Sunday, June 20, 2010

Jaden oh Jaden!

Dear diary,

Entah kenapa semenjak tengok cerita Karate Kid kat panggung last week, hati rasa teruja-teruja, hati ada rasa excited-excited nak tengok lagi cerita tu. Betul! Sumpah aku tak tipu. Sampaikan aku suruh cik buah hati cari dvd supaya aku boleh khatam tengok citer tu kat umah dengan puasnya. Tapi memandangkan citer tu baru lagi, takut takde master copy lagi. So bagi redha sikit keadaan then aku pasti akan paksa dia carikan dvd tu. Huhu! Cerita tu betul-betul mendalam bagi aku. Bukan cerita chinta bagai nak rak macam cerita Lagenda Budak Setan pun. Tapi entah la. Best sangat. Mungkin aku dah jatuh hati pada lakonan Jaden Smith tu la kot. huuuhu! So talented. Macam bapak dia jugak..


Anyway.. Semua babak dalam cerita ni aku suka. Paling mendalam masa Jaden and Jackie pegi suatu tempat then dia tengok ada perempuan tengak berlatih kungfu seni ular. Memang unik. Memang best gila. Pendek cerita takde yang aku tak suka melainkan yang aku suka-suka belaka. Pada sesiap yang belum tonton cerita ni aku sarankan, silala tengok cepat. Memang tak rugi ok. Adios!



psst: Dah puas bercuti ke tempat sejuk lately, tiba masa untuk bangun awal esok.