Sunday, June 27, 2010

Hari Sabtu..

Dear diary,

Semalam adalah kenangan manis bagi aku. Mana tak nya, first time dapat jenjalan sesama bakal mertua ke rumah orang tunang-tunang. Yang si tunang tu pun bukannya orang lain lagi, akan jadi bakal sepupu aku jugak nanti. Pendek cerita, semalam memang masa untuk bersama family. Jam sepuluh pagi kami sampai kat rumah maksu, then terus on the way ke Bkt Beruntung. Perjalanan takde la jauh mana pun. Masuk highway setengah jam dah sampai. Bila kami sampai kat tol Bkt Beruntung, bakal mertua dan adik beradik lain dah sampai. Tunggu yang lain sampai untuk konvoi sesama. Masa tu sempat jugak aku cam-cam-cam adik beradik, sedara mara yang sangat harmoni. Best! . Mak, abah, mak tok, fifi, wani dll.. Bersyukur sangat!

Bila semua dah sampai terus konvoi menuju ke rumah orang tunang. Aku ? sememangnya tak berenggang dengan mak and wani. huhu! Maklumla, baru-baru nak kenal and masuk family baru. Of course rasa segan lagi. Tapi hopefully, semua under control.

Even gambar orang tunang berbakul, tapi masih nak tempek gambar dua ketul manusia ni. hihi!

Majlis berjalan dengan cukup sempurna. Jarang aku nak hadirkan diri majlis orang tunang-tunang ni. Harap ada kawan-kawan rapat yang nak bertunang lately.. takde la pulak. huhu! Hari tu, tak paham jugak aku time bertunang pun ada sampai berenjis-renjis bagai then suap-suap gula. haish! Memang aku tak pernah tahu pun and tak rasa nak amik tahu sangat pun. Mak cakap, itu adat2 orang Penang. Then baru aku tahu. Selesai majlis, makan-makan, sesi candid2 pictures then semua berangkat balik. Sebelum balik, mak ajak singgah rumah sepupu mak dekat area situ jugak. Solat zohor kat sana then rehat-rehat jap then makan bihun goreng yang sangat-sangat sedap yang makcik masak tu then dalam pukul tiga kami baru tolak balik. Happy sangat walaupun sekejap je gathering family tu tapi sekurangnya aku dapat kenal diorang dengan lebih dekat lagi. Apa-apa pun memori semalam memang tak dapat dilupakan.



psst: Rasa dah lama tak bertunang. Kenyit mata sikit pada cik tunang!