Wednesday, June 23, 2010

Hari Rabu..

Dear diary,

Balik keja tadi buat rancangan macam biasa dengan cik buah hati. Hari ni offline katanya. Means aktiviti detim a.k.a makan malam off la tu sebab semalam pun aku punya la ikutkan hati terasa nak makan satey. Mengidam satey pulak satey yang dekat depan menara celcom KL tu, mak aih! sikit punya jauh. Nak taknak, dia ikutkan aja la karenah aku malam semalam. Yes! Nak buat macam mana kan dah takde tempat lain lagi dah kalau teringin nak makan satey selain tempat tu. Memang kick abes. Baru makan lima cucuk dah rasa kenyang sampai nak tido. ahah! Dia pulak dah makan sepuloh cucuk baru rasa mengah-mengah perut kenyang. Pastu plak tak mengaku tengok cucuk lidi satey banyak kat tempat dia makan. haish!

Malam ni mulanya memang nak offline je plus balik keja tadi pulak bila sampai je rumah .. perut rasa tak sedap. Angin kah ? atau dia mintak makanan kah ? tak berapa nak musykil sangat la. Then relax-relax je. After maghrib tadi. Perut rasa dah sedap balik. Lapar! Lagipun esok insyaallah aku dah kena start bayar puasa. Petang tadi bila dia tanya sahur nak makan apa, beriya aku cakap susu and biskut ada. Jangan risau. Last-last, dia memang terpaksa kena risau jugak la. Lepas maghrib tadi aku call ajak keluar makan. Spare makanan dalam perut siap-siap. So, sahur nanti kalau terbagun just minum susu jer.

Sementara tunggu dia sampai ni.. perut tengah lapar gila-gila. Dah terbayang menu aku malam ni iaitu nasi-putih-tomyam-telur-dadar kat Taman Bolton. Sluurp!

Gambar sengaja ditampal bagi membangkitkan lagi ghairah untuk makan.



psst: Balik makan nt nak beli susu, nak beli roti.