Tuesday, July 27, 2010

Back Home..

Dear diary,

Malam ni rasa happy sangat sebab dia selamat sampai tadi area jam 8 malam. Syukur alhamdulillah semua dalam keadaan selamat. Nampak dari luar pagar lagi tengok dia pakai tshirt yellowlight yang aku beli last week sama dengan shortpants sama dengan northface yang gedabak tu then aku pulak pakai blouse terquios yang baru beli haritu jugak. Rasa macam cute la pulak combine dua tone tu . So soo tele-match. haha! Rasa macam nak gigit kuku sekejap. Then tadi dia siap bawak balik keropok lekor plus keropok ikan kering sebabon banyaknya. Made in Terengganu. Huhu! Insyaallah weekend ni balik boleh bawak balik kat mak sekali. Mesti bertambah pangkat dia jadi menantu kesayangan my mom nanti. wink! Thanks sayang. Tadi dinner kat Big Plate Subang. Gila jauh tak makan ? Gila eh. Tak tahu nak search mana tadi, finally dia ajak makan situ. Special dinner malam ni sebab cik buah hati dah selamat sampai. Disebabkan jarak dari rumah ke Subang agak jauh la jugak, so sempat la perut ni berkeroncong hebat. Bila order then sampai menu, kami makan sampai senak perut. Puas hati even harga agak boom*. Insyaallah, tunggu duit berkepuk nanti nak ajak makan situ lagi. Okey diary, sampai sini dulu catatan hari selasa yang manis. Nak tidur dulu sebab esok nak bangun awal then pegi breakfast sesama sebelum pergi ke tempat kerja masing-masing. Good night my sweet dear. Good night diary!


psst: Tengah setting nak mimpi indah malam ni :)

Monday, July 26, 2010

Separa migrain dengan sawan kadang-kadang

Dear diary,

Aku cuma nak mengadu domba. Mengadu tentang isi hati. Entah kenapa kadang-kadang aku rasa susah hati, kadang-kadang aku rasa apa yang aku buat serba tak kena, kadang-kadang aku rasa happy yang teramat sangat, kadang-kadang aku rasa risau, kadang-kadang aku rasa macam janggal je, kadang-kadang aku rasa tak sabar dapdipdup, kadang-kadang aku nak jerit mintak tolong, kadang-kadang aku nak minum air suam banyak-banyak, kadang-kadang rasa nak shopping apa yang aku suka, kadang-kadang rasa nak cubit pipi dia sampai lebam, kadang-kadang rasa nak lari balik duduk dengan mak kat rumah, kadang-kadang rasa macam taknak keja, kadang-kadang rasa nak lempang je orang yang busybody, kadang-kadang rasa teringin nak jumpa kawan-kawan lama, kadang-kadang fikir nak kawen esok. Kadang-kadang macam nak ada witch bila twink** semua kerja rumah setel, kadang-kadang rasa nak rompak bank kat petronas depan rumah aku, kadang-kadang rasa nak ikat dia taknak pegi mana-mana, kadang-kadang rasa nak jelir lidah kat kau je.

WEK!
Good night diary.


psst: Dengar berita dia nak balik esok. Badabadoo!

Saturday, July 24, 2010

Usaha Tangga Kejayaan :)

Dear diary,

Alhamdulillah finally apa yang aku nak buat tercapai jugak akhirnya. Dari bulan lepas lagi aku try create merangkak-rangkak, itu ini, edit sana tak kena, edit sini tak kena. Tapi berkat kesungguhan aku, sekarang tepat jam 2.14 pagi aku baru je berjaya siapkan my wedding card sendiri. BEST! Ada dua version, purple and pink. Sama dengan tema wedding kami nanti. Ops! terlepas sudah. ahah! Tak sabarnya tunggu dia balik. Mahu show off dulu pada dia la.

Okey diary, aku sangat-sangat ngantuk sekarang ni. Mau tidur puas-puas sebab esok cuti sekolah. Eh! salah. Esok cuti pekerja. Esok nak rehat puas-puas kat rumah, bangun lambat, kemas-kemas rumah, layan tv dan tak lupa aku kena siapkan kerja pejabat. Good night diary. Will meet again. Bye!



psst: Lately coverage celcom kat rumah macam babun.

Monday, July 19, 2010

a week without him - part 5

Dear diary,

Hari-hari kegembiraan/kesukaan/keceriaan terbengkalai untuk seketika bila menjelangnya hari esok. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. eceh! bermadah bagai pulak tengah-tengah malam ni. Bukannya apa cik diary, sebenarnya belum puas buah hati balik dari job last week.. tup tup siang tadi dia call dari office menyatakan bahawa dia terpaksa naik job lagi. Sambungan dari kerja-kerja yang terbengkalai previously. Aku ? puas ker tak puas ker terpaksa redha dengan kerja yang dilakukan. Demi masa depan yang lebih baik, insyaallah. Bila dia mula hilang dari pandangan untuk seketika, perkara biasa akan bertandang adalah kerinduan yang amat mendalam pada dia. Rindu serindunya..

Hari Pertama:
Alangkah girangnya rasa hati bila dapat tahu yang dia akan balik last week. Tunggu punya tunggu, petang tu alhamdulillah selamat sampai jugak cik buah hati ke tanah air. Ku sangka dia akan dapat cuti lama, tapi sangkaan menyimpang jua. Hari tu, dia sampai masa aku masih di kantor. Bila turun nak jumpa dia kejap kat basement parking, aku melonjak happy. Macam kau baru-baru bercinta. Au! Kesian tengok cik buah hati dengan beg-beg gedabaknya, dengan muka berminyak tahan penatnya dll. RINDU. Malam tu dinner sama-sama, tonton Twillight Saga Eclipse pun sama-sama. Best! Nasib baik Mr. Jacob Black tak menggugat cinta suci aku pada cik buah hati. hehe!

Hari kedua:
Memandangkan rumah aku tak jauh dari kawasan perlancongan tanah tinggi, jadi bila ada cuti-cuti oceanering.. rajin la kami hirup udara nyaman dan segar di tanah tinggi. Terapi betul setelah penat lelah bekerja keras. Lagi terapi bila setiap kali apa yang aku nak makan, akan dipenuhkan secepat mungkin. Apa ? TGI Friday ? ahah! takdela. Nasib mulut aku ni tak se'demand kau. Masa kat sana haritu, teringin pulak nak makan mcd sebab dah berkurun tak makan. huhu! RINDU. Rindu bila terkenangkan dia. My loyalty waiter. Blurp!

Indahnya bila hari-hari dilayan bagai puteri. Nak makan apa ada orang terbangkan sampai depan mata. Macam kau orang bercinta jugak la eh. Huhu! Nak tahu lagi ? aku memang pantang kalau tengok bila makan side order macam ni, si lelaki yang menyedap tunggu meja sedangkan si aweknye tu punyalah berbaris panjang tunggu turn order. Damn gila!

Itu dia. Kekasih hati aku sudah sampai. Kau nampak je garang, tapi hakikatnya hanya aku dan dia je yang tahu. ala-ala taman Rashidah utama gitu.

Sekadar pelengkap diri.

Nak tahu part mana yang aku suka bila masuk mcd ? yeah! here it is. Bila cakap pasal mcd, aku mesti akan mengidam-ngidam nak makan ayam goreng. Breast/Wing/Spicy. Itu memang perkara wajib. Kalau tiba-tiba hari tu nak makan benda lain, aku akan choose buntut baby (spicy chicken mcdelux). Kalau cik buah hati pulak, ofcourse dia akan makan big mc.

Bila perut kenyang, baru ada nafsu nak window shopping. Yaw! Bestnye jalan-jalan cuci mata. Comel je selipar tido tu eh.

Olo-olo. Time ni dah nak balik kot. Tak puas-puas lagi nak posing depan cik tunang. Wink!

Alhamdulillah, petang tu kami turun dari tempat peranginan dengan keadaan selamat. RINDU. Rindu nak spend time bersama-sama dengan dia lagi. Orang cakap, sebelum kawin semuanya indah kan ? Tapi, bagi kami walaupun bila-bila masa sekalipun kasih sayang akan tetap sama macam dulu, kini dan selamanya. Sape cakap masa tengah bertunang tu banyak sangat dugaan ? Tak sangat kot and mungkin segelintir je yang akan face dugaan tu. Tapi bagi kami, syukur alhamdulillah semua dalam keadaan lancar. Gaduh-gaduh kecik tu, accept je la kan.

Hari ketiga:
Hari seterusnya nak cerita bab jalan-jalan, makan-makan lagi. uhuk! Masa tu kan tiba-tiba ada hajat nak pegi KL Sentral. Kalau pegi KL Sentral macam biasa la aku macam dah takde keja lain bila pegi situ. Musti nak makan yong tau fu yang super duper marvelous kat foodcourt atas tu. Sesambil tu boleh tambah masa cuci mata lagi. Sebab kat sana kan banyak jugak jual tudung-tudung, baju, kasut etc. Daripada niat taknak shopping apa-apa cuma nak makan ytfu jer, tapi alih-alih terbeli jugak selendang tiga helai. Puas hati.. Kemudian jalan kat depan sikit, ada famous amos. Apa lagi bila dah dapat seru bau-bau cookies tu. Fuh! Sedap! Ada lagi, paling terkilan bila dah jumpa heel merah jambu yang aku berkenan, tapi takde size pulak. Yang ada cuma size 9. Gila keciwa!

Dishes kami masa tu. Aku makan ytfu, dia makan sotong kangkung. Love it! addicted sungguh!

Bila hari dah petang, baru ingat nak balik. Masa pegi KL Sentral tu, kitorang pegi balik naik train dari Kg Baru. RINDU. Lama gila tak naik train. Balik dari KL Sentral muka ada senyum-senyum sebab dapat selendang baru. wee!

Tak puas lagi tawaf-tawaf cuci mata, then after sampai Kg Baru, amik kereta then kitorang gegas ke another pit stop. Sebenarnya, masa tu Fifi ( adik cik buah hati) on the way balik KL. Dia suruh kitorang fetch kat Duta. So dalam kelapangan masa sementara tunggu dia sampai tu, apa lagi.. jalan-jalan sampai kaki tak boleh jalan. hehe! Tipu je.

Jalan-jalan then jumpa tshirt yang berkenan then terus cari fitting room then terus aku offer belikan untuk dia. Asyik aku je yang dapat free, dia pun musti teringin jugak sesekali cik tunang belikan eh. Fuh! budget macam duit dalam account berkepuk-kepuk. ghee!

As usual. No doubt!

Dalam jam malam, baru kitorang move to Hentian Duta. Ambik Fifi then bawak makan malam then sembang-sembang then baru hantar dia kat BMI. Totally, beberapa hari yang ada tu betul-betul dipenuhi dengan aktiviti yang HARMONI. ecece! Okey la diary, agak keterlaluan bila aku dah start nak addict balik berbloging. Kalau boleh mana ada gambar semua aku nak tempek eh. ahah! It's too late now. Gonna go to bed now. Blanket is waiting for me. Ada masa macam biasa aku akan sedaya upaya update perjalanan hidup ini lagi. Pada cik buah hati, aku akan sentiasa menunggu mu. Sampai syurga! :))
Bye diary! Good night!



psst: 1) Melebar-lebar pulak bila aku berblogging lately.
2) Dalam hati asyik nak nyanyi lagu sampai syurga je. haish!
3) Tak sabar tunggu dia balik.

Thursday, July 15, 2010

Team Building - Part 2

Dear diary,

10 July 2010
Pengalaman berada dalam hutan bersambung. huhu! Oke ini perjalanan hidup aku untuk hari ke-2 dalam program team building. Pagi Sabtu tu, as usual kami kena bangun seawal pagi yang boleh. Mandi-manda, siap-siap, solat everything then semua diarahkan berkumpul dalam dewan pada jam 7 pagi. Diulangi 7 pagi. Masa tu kami ditugaskan untuk jalankan task ke-2. En-en fasilitator cakap kami kena buat task dulu then baru boleh breakfast. haish! Budak asrama pun takde sampai macam tu eh. hihi! Dalam task ke-2 tu, kami kena fikir macam mana nak alihkan jongkong ajaib dari satu tempat ke tempat lain. Source yang ada cuma tali, pacak buluh and kayu. Masa tu pagi-pagi lagi dah perah otak fikir macam mana solution task tu. Sebab kitorang kena alihkan jongkong tu tanpa tersentuh dengan tangan then kena susun dalam bentuk segi tiga. Mesti korang tak dapat imagine macam mana task tu kan.. Fikir punya fikir finally dapat jugak solution dengan source yang ada. GREAT! time tu kumpulan kami dapat tempat ke dua yang berjaya siap dulu. Bangga sungguh dol! then after siap semua, kami gegas-gegas ke dewan untuk breakfast.

After breakfast then kami ada briefing untuk exercise seterusnya. Mencabar jugak bagi aku. Nak tahu ? jom layan gambar eh. Malas nak conteng menjela-jela..

Best tak cabaran kami ? ahah! pada sesiapa yang biasa naik turun panjat lompat bendalah ni mesti akan cakap easy man. Tapi bagi aku yang tak biasa-biasa ni memang tough la.

Ni macam biasa, mula-mula kami dapat briefing dulu dari yang pakar. Kapten Zainal kot tak salah aku nama dia. Memang funny and kelakar habis. Biasalah, benda camni mana boleh main redah je kan. Musti ada safety bagai. Memasing excited nak main panjat-panjat.

Kasik pose sikit. Tuan tanah biasalah, picture kena tempek lebih. huhu! Macam ikut tema and kombinasi plak aku time tu sebab nama yang dibagi untuk exercise tu ialah 'spiderman / spiderwoman' Time tu plak aku pakai tone biru merah. Macam mak spiderman la pulak. Chill!

Orang pertama okey. Diulangi aku orang pertama jejak tangga naik sampai atas. Kalau nak tahu aku ni sebenarnya dari zaman kicik-kicik dolu lagi memang kalau boleh ada aktiviti ke apa ke MUSTI nak yang awal-awal. Contoh masa aku sekolah dulu, mintak sangat kat cikgu nak kena check gigi awal-awal sebab rasa takut tu akan ada sekejap je. Bila dah siap kena check, then boleh takut-takutkan pada kenkawan yang lain. huhu! Sama jugak macam aktiviti ni. Aku mintak yang terawal sekali naik.

Hilang rasa ketakutan. Yeah! kawan-kawan kat bawah semua kasik support. Cool huh!

Sebelum kaki nak cecah plywood tu memang hati debar-debar gila dol! Tapi bila dah ada step langkah, semuanya smooth je. Alhamdulillah! Semua orang lakukan aktiviti tu dengan cukup sempurna. Best weh! Kau dah cuba belum ?

Kau tak percaya aku cakap BEST ? Kau tengok tak aku bagi thumb up tu, maknanya best la dol! Team building batch 2 kali ni semua nya cool-cool belaka sebab bos-bos semua habis diorang hantar macam batch pertama lagi. So takde la rasa kekoh sangat eh. Geng femfuan tak ramai cuma 12 orang je. So mana-mana pegi kena unite sesama.

After mission completed untuk exercise pertama. Now, kami dengar briefing untuk exc. kedua and ketiga. Kali ni agak mencabar lebih. Tengok cara Kapten brief macam mana. Dia cakap kalau salah skill boleh patah pinggang. Uhuk! ye ker ? aku tipu jep. Kau ditipu. Btw, time tu sebenarnya kitorang yang geng perempuan ni dah malas-malas nak memanjat lagi sebenarnya disebabkan skill kali tu seriau la jugak.

Tapi bila disogok supaya perempuan harus semangat wajar, then masing-masing bangun jadi SEMANGAT balik. Kali ni perempuan kena last-last skali tapi masih gagah berani.

As usual, empunya tuan tanah beraksi. huhu! Masa ni aku tengah istigfar banyak-banyak sebab exc kedua ni aku kena turun berjalan dari arah depan. Ketar lutut oit!

Cool tak ? ahah! even hati tengah kecut-kecut tahan rasa takut, tapi muka still maintain ada SENYUM! Jom belajar tak teh! tak teh!

Ini aksi untuk exc. ketiga. Bila tuan demo buat skill camgini aku awal-awal lagi angkat tangan surrender. huhu! Tak berani nak pacak kepala dol! pada si gadis yang berani buat aksi ni, aku memang tabik spring. Solute you all..


Okey, tamat untuk cerita tengah hari tu. Then, petangnya tepat jam empat petang kami mengadap misi seterusnya yakni mungkin separuh kemuncak dalam program team building ni iaitu CORPORATE WAR. Seperti aku war-war kan sebelum ni, task petang tu makin mencabar sebab kitorang kena berhadapan dengan gerilla/musuh/orang asli dalam hutan belantara. Diulangi Hutan Belantara. Kau pernah masuk hutan ? huhu! Petang tu, masa makan tengah hari, aku memang dah start tak lalu nak makan, minum etc sebab banyak sangat dok fikirkan kebarangkalian itu ini bila dalam hutan nanti. Haish! Tiba masa jam empat petang, aku bertolak dari kem ke suatu tempat yang kami surely tak tahu pun mana lokasi sebenar dengan gunakan sebuah bas. Memang tak cam langsung lokasi tu sebab keluar masuk jalan kampung then kiri kanan jalan dah start dengan pokok-pokok hutan. Fuh! Sampai tempat yang dituju, empat kumpulan kami berpecah. Kumpulan A diorang drop kat kawasan A. Kumpulan B drop kat kawasan B dan seterusnya lah. Btw, sebelum masuk hutan lagi kami dah bersepakat yang keempat-empat group kami akan bergabung sesama untuk dapatkan kembali bag ZULU. Kat situ, team work terserlah sudah.

Bila dipendekkan cerita kenangan ketika berada dalam hutan bermula dari jam 4 petang sehinggalah jam 8 pagi keesokan harinya memang saat-saat penuh cabaran/dugaan/rintangan dll. Banyak yang aku belajar tentang kehidupan. Dari situ aku dapat bersyukur dengan nikmat Allah yang melimpah ruah sekarang ni. Kalu diingat balik masa dalam hutan dulu, nak makan pun susah. Nak masak, source terhad. Then, aku mula fikir macam mana dengan askar-askar zaman dulu-dulu pertahankan tanah air kita. Sanggup hidup mati untuk pertahankan tanah air. Bila fikirkan balik, kitorang punya Corporate Wargame ni semuanya atas conduct by fasilitator. Kami kena selalu berjaga-jaga dengan musuh/orang asli yang akan menyerang kami pada bila-bila masa saja. Main bom-bom pulak pakai air soya yang diperam sampai busuk. Itupun aku dah rasa takut masuk hutan bila kena serang musuh. Macam mana la dengan askar dulu dulu eh. huh! time tu barula aku rasa nak hargai wira-wira negara kita. Solute banyak-banyak pada arwah atuk sebab dia dulu askar melayu.

Antara pengalaman lain yang aku tak boleh lupakan ialah first time main masak-masak pakai solid fuel plus dapur askar dalam hutan. Alhamdulillah, team aku merupakan team yang pertama lagi sekali sampai ke check point. Itu pun atas bantuan/beli maklumat dari fasi yang follow kami. Sebabkan masa tu dah dekat pukul 7 maghrib, kami masih lagi tercari-cari jalan mudah untuk terus sampai ke check point. Finally, kami ambil keputusan untuk beli maklumat arah jalan je dari fasi then diorang tunjukkan jalan yang betul. Haish! Nasib jugak, kami kumpulan pertama yang sampai sebelum hari betul-betul gelap. Masa tu dalam hati masih lagi dup-dup, istigfar tak sudah-sudah. Sebab kita ada dalam hutan tempat yang kita tak kenal plus maghrib-maghrib lagi pulak kan. Sendiri mau ingat la. Jaga behave.

Bila sampai tu, kami terus pasang khemah memasing. Aku cari kayu-kayu kering area dekat-dekat tu je sebab nak tambah-tambah masak nasik, masak air then buat unggun api. Masa tu masing-masing dahaga gila-gila. Bila aku, kak fadzila and ila siap je masak air then buat air teh o, berebut-rebut semu orang minum. Even air teh kurang gula then siap bau asap lagi tapi semua main belasah je minum. hu! Then bila dah rest sikit, kitorang mula main masak-masak plak. Sempat pulak siap masak nasik, sardin and meggi lagi. Even nasik ada bau-bau asap then hangit sikit plak tu, even meggie aku rasa dah kembang-kembang semangkuk, tapi semua tu takde hal. Asal perut kenyang. BEST! Dalam jam 7.30 hingga jam 8.30, baru kumpulan lain sampai ke check point. Fuh! Alhamdulillah lagi la sebab kumpulan aku masih lagi bernaseb baik. Bila kumpulan lain yang baru sampai tu baru terkebil-kebil nak pasang khemah, kumpulan kami dah relax-relax makan maggie sambil sapu minyak halang nyamuk hinggap kat badan. Masa tu rasa lega gila.

You know what diary, masa aku dengan kak fadzila tengah sedap layan maggie cicah sardin tin masa tu, kami dapat signal yang kumpulan orang asli akan serang kami. Masa tu semua group dah bergabung untuk serang musuh. Masa tengah huru hara tunggu serangan dari orang asli tu, aku boleh sedap lagi dok suap-suap maggie padalah orang lain dah stand by bom masing-masing kat tangan. hehe! memang manis betul kenangan time tu. Last-last tak tahu la jam pukul berapa time tu, kami kena serang. Masing-masing berterabur cari pokok-pokok untuk cover diri. WARGAME bermula. Seram sejuk jugak aku dengar orang asli dok bising-bising cakap loghrat diorang terasa macam itu semua bukan MAINAN ataupun COBAAN. Terasa macam semua tu macam betul-betul KEJADIAN. huhu! Paling tak boleh handle bila diorang bersuara Kenak Duduk!! Kenak Duduk!! Maknaknya sapa-sapa yang dah terkena bom kena duduk sebelah tempat asing. Masa member-member aku yang lain tengah syok berperang, aku ambik jalan mudah sembunyi dalam hammock. Kau tahu hammock tu ape ? aku pun baru tahu bila masuk team building ni. haha!
Disebabkan masa dalam hutan aku tak bawak camera gedabak besar aku tu, then search cik google jumpa plak cik hammock. Aku panggil buai askar je. So situasi aku masa tu lebih kurang dalam picture ni la. hehe! pura-pura mati. Last-last aku tak kena tembak. Syukur banyak-banyak lagi. Berjaya jugak tricks aku masa tu.


Then bila semua yang dah kena bom kena bawak duduk depan, then yang mana yang tak kena tembak dengan bom kena duduk sebelah. Masa tu aku yang pura-pura mati tu pun segar bugar bangun dari buai askar. Cheated kan ? huuhu! Tapi takpela walaupun aku diketogerikan lari ketika berperang, tapi dengan IQ yang aku ada, aku tak kena tembak. Rupa-rupanya bila dikumpul yang mana yang tak kena tembak, member-member aku yang lain semua buat tricks yang sama. Ceh! sungguh-sungguh hampagas!

Dipendekkan cerita lagi, bila semua kawan-kawan dah mati kena tembak kononnya, kami yang hidup kena selamatkan diorang dengan beli nyawa pakai DAMRA. Tak logik eh. Masa tu semua kumpulan bergabung, kira-kira duit dalam akaun sebab nak tebus nyawa member-member yang dah kena bom tu. Malangnya, duit kami semua tak mencukupi. Nak taknak, solution pertama yang nak kena buat.. aku dan member yang tak kena bom tadi kena face dengan orang asli mintak nego supaya nyawa diorang ditebus plus kami kena ingat dan dapatkan ZULU. Masa tu puas gila kami pegi kawasan orang asli tu nak mintak nego. Tapi fail. Kalau misi kami berjaya time tu then berjaya dapatkan balik ZULU, kami tak payah lagi bersusah-susah stay dalam hutan. Tapi disebabkan misi kami pada malam tu tak berhasil plus orang asli tu ajak berperang lagi etc, so kami terpaksa bermalam dalam hutan. Memori lagi. Masa tido tu pun rasa susahnya nak lena sebab khemah yang kami pasang tu ikut sempat je dipasang. Akar-akar kayu menjela. Gila sakit badan nak tido. Fuh!

Finally, keesokan hari kami bangun seawal 6 pagi lagi. Masa tu, sejuk beku tak ingat. Aku siap pakai baju berlapis-lapis lagi. Nasib masa tu aku spare bawa baju cik buah hati. Rindu terubat sikit bila pakai baju dia. warming! warming! uhuk! masa awal pagi tu aku siap bertenggek depan unggun api dengan Ms Ting. Rasa lega sekejap. Then dalam pukul 6.10 tu after kemas-kemas khemah everything then kami keluar dari check point sebab nak serang orang asli lagi. Battle in the final la kononnya. Nak berperang habis-habisan untuk dapatkan ZULU. Akhirnya pendekkan cerita lagi dalam pukul 7 macam tu kami berjaya dapatkan beg ZULU. Orang asli kami berjaya tewaskan. BEST! BEST! Bila kami berjaya dapatkan ZULU tu bermaksud mission kami berjaya then boleh balik. Dalam perjalanan balik tu, pagi-pagi hirup udara segar dalam hutan, redah paya kecik, redah kebun getah dan macam-macam lagi la. Kenangan lagi bila kami sampai ke satu kawasan orang asli tu, kami disambut oleh C.E.O kami iaitu MR.OJ dengan isteri dan anak-anak sambut kami yang bertungkus lumus berjaya keluar dari hutan awal-awal pagi dengan tak mandi masing-masing sambil ada breakfast nasik lemak plus roti bakar etc. Mana dapat tengah-tengah kampung tu tak tahu la. Orang asli yang masak kot. haha! Hantam jela labu dan yang paling penting semua tu memang kenangan manis buat aku yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Boleh cerita kat anak cucu nanti. Insyaallah! :))



bersambung..
(kalau rajin)

Tuesday, July 13, 2010

Team Building - Part 1

Dear diary,

Salam untuk semua. Syukur alhamdulillah, malam ni baru ada free sikit untuk update belog. Neways, semalam aku baru je balik dari Team Building Jeram Besu. Betul kata orang. Tak kenal maka tak cinta. Cinta hanya fokus pada flora dan fauna okey. huhu! Ingat lagi dolu-dolu aku la yang paling beriya sekali cakap taknak pegi la apa la bla bla bla lagi. Tapi bila dah pegi sana, memang best. Banyak benda yang aku belajar. Kenal diri, yakin diri, survivor, fear factor dan macam-macam lagi. Kiranya lepas ni aku mungkin dah tak rasa takut-takut lagi bila berhadapan dengan macam-macam situasi cth terjun jeram, ada tempat tinggi, flying fox, jumpa orang asli , jumpa musuh dan macam-macam lagi.

Sebenarnya motif sebenar company aku adakan program ni disebabkan oleh untuk mewujudkan keyakinan diri masing-masing supaya saling bekerjasama dalam organisasi, tingkatkan sikap team work dalam kerja dan lain-lain. Tak ada istilah gagal dalam hidup. Aku try revised sikit la perjalanan hidup selama empat hari kat sana dengan segala aktiviti yang aku dah lalui.

9 July 2010
Hari Jumaat yang hening lagi ceria pagi, aku sampai office dalam jam 7.45 pagi macam tu la sebab bas gerak pada pukul 8 pagi. Hari tu, ada pulak yang buat spoil datang lambat sebab tayar kereta pancit. Acceptable! Last-last lama tunggu then dekat pukul sembilan baru gerak dari office. First time jejak kaki ke Daerah Raub, Pahang. Yes! memang jauh dari keadaan serabut serabai kat KL. Bila sampai kami disambut mesra dengan motivator, facilitator kat sana. After briefing, lunch, rest semua then kami dibahagikan dengan empat kumpulan. Kumpulan A, B, C dan D. Aku dalam kumpulan D. First time dapat ahli kumpulan rasa macam yakin tak yakin je yang kitorang ni boleh kerjasama sebab ramai yang aku tak kenal. Yang aku kenal of course budak-budak HQ based kat office jer cth kak fadzila, suzila, shaharil and hanif. Lain semua orang site. Tapi bila kami dah dipecah-pecahkan ikut kumpulan, baru aku tahu yang ramai jugak staff GG ni. Satu kumpulan ada sembilan orang semuanya.

Petang tu aku kira ramai sangat la yang excited bila kali pertama buat task. Aku ? biasa-biasa je kot sebab masih nak provok diri sebab tak suka kena hantar pegi team building. So, dalam pukul tiga petang tu kami start dengan task pertama. Kami dikehendaki menyeberangi seberang kawasan hanya berbekalkan tali dan jugak beberapa kayu. Kat situ, planning, cooperation dan lain-lain memang amat penting. Mula-mula aku memang blur habis la nak pahamkan apa yang task tu nak kita buat sebenarnya tapi last-last dapat solve jugak probs tu. Paling best team aku team pertama dapat selesaikan masalah tu. Kredit untuk team aku. Lepas dari task tu aku baru realised sikit yang aku dapat ahli team yang BEST! Bila kumpulan aku yang pertama berjaya siapkan task yang diberi, then kami boleh jual idea untuk solve probs tu kepada kumpulan lain. Masa tu dapat reward 50,000 Damra. Oh! Damra tu mata wang yang tak akan naik turun lagi dah. huhu!

Tempat penginapan kami. Setiap sorang dapat satu banglo. Banglo aku sah-sah aku pilih yang paling tengah sekali. hehe! Dalam banglo tu actually not bad la sebab diorang dah sedikan tilam bujang and bantal.

Sebabkan aku antara group pertama yang berjaya siapkan task, then agak cewi sikit kat situ kacau sana kacau sini pada group lain.

Ini antara ahli team aku. Kak Fadzila and Suzila. Kat sana bila buat aktiviti terpaksa tutup kepala dengan towel sebab tak tahan panas. Nasib baik aku tak migrain.


Sepanjang aktiviti dan task dijalankan, semua gerak geri perjalanan hidup kami di'record. Sana sini banyaklah video camera dok embush! Bila semua aktiviti selesai, kami kena bentangkan objective, mission, solution, planning etc. Bila masing-masing tengok balik semua video, baru tahu betapa selfish nye kita time tu. uhuk! Tapi takpela sekurangnya bertambah la sikit keyakinan diri bila berhadapan dengan orang. SPEECH! SPEECH!

Suzila, Shaharil, Fadzila and ai

Motif buat mulut hodoh tu sebab nak tahan jerawat dari jatuh atas simen. Alahai jewat, kenapalah kau nak tempek kat bawah hidung tu jugak. Tempek la tempat lain. Kat tangan ker, kat tapak kaki ke.. boleh aku pijak hari-hari. Dus!

Masa tu rasa malas gila nak fikir toktektoktek macam budak sekolah. Bila siap bincang dengan ahli kumpulan then kami buat presentation kat depan. Go Beyond! YAW!

Hari pertama tu, kitorang baru lah nak kenal kawan masing-masing. Rupanya ramai jugak staff GG ni. Maklumlah, aku cuma based HQ. Ada ramai lagi staff dari LKIM, PULAPOL and IAB. Of course la memang banyak muka-muka yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Bila ada program macam ni, barula nampak unite sikit. Unite unite jugak tapi still ada batasan ok. Then sambung cerita balik.. after siap terima motivasi diri dar Col Nik selaku fasilitator kami then minum petang then siap-siap semayang magrib then malam ada perjumpaan kat dewan. Malam tu memang best jugak la sebab kami dapat belajar macam mana nak baca kompas, dapatkan bearing, macam mana nak face bila kita masuk hutan, macam mana nak protect diri bila kena serang musuh, macam mana nak masak-masak dalam hutan dll. Malam tu, kami dapat task baru dari Col Nik. Tugasannya ialah kami terpaksa mengambil balik misi kami yang telah dicurik oleh orang asli. Malam tu, agak kelam kabut jugak la bila Col Nik tugaskan kami untuk jaga briefcase yang bernama ZULU. Dalam beg tu ada misi yang perlu kami sampaikan pada menteri. Then bila Col. Nik nak serahkan beg pada ketua team, kami diserang oleh orang-orang asli. Memang panik habis masa tu sebab memang tak sangka plak diorang nak datang ramai-ramai letupkan mercun then buat-buat bising marahkan kami then terus curik bawak lari beg. Actually itu semua cuma gimik je nak bagi task dan misi kami untuk esok hari bertambah berkesan. Nama pun CORPORATE WAR. So misi kami adalah berhadapan dengan orang-orang asli untuk dapatkan balik ZULU . Orang asli ?? fuh! yang sebelum ni aku tak pernah espect pun macam mana rupa diorang.

So malam tu, bila beg ZULU kena curik oleh orang asli then kami dapat task untuk petang esoknya. Kami kena masuk hutan berhadapan dengan orang-orang asli untuk dapatkan semula beg tu. Untuk persiapan untuk hari esoknya, sebab tu la kami kena belajar macam mana nak baca kompas, cari kampung orang asli etc. Time tu jugakla setiap group kena beli perkakas untuk masak dalam rate DAMRA. Mata wang yang kami gunakan dalam misi tu. Masa tu alhamdulillah kumpulan aku masih kaya. Banyak lagi duit dalam simpanan. Oh! lupa nak cakap. Sebenarnya sebelum aakan task pertama petang tu lagi kami dah dibagi setiap kumpulan sebanyak 400,000 DAMRA. So bila ada task, duit kami akan jadi plus minus. Maksudnya bila kami lakukan kesalahan, kami akan kena panalty then bila kami berjaya buat sesuatu, kami akan dapat reward. So duit dalam akaun akan turun naik. Masa tu duit dalam kumpulan kami memang banyak lagi la sebab masa task petang tadi kami tak banyak kena panalty. BEST!

Masa kena beli barang-barang masak tu team aku dengan kata sepakat beli beras 2 pacs, sardin 2 tin, maggie 5 bungkus, solid fuel 2 kotak, tempat masak, khemah dll. So cukup la kot untuk 9 orang dalam ahli kumpulan kami masa tu. Bila semua dah setel, dah belajar macam mana nak baca kompas, cara masak dan macam-macam tok kaduk lagi la yang fasi briefing then dalam jam 12 baru kami dibenarkan siap-siap gegas masuk banglo untuk rest/tido sebab esoknya kami dah nak kena bangun awal pagi. Ada task ke-2 menanti.



Bersambung..

Wednesday, July 7, 2010

Miss my Halo!

Dear diary,

Tadi tengah kusyuk buat kerja, window media player mainkan lagu 'Bedroom Window'. Uh! hati kangen bangat sama dia. Hari-hari without him macam biasa, hati ada rasa kosong sikit sebab banyak masa-masa tak dapat dipenuhkan dengan kenangan pahit manis. Pagi ? Takde lagi hello morning kiss, rindu bila dia liat-liat nak bangun bila dikejut subuh, rindu bila dia pesan rajin-rajin minum susu. Tengah hari ? Takde lagi asking 'sayang dah makan?', rindu dia mengomel, rindu dia membebel. Petang ? Takde lagi 'sayang.. dah balik belum?', rindu tiap-tiap petang dia datang jumpa aku, rindu nak usik pasal beg perut dia. Malam ? Takde lagi break fasting together, makan puas-puas sampai lebam sesama, rindu dia bukakkan pintu kereta, rindu kena cubit pipi. Sedih! Sedih sebab tahan rindu. Rasa macam nak tutup muka dengan bantal sekarang. Tapi kat opis takde bantal. Tutup muka dengan kertas je lah. Sigh!




psst: Pergi, hati separuh sifar. Cepatlah kembali..

Tuesday, July 6, 2010

Alahai Jeram Besu :(

Dear diary,

Sekarang ni kiri kanan masing-masing dah sok-sek pasal team building kat Jeram besu Jumaat ni. Jumaat sampai Isnin pulak tu. Masuk hutan, keluar hutan, panjat bukit, terjun sungai dll. Haish! seriau betul. Niat hati memang aku tak nak pegi, tapi tak buleh nak excuse. *sigh! Ini kalau dia baca mesti buat muka cebek-cebek nih SEBAB pada mulanya dia memang tak nak kasi aku pegi pun. Tapi last-last dia redhakan aje la. Janji pandai jaga diri and everything. Hari tu masa balik kampung pun mak and abah ada ingatkan jugak itu ini. Terharu sebab semua orang amik berat pasal aku. Hm,barang-barang aku tak kemas-kemas lagi ni. Jumaat dah nak pegi. Mintak doa supaya aku cepat pegi and cepat balik dengan selamat. Harap-harap jugak masa kitorang pegi nanti, cuaca baik-baik je. Tak hujan. Tak sanggup aku nak tempuh hutan berpacat bagai. Mintak simpang sangat-sangat. Pls!



psst: Tak rasa excited pun sebab kena masuk hutan :(

Sunday, July 4, 2010

Three in One

Dear diary,

Salam untuk semua. Rindu nak mengomel kat sini macam selalu sebab ternyata lately, aku kinda busy gila dengan aktiviti harian kat office, rumah etc. Banyak sangat perkara yang berlaku. Pahit, manis, masam, kelat dan macam-macam lagi la rasa yang aku tempuh seminggu dua minggu lepas. Okeyla, sebab dah agak lama tak menulis so aku akan random update sebahagian story aku baru-baru ni. Pendek cerita, ini diary sungguh caca merba.

Let's talk about cerita yang tak best dulu. Semenjak-dua menjak ni, terlalu banyak kerja kat office. Lepas satu-satu-satu tender, tak habis-habis. Start dengan tender projek kat Pekan Pahang tu, aku memang cool gila la buat tender tu sebab everything aku boleh catch up and control the pricing. Excited gila cari quotation sebab nak masuk harga yang paling cun la. Projek buat kandang kambing tu memang kenangan manis sebab aku tak pernah exposed dengan projek macam tu. So far so good. Result ? belum dapat lagi. Then baru je sudah submit tender tu, ingat dalam hati nak relax-relax dulu sebab aku kena buat claim itu ini lagi untuk LKIM. Fuh! makin lama makin susah aku layan karenah satu sub-con ni. Last-last naseb baik Ms Ting offer aku baik punya suruh aku pass all the documents subcon tu bagi dia yang handle. DONE satu masalah. Hm, last week baru je setel untuk tender Bomba, Seremban.. then ada lagi tender Bomba, Terengganu, then tender buat jalan, then tender apa jadah lagi entah la yang diorang nak ambik masuk tu. Tensioon! Kata cik buah hati, relax-relax sudah. Buat setakat mana yang mampu. BAIK BOS! Dalam pada minggu yang sangat tension kat opis, satu hari tu sempat jugak ada makan-makan untuk birthday party staff bulan June.

Post gambar ni sebab nak cakap dalam belog selamat hari jadi untuk cik Elina and Cik Nisah. God bless you all.. Hari tu aku tak puasa, jadi masa tu aku makan sampai puas. Then esoknya mula sambung puasa balik. lalala..


Walaupun hari-hari semakin tension kat tempat kerja, nasib dia selalu ada dekat di sisi. Oh! dah lama jugak dia tak naik job. So memandangkan dia selalu ada kat darat, maka hari-hari aku berbuka puasa bersama insan tersayang. Best sangat-sangat. Bertambah semangat aku nak puasa ganti yang tinggal lagi berapa hari je lagi. YES! Pada cik buah hati jugak, terima kasih sangat-sangat sebab terlalu sabar dengan karenah aku lately. Even semenjak dua ni ada saja agrument between us, tapi alhamdulillah semua under control. Masing-masing tak boleh nak gaduh lama-lama, sebab kalau ada yang tak kena dia selalu bawak berbincang, even aku ni keras kepala sikit. Tak nak benda-benda remeh temeh akan killing us softly. Mintak doa dari Tuhan supaya jodoh kami berpanjangan. Aku sayang dia sangat woo.

Ok-ok, cerita bab lain pulak. Nanti sambung-sambung cakap sayang kat cik buah hati balik eh. ahah! Okey la, last-last-last week ada lagi menu baru yang kitorang dah cuba. Maybe dah ramai yang addicted pada ayam penyet eh ? Kesian betul sebab kitorang baru sampai seru nak rasa masakan ayam penyet. Hari cuti tu, niat hati nak berkelah main masak-masak then berendam sungai puas-puas. Tapi memandangkan hari tu asyik nak hujan-hujan je, so terpaksa tinggal hajat nak pergi berkelah dengan dia dan adik. Sadis gila sebab cik buah hati siap dah masakkan nasik-goreng ikan bagai dah kat rumah. Lemah semangat nak cari tempat makan sebab hari hujan. Nasib merasa jugak aku rasa nasik yang dia masak malam tu. hu! So last-last, bawak adik aku jenjalan kat Wangsa Walk sebab dia tak pernah jenjalan sana lagi. Konon je la kan. Jenjalan sana then tonton wayang, makan popcorn, membeli lalu membelah kasut kat situ then masuk restoren ayam penyet then order tiga set kat situ. Memang superb bisa buat aku mengidam bila pregnant nanti. hehe!

Serius sambil masuk gambar ni, air liur rasa macam nak meleleh je dol. Korang dah cuba belum ? Kalau belum pegi serang ayam penyet cepat. Masa ni, kitorang pilih ayam penyet, udang penyet and rendang ayam. Kecur tengok tempe. ahah!

Saja nak promote free kat sini.

After makan macam biasa, jalan-jalan then pose depan cik camera cikit! Muah! Sayang sama mereka..


Kan aku dah cakap, even hari-hari kerja sungguh memenatkan tapi bila jumpa orang tersayang, semua jadi hilang. Tambah lagi, bila asyik makan-makan-makan. Hidup happy selalu. Terima kasih sayang sebab sentiasa mewarnai hidup ini. Aku chinta kamu sampai mati tau! Never be replaced.

Olo-lolo. Tomelnye dia. Addicted pada HOT & ROLL juga!

Okey diary, rasa macam nak sambung update cerita pasal cuti balik kampung lagi tapi dah macam panjang menjela la pulak untuk entry kali ni. So terpaksa cut dulu. Boleh ? ahah! Neways, lain kali ada masa aku akan update selalu lagi sebab sekarang ni cik buah hati dah kena naik job lagi. Lokasi di Terengganu macam biasa. Tadi bertolak dari rumah bakal mertua balik kl jam tiga petang, then sampai kl jam 6 petang, then dia dan kawan-kawan terus gerak ke Kerteh. Sangat-sangat penat. Kesian dia. Harap dia selamat pergi dan sampai then kerja then balik dengan selamat. Jumpa lagi nanti sayang. Muah! I'll be wait for you..



psst: Sambil update sambil layan MENTOR. Teruja sikit!

Friday, July 2, 2010

HOLD ON TIGHT


" Don’t fight. Don’t hide.
Those stars in your eyes.
Let them shine tonight.
Hang on. Hang in.
For the ride of your life.
It’s gonna be alright.
Hold on tight."

Anda sedang stress ?

Dear diary,

Kerja semuanya macam BULLSHIT!
Back off!
Tak habis-habis dengan desperate.
Tak habis-habis blame itu, blame ini.
Tak habis-habis memaki orang.
Haish!
Nasib ada dia.
Boleh cakap i love you banyak-banyak.
Nasib ada dia.
Sesekali menenangkan jiwa.
Nasib ada mak.
Boleh makan masakan mak puas-puas.
Nasib ada mak.
Boleh peluk mak kuat-kuat.
Yeah! malam ni aku nak balik jumpa mak.
Nak rehat puas-puas kat rumah.
Walaupun cuti tak seberapa.


psst: Ini bukan pantun, apatah lagi syair.