tukar cadar katil baru, nak masak apa patut then makan sendiri-sendiri, then layan cerita hindustan sambil main masak-masak kat world cafe lalalala.. haish! Banyak betul indoor aktiviti esok. Cik buah hati pesan suruh belajar dari sekarang. 'baik sayang' :))

Ok la, tiba-tiba rasa malas nak taip lagi. Nak main fesbuk pun dah gila busan. Banyak sangat mata-mata, mulut-mulut spai. Mau layan rush hour kat tv dulu. Till next entry diary. Bye!


Thursday, June 10, 2010

Alahai Balqis!

Dear diary,

Hari ini hari khamis, jadi malam ni adalah malam jumaat. Selalunya bila malam jumaat, aku tak akan menonton tv3 pada jam sembilan setengah malam. Sebabnya, pada masa tu ada slot SERAM. Walaupun tak berapa seram, tapi aku tetap nak cakap seram. Hum! tadi baru cik buah hati call cakap dia dah selamat sampai kat platform. Alhamdulillah, semua dalam keadaan selamat. Esok dia dah start keja. Hopefully everything will be fine. Balik dengan job success. Nampaknya harini aku tonton 'Semanis Kurma' sensorang. Tak dapat nak sending-sending sms lagi. Takde gelak ketawa untuk malam ni. Hari ni tajuk apa eh ? Rasa macam takde semangat nak tengok sorang2. Hu! Neways, dalam masa yang sama sambil aku menggodek lappy.. terjumpa gambar budak cumel yang buat aku geram-geram. Hilang rasa rindu pada cik buah hati kejap. Blurp! :))





Daripada camera jarak jauh, then focus, then focus lagi budak kecik tu still sama. Muka dia gila betul maha busan. Ok fine! last-last auntie dia yang posing cenyum :)) Okey, dah boleh sambung rindu cik buah hati balik.

Wednesday, June 9, 2010

a week without him - part 4

Dear diary,

Cik buah hati dh kena panggil naik job dengan kadar segera. sigh! Eh, tak baik mengeluh. Itukan rezeki namanya. Sila bersyukur pada Allah cepat.

" Aku bersyukur padaMu ya Allah. Sentiasalah permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga, limpahkan rezeki yang halal kepada kami, pupukkan lah kasih yang di antara kami sentiasa. Amin! "


So, dengan ini mulai saat ini dan esok dan esok seterusnya. Aku kena berdisiplin untuk d.i.e.t. No more dinner at this moment, no more meet ball, no more mcd. Slurpp.. hati kena tabah ok. Tak sabar tunggu dia balik dengan selamat.



Terusku terus menunggu, cinta yang pulang.

Friday, June 4, 2010

Dear diary..

Just nak cakap..

STOP IT!

Bila teringat kejadian Magrib tadi. Hati rasa sayu-sayu sangat sebab tercakap kasar dengan dia. Aku tak bermaksud pun nak tinggikan suara masa tu, tapi bila keadaan makin serabut. Hm.. pls, just leave me alone. Sekejap jee.. I'm so sorry okey. Alhamdulillah, agrument tak berpanjangan. Masing-masing muhasabah diri kejap then hidup macam sediakala. Thanks darling sebab sangat memahami perangai yang agak 'anarchy' lately..

Dapat sekuntum bunga pada waktu-waktu yang tak dijangka. Sweet kan ? Even susah senang, geram rindu. Kau sentiasa di hati.. Taknak marah-marah lagi dah. Kanji! :))