Tuesday, July 13, 2010

Team Building - Part 1

Dear diary,

Salam untuk semua. Syukur alhamdulillah, malam ni baru ada free sikit untuk update belog. Neways, semalam aku baru je balik dari Team Building Jeram Besu. Betul kata orang. Tak kenal maka tak cinta. Cinta hanya fokus pada flora dan fauna okey. huhu! Ingat lagi dolu-dolu aku la yang paling beriya sekali cakap taknak pegi la apa la bla bla bla lagi. Tapi bila dah pegi sana, memang best. Banyak benda yang aku belajar. Kenal diri, yakin diri, survivor, fear factor dan macam-macam lagi. Kiranya lepas ni aku mungkin dah tak rasa takut-takut lagi bila berhadapan dengan macam-macam situasi cth terjun jeram, ada tempat tinggi, flying fox, jumpa orang asli , jumpa musuh dan macam-macam lagi.

Sebenarnya motif sebenar company aku adakan program ni disebabkan oleh untuk mewujudkan keyakinan diri masing-masing supaya saling bekerjasama dalam organisasi, tingkatkan sikap team work dalam kerja dan lain-lain. Tak ada istilah gagal dalam hidup. Aku try revised sikit la perjalanan hidup selama empat hari kat sana dengan segala aktiviti yang aku dah lalui.

9 July 2010
Hari Jumaat yang hening lagi ceria pagi, aku sampai office dalam jam 7.45 pagi macam tu la sebab bas gerak pada pukul 8 pagi. Hari tu, ada pulak yang buat spoil datang lambat sebab tayar kereta pancit. Acceptable! Last-last lama tunggu then dekat pukul sembilan baru gerak dari office. First time jejak kaki ke Daerah Raub, Pahang. Yes! memang jauh dari keadaan serabut serabai kat KL. Bila sampai kami disambut mesra dengan motivator, facilitator kat sana. After briefing, lunch, rest semua then kami dibahagikan dengan empat kumpulan. Kumpulan A, B, C dan D. Aku dalam kumpulan D. First time dapat ahli kumpulan rasa macam yakin tak yakin je yang kitorang ni boleh kerjasama sebab ramai yang aku tak kenal. Yang aku kenal of course budak-budak HQ based kat office jer cth kak fadzila, suzila, shaharil and hanif. Lain semua orang site. Tapi bila kami dah dipecah-pecahkan ikut kumpulan, baru aku tahu yang ramai jugak staff GG ni. Satu kumpulan ada sembilan orang semuanya.

Petang tu aku kira ramai sangat la yang excited bila kali pertama buat task. Aku ? biasa-biasa je kot sebab masih nak provok diri sebab tak suka kena hantar pegi team building. So, dalam pukul tiga petang tu kami start dengan task pertama. Kami dikehendaki menyeberangi seberang kawasan hanya berbekalkan tali dan jugak beberapa kayu. Kat situ, planning, cooperation dan lain-lain memang amat penting. Mula-mula aku memang blur habis la nak pahamkan apa yang task tu nak kita buat sebenarnya tapi last-last dapat solve jugak probs tu. Paling best team aku team pertama dapat selesaikan masalah tu. Kredit untuk team aku. Lepas dari task tu aku baru realised sikit yang aku dapat ahli team yang BEST! Bila kumpulan aku yang pertama berjaya siapkan task yang diberi, then kami boleh jual idea untuk solve probs tu kepada kumpulan lain. Masa tu dapat reward 50,000 Damra. Oh! Damra tu mata wang yang tak akan naik turun lagi dah. huhu!

Tempat penginapan kami. Setiap sorang dapat satu banglo. Banglo aku sah-sah aku pilih yang paling tengah sekali. hehe! Dalam banglo tu actually not bad la sebab diorang dah sedikan tilam bujang and bantal.

Sebabkan aku antara group pertama yang berjaya siapkan task, then agak cewi sikit kat situ kacau sana kacau sini pada group lain.

Ini antara ahli team aku. Kak Fadzila and Suzila. Kat sana bila buat aktiviti terpaksa tutup kepala dengan towel sebab tak tahan panas. Nasib baik aku tak migrain.


Sepanjang aktiviti dan task dijalankan, semua gerak geri perjalanan hidup kami di'record. Sana sini banyaklah video camera dok embush! Bila semua aktiviti selesai, kami kena bentangkan objective, mission, solution, planning etc. Bila masing-masing tengok balik semua video, baru tahu betapa selfish nye kita time tu. uhuk! Tapi takpela sekurangnya bertambah la sikit keyakinan diri bila berhadapan dengan orang. SPEECH! SPEECH!

Suzila, Shaharil, Fadzila and ai

Motif buat mulut hodoh tu sebab nak tahan jerawat dari jatuh atas simen. Alahai jewat, kenapalah kau nak tempek kat bawah hidung tu jugak. Tempek la tempat lain. Kat tangan ker, kat tapak kaki ke.. boleh aku pijak hari-hari. Dus!

Masa tu rasa malas gila nak fikir toktektoktek macam budak sekolah. Bila siap bincang dengan ahli kumpulan then kami buat presentation kat depan. Go Beyond! YAW!

Hari pertama tu, kitorang baru lah nak kenal kawan masing-masing. Rupanya ramai jugak staff GG ni. Maklumlah, aku cuma based HQ. Ada ramai lagi staff dari LKIM, PULAPOL and IAB. Of course la memang banyak muka-muka yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Bila ada program macam ni, barula nampak unite sikit. Unite unite jugak tapi still ada batasan ok. Then sambung cerita balik.. after siap terima motivasi diri dar Col Nik selaku fasilitator kami then minum petang then siap-siap semayang magrib then malam ada perjumpaan kat dewan. Malam tu memang best jugak la sebab kami dapat belajar macam mana nak baca kompas, dapatkan bearing, macam mana nak face bila kita masuk hutan, macam mana nak protect diri bila kena serang musuh, macam mana nak masak-masak dalam hutan dll. Malam tu, kami dapat task baru dari Col Nik. Tugasannya ialah kami terpaksa mengambil balik misi kami yang telah dicurik oleh orang asli. Malam tu, agak kelam kabut jugak la bila Col Nik tugaskan kami untuk jaga briefcase yang bernama ZULU. Dalam beg tu ada misi yang perlu kami sampaikan pada menteri. Then bila Col. Nik nak serahkan beg pada ketua team, kami diserang oleh orang-orang asli. Memang panik habis masa tu sebab memang tak sangka plak diorang nak datang ramai-ramai letupkan mercun then buat-buat bising marahkan kami then terus curik bawak lari beg. Actually itu semua cuma gimik je nak bagi task dan misi kami untuk esok hari bertambah berkesan. Nama pun CORPORATE WAR. So misi kami adalah berhadapan dengan orang-orang asli untuk dapatkan balik ZULU . Orang asli ?? fuh! yang sebelum ni aku tak pernah espect pun macam mana rupa diorang.

So malam tu, bila beg ZULU kena curik oleh orang asli then kami dapat task untuk petang esoknya. Kami kena masuk hutan berhadapan dengan orang-orang asli untuk dapatkan semula beg tu. Untuk persiapan untuk hari esoknya, sebab tu la kami kena belajar macam mana nak baca kompas, cari kampung orang asli etc. Time tu jugakla setiap group kena beli perkakas untuk masak dalam rate DAMRA. Mata wang yang kami gunakan dalam misi tu. Masa tu alhamdulillah kumpulan aku masih kaya. Banyak lagi duit dalam simpanan. Oh! lupa nak cakap. Sebenarnya sebelum aakan task pertama petang tu lagi kami dah dibagi setiap kumpulan sebanyak 400,000 DAMRA. So bila ada task, duit kami akan jadi plus minus. Maksudnya bila kami lakukan kesalahan, kami akan kena panalty then bila kami berjaya buat sesuatu, kami akan dapat reward. So duit dalam akaun akan turun naik. Masa tu duit dalam kumpulan kami memang banyak lagi la sebab masa task petang tadi kami tak banyak kena panalty. BEST!

Masa kena beli barang-barang masak tu team aku dengan kata sepakat beli beras 2 pacs, sardin 2 tin, maggie 5 bungkus, solid fuel 2 kotak, tempat masak, khemah dll. So cukup la kot untuk 9 orang dalam ahli kumpulan kami masa tu. Bila semua dah setel, dah belajar macam mana nak baca kompas, cara masak dan macam-macam tok kaduk lagi la yang fasi briefing then dalam jam 12 baru kami dibenarkan siap-siap gegas masuk banglo untuk rest/tido sebab esoknya kami dah nak kena bangun awal pagi. Ada task ke-2 menanti.



Bersambung..