Friday, June 18, 2010

Pesta Bergembira..

Dear diary,

Salam untuk diary dan salam untuk semua. Malam ni after mandi everything sambil tunggu call dari dia, sempat jugak kot aku untuk mengupdate belog. Kejap lagi aku dah nak keluar makan. Takde plan lagi nak makan apa malam ni. Nampaknya niat nak diet taknak makan malam memang takkan menjadi kalau dia ada. Huhu! keja nak makan je. Tengok muka dia je, perut rasa lapar. Tengok muka dia je, perut mintak mcd.. ish! Nasfu! Nasfu! Malam ni pun rasa lapar lagi sebab lunch tadi aku cuma makan keow teow sup je. Tak tahu nak makan apa tadi. *Sigh

Ok, malam ni aku just nak entrykan kisah malam aku ke fun fair sebelah rumah tempoh hari. Actually kitorang tak perasan pun yang kat situ ada fun fair tapi entah macam mana disebabkan malam tu nampak lampu lip lap lip lap lain macam je, so aku pun tegur bagi tahu yang kat situ ada fun fair. First thing of course rasa teruja nak pegi. Lamanya tak pegi fun fair. hehe! Ini mungkin sebab cuti sekolah dua minggu la kot. Kau nak tahu tak diary, belum pun sampai tengok tempat parking dah sesak-sesak. Pusing pun kereta kena kasi slow je. Kalau tak mau langgar cermin kereta bagai. Haish. Then dalam pada tengah crowded tu, aku tiba-tiba plak sound. 'you, i sakit perut. Nak gi toilet.. ' (sound bleh tahan manja la jugak huhu). Then cik buah hati terus bebel-bebel-bebel hampir 1 minit. 'Ish. awat tak planning dulu nak gi toilet.. tengah susah dapat parking ni.. ' bla.. bli.. bluu.. Then bila tak tahan dengar dia membebel, aku pun suara lagi. SAYANG-I-NAK-BERAK-PUN-NAK-KENA-PLANNING-DULU-KER? Then masing-masing gelak. Haish! Cuubit sampai tinggal bekas :)) Pusing balik cari Petronas then buang hajat dulu then pusing balik ke tempat asal. Sampai depan FunFair terus jumpa tempat parking. Fuh! MUJUR. Naseb baik kita pegi toilet dulu tadi sayang. hehe!

Teruja la tengok warna-warni lampu-lampu neh. Puas ajak cik buah hati naik benda-bendalah tu tapi sumpah dia taknak naik. Dus! Ini semua budak-budak yang cuti sekolah aje yang naik la sayanggg..

Sememangnya, kitorang ke funfair ni pun bukan sebab nak main-naik-buai bagai. Cuma nak tengok keadaan kat sana je macam mana. Ramai jugak family bawak anak-anak diorang kat situ. Cik buah hati macam biasa target dia kalau boleh nak main tembak-tembak sampai dapat patung. Tapi, sangat sadis. Cubaan tu tak sama macam kat Genting Highland dolu-dolu. Mungkin sekarang ni tangan dah tak terer kot.hihi!

Tengok tu training bukan main lagi. Hajat hati kalau dapat tembak tepat boleh la gendong bawak balik teddy bear dua ekor yang tengah dok show-off kat depan tu.

Tengok ni, bukan aku je yang meroyan tengok benda-benda comel ni.. cik buah hati pun sama kot sebab tu bila tengok ada tempat tembak-tembak terus beli token empat hinggit. Usahkan nak dapat bear yang besar gedabak, patung DORAEMON pun tak dapat nak rasa. Haish! hehe!

Actually, aku pun tak pasti mulanya macam mana nak tembak. Dah buah last baru cik buah hati terangkan yang dia kena tembak bagi lubang cd tu masuk betul-betul kat lubang botol tu. Mak ai! memang susah la sayang oit. Rugi duit token.. yaw! Tapi kali ni nasib dia tak gian-gian beli token nak bagi dapat patung bawak balik jugak. Kalau tidak double trouble la membuang duit je.

Buah last. Tengok tu, muka senyum-senyum yakinkan aku dia pasti berjaya la konon. Tapi last-last tak berjaya jugak. Last-last cakap, sayang kita beli patung tu kat DownTown je la eh. ahaha! Masing-masing kelakar tak ingat. What ever it is darling, i still love you :))

Ok, ok time tu kitorang cuma jalan-jalan tawaf satu fun fair tu aja. Takde nak cuba-cuba main langgar-langgar kereta ker, main buaian ker, naik kuda kepang ker.. no no no. So, kesempatan tu aku apa lagi la kan. Sana sini asyik nak snap aje as usual. ahah! Masa tengah jenjalan tu tentiba nampak bendalah monkey business ni. Gila bapak besar mak kau. Main apa entah boleh dapat monkey tu. Macam kelakar plak bila tengok patung ni. Macam malas betul. Ini kalau dapat then tido sekali atas katil bujang aku sah-sah aku kena tendang nih. huhu! Apa-apa pun patung tu sangat cute. Kemudian kami jalan-jalan lagi then jumpa DORAEMON yang gila besar betul. Baru cik buah hati teruja nak tangkap gambar sesama. Tengok tu, teruja kan ? haha! kalau jumpa aku takde pulak dia teruja nak kiss macam tu. Wink!

Olo-olo.. geram benar tengok telatah pakcik sorang neh. Meow!

Last but not list, aku exposed kan pic aku yang pura-pura comel ni. haha! Neways, malam tu sangat-sangat manis ok sebab dapat spend time dengan insan tersayang. Even makan cupcorn yang lemau tapi masih nak cakap kenangan malam tu cukup manis. Btw, nak cakap yang aku suka makan cupcorn banding dia yang lagi suka makan popcorn. Tak kisah la janji kami minat benda yang satu. JAGUNG. gheheh! Okey la diary, cukup setakat ni dulu. Ada masa of course aku akan update setiap perjalanan hidup aku hari-hari lagi. Sebab BLOG adalah tempat aku meluah rasa hati, diary perjalanan hidup dan juga suka duka hidup semua aku akan luahkan kat sini. PERHATIAN. Belog aku bukan tempat untuk jual tudung ker, baju ker, tempat iklan ker dan lain-lain lagi lah. Yang pasti ini belog diary aku. Till meet again. Bye diary..



psst: Suka main rambut cik buah hati yang kering-kering-gebu tu :))