Thursday, July 15, 2010

Team Building - Part 2

Dear diary,

10 July 2010
Pengalaman berada dalam hutan bersambung. huhu! Oke ini perjalanan hidup aku untuk hari ke-2 dalam program team building. Pagi Sabtu tu, as usual kami kena bangun seawal pagi yang boleh. Mandi-manda, siap-siap, solat everything then semua diarahkan berkumpul dalam dewan pada jam 7 pagi. Diulangi 7 pagi. Masa tu kami ditugaskan untuk jalankan task ke-2. En-en fasilitator cakap kami kena buat task dulu then baru boleh breakfast. haish! Budak asrama pun takde sampai macam tu eh. hihi! Dalam task ke-2 tu, kami kena fikir macam mana nak alihkan jongkong ajaib dari satu tempat ke tempat lain. Source yang ada cuma tali, pacak buluh and kayu. Masa tu pagi-pagi lagi dah perah otak fikir macam mana solution task tu. Sebab kitorang kena alihkan jongkong tu tanpa tersentuh dengan tangan then kena susun dalam bentuk segi tiga. Mesti korang tak dapat imagine macam mana task tu kan.. Fikir punya fikir finally dapat jugak solution dengan source yang ada. GREAT! time tu kumpulan kami dapat tempat ke dua yang berjaya siap dulu. Bangga sungguh dol! then after siap semua, kami gegas-gegas ke dewan untuk breakfast.

After breakfast then kami ada briefing untuk exercise seterusnya. Mencabar jugak bagi aku. Nak tahu ? jom layan gambar eh. Malas nak conteng menjela-jela..

Best tak cabaran kami ? ahah! pada sesiapa yang biasa naik turun panjat lompat bendalah ni mesti akan cakap easy man. Tapi bagi aku yang tak biasa-biasa ni memang tough la.

Ni macam biasa, mula-mula kami dapat briefing dulu dari yang pakar. Kapten Zainal kot tak salah aku nama dia. Memang funny and kelakar habis. Biasalah, benda camni mana boleh main redah je kan. Musti ada safety bagai. Memasing excited nak main panjat-panjat.

Kasik pose sikit. Tuan tanah biasalah, picture kena tempek lebih. huhu! Macam ikut tema and kombinasi plak aku time tu sebab nama yang dibagi untuk exercise tu ialah 'spiderman / spiderwoman' Time tu plak aku pakai tone biru merah. Macam mak spiderman la pulak. Chill!

Orang pertama okey. Diulangi aku orang pertama jejak tangga naik sampai atas. Kalau nak tahu aku ni sebenarnya dari zaman kicik-kicik dolu lagi memang kalau boleh ada aktiviti ke apa ke MUSTI nak yang awal-awal. Contoh masa aku sekolah dulu, mintak sangat kat cikgu nak kena check gigi awal-awal sebab rasa takut tu akan ada sekejap je. Bila dah siap kena check, then boleh takut-takutkan pada kenkawan yang lain. huhu! Sama jugak macam aktiviti ni. Aku mintak yang terawal sekali naik.

Hilang rasa ketakutan. Yeah! kawan-kawan kat bawah semua kasik support. Cool huh!

Sebelum kaki nak cecah plywood tu memang hati debar-debar gila dol! Tapi bila dah ada step langkah, semuanya smooth je. Alhamdulillah! Semua orang lakukan aktiviti tu dengan cukup sempurna. Best weh! Kau dah cuba belum ?

Kau tak percaya aku cakap BEST ? Kau tengok tak aku bagi thumb up tu, maknanya best la dol! Team building batch 2 kali ni semua nya cool-cool belaka sebab bos-bos semua habis diorang hantar macam batch pertama lagi. So takde la rasa kekoh sangat eh. Geng femfuan tak ramai cuma 12 orang je. So mana-mana pegi kena unite sesama.

After mission completed untuk exercise pertama. Now, kami dengar briefing untuk exc. kedua and ketiga. Kali ni agak mencabar lebih. Tengok cara Kapten brief macam mana. Dia cakap kalau salah skill boleh patah pinggang. Uhuk! ye ker ? aku tipu jep. Kau ditipu. Btw, time tu sebenarnya kitorang yang geng perempuan ni dah malas-malas nak memanjat lagi sebenarnya disebabkan skill kali tu seriau la jugak.

Tapi bila disogok supaya perempuan harus semangat wajar, then masing-masing bangun jadi SEMANGAT balik. Kali ni perempuan kena last-last skali tapi masih gagah berani.

As usual, empunya tuan tanah beraksi. huhu! Masa ni aku tengah istigfar banyak-banyak sebab exc kedua ni aku kena turun berjalan dari arah depan. Ketar lutut oit!

Cool tak ? ahah! even hati tengah kecut-kecut tahan rasa takut, tapi muka still maintain ada SENYUM! Jom belajar tak teh! tak teh!

Ini aksi untuk exc. ketiga. Bila tuan demo buat skill camgini aku awal-awal lagi angkat tangan surrender. huhu! Tak berani nak pacak kepala dol! pada si gadis yang berani buat aksi ni, aku memang tabik spring. Solute you all..


Okey, tamat untuk cerita tengah hari tu. Then, petangnya tepat jam empat petang kami mengadap misi seterusnya yakni mungkin separuh kemuncak dalam program team building ni iaitu CORPORATE WAR. Seperti aku war-war kan sebelum ni, task petang tu makin mencabar sebab kitorang kena berhadapan dengan gerilla/musuh/orang asli dalam hutan belantara. Diulangi Hutan Belantara. Kau pernah masuk hutan ? huhu! Petang tu, masa makan tengah hari, aku memang dah start tak lalu nak makan, minum etc sebab banyak sangat dok fikirkan kebarangkalian itu ini bila dalam hutan nanti. Haish! Tiba masa jam empat petang, aku bertolak dari kem ke suatu tempat yang kami surely tak tahu pun mana lokasi sebenar dengan gunakan sebuah bas. Memang tak cam langsung lokasi tu sebab keluar masuk jalan kampung then kiri kanan jalan dah start dengan pokok-pokok hutan. Fuh! Sampai tempat yang dituju, empat kumpulan kami berpecah. Kumpulan A diorang drop kat kawasan A. Kumpulan B drop kat kawasan B dan seterusnya lah. Btw, sebelum masuk hutan lagi kami dah bersepakat yang keempat-empat group kami akan bergabung sesama untuk dapatkan kembali bag ZULU. Kat situ, team work terserlah sudah.

Bila dipendekkan cerita kenangan ketika berada dalam hutan bermula dari jam 4 petang sehinggalah jam 8 pagi keesokan harinya memang saat-saat penuh cabaran/dugaan/rintangan dll. Banyak yang aku belajar tentang kehidupan. Dari situ aku dapat bersyukur dengan nikmat Allah yang melimpah ruah sekarang ni. Kalu diingat balik masa dalam hutan dulu, nak makan pun susah. Nak masak, source terhad. Then, aku mula fikir macam mana dengan askar-askar zaman dulu-dulu pertahankan tanah air kita. Sanggup hidup mati untuk pertahankan tanah air. Bila fikirkan balik, kitorang punya Corporate Wargame ni semuanya atas conduct by fasilitator. Kami kena selalu berjaga-jaga dengan musuh/orang asli yang akan menyerang kami pada bila-bila masa saja. Main bom-bom pulak pakai air soya yang diperam sampai busuk. Itupun aku dah rasa takut masuk hutan bila kena serang musuh. Macam mana la dengan askar dulu dulu eh. huh! time tu barula aku rasa nak hargai wira-wira negara kita. Solute banyak-banyak pada arwah atuk sebab dia dulu askar melayu.

Antara pengalaman lain yang aku tak boleh lupakan ialah first time main masak-masak pakai solid fuel plus dapur askar dalam hutan. Alhamdulillah, team aku merupakan team yang pertama lagi sekali sampai ke check point. Itu pun atas bantuan/beli maklumat dari fasi yang follow kami. Sebabkan masa tu dah dekat pukul 7 maghrib, kami masih lagi tercari-cari jalan mudah untuk terus sampai ke check point. Finally, kami ambil keputusan untuk beli maklumat arah jalan je dari fasi then diorang tunjukkan jalan yang betul. Haish! Nasib jugak, kami kumpulan pertama yang sampai sebelum hari betul-betul gelap. Masa tu dalam hati masih lagi dup-dup, istigfar tak sudah-sudah. Sebab kita ada dalam hutan tempat yang kita tak kenal plus maghrib-maghrib lagi pulak kan. Sendiri mau ingat la. Jaga behave.

Bila sampai tu, kami terus pasang khemah memasing. Aku cari kayu-kayu kering area dekat-dekat tu je sebab nak tambah-tambah masak nasik, masak air then buat unggun api. Masa tu masing-masing dahaga gila-gila. Bila aku, kak fadzila and ila siap je masak air then buat air teh o, berebut-rebut semu orang minum. Even air teh kurang gula then siap bau asap lagi tapi semua main belasah je minum. hu! Then bila dah rest sikit, kitorang mula main masak-masak plak. Sempat pulak siap masak nasik, sardin and meggi lagi. Even nasik ada bau-bau asap then hangit sikit plak tu, even meggie aku rasa dah kembang-kembang semangkuk, tapi semua tu takde hal. Asal perut kenyang. BEST! Dalam jam 7.30 hingga jam 8.30, baru kumpulan lain sampai ke check point. Fuh! Alhamdulillah lagi la sebab kumpulan aku masih lagi bernaseb baik. Bila kumpulan lain yang baru sampai tu baru terkebil-kebil nak pasang khemah, kumpulan kami dah relax-relax makan maggie sambil sapu minyak halang nyamuk hinggap kat badan. Masa tu rasa lega gila.

You know what diary, masa aku dengan kak fadzila tengah sedap layan maggie cicah sardin tin masa tu, kami dapat signal yang kumpulan orang asli akan serang kami. Masa tu semua group dah bergabung untuk serang musuh. Masa tengah huru hara tunggu serangan dari orang asli tu, aku boleh sedap lagi dok suap-suap maggie padalah orang lain dah stand by bom masing-masing kat tangan. hehe! memang manis betul kenangan time tu. Last-last tak tahu la jam pukul berapa time tu, kami kena serang. Masing-masing berterabur cari pokok-pokok untuk cover diri. WARGAME bermula. Seram sejuk jugak aku dengar orang asli dok bising-bising cakap loghrat diorang terasa macam itu semua bukan MAINAN ataupun COBAAN. Terasa macam semua tu macam betul-betul KEJADIAN. huhu! Paling tak boleh handle bila diorang bersuara Kenak Duduk!! Kenak Duduk!! Maknaknya sapa-sapa yang dah terkena bom kena duduk sebelah tempat asing. Masa member-member aku yang lain tengah syok berperang, aku ambik jalan mudah sembunyi dalam hammock. Kau tahu hammock tu ape ? aku pun baru tahu bila masuk team building ni. haha!
Disebabkan masa dalam hutan aku tak bawak camera gedabak besar aku tu, then search cik google jumpa plak cik hammock. Aku panggil buai askar je. So situasi aku masa tu lebih kurang dalam picture ni la. hehe! pura-pura mati. Last-last aku tak kena tembak. Syukur banyak-banyak lagi. Berjaya jugak tricks aku masa tu.


Then bila semua yang dah kena bom kena bawak duduk depan, then yang mana yang tak kena tembak dengan bom kena duduk sebelah. Masa tu aku yang pura-pura mati tu pun segar bugar bangun dari buai askar. Cheated kan ? huuhu! Tapi takpela walaupun aku diketogerikan lari ketika berperang, tapi dengan IQ yang aku ada, aku tak kena tembak. Rupa-rupanya bila dikumpul yang mana yang tak kena tembak, member-member aku yang lain semua buat tricks yang sama. Ceh! sungguh-sungguh hampagas!

Dipendekkan cerita lagi, bila semua kawan-kawan dah mati kena tembak kononnya, kami yang hidup kena selamatkan diorang dengan beli nyawa pakai DAMRA. Tak logik eh. Masa tu semua kumpulan bergabung, kira-kira duit dalam akaun sebab nak tebus nyawa member-member yang dah kena bom tu. Malangnya, duit kami semua tak mencukupi. Nak taknak, solution pertama yang nak kena buat.. aku dan member yang tak kena bom tadi kena face dengan orang asli mintak nego supaya nyawa diorang ditebus plus kami kena ingat dan dapatkan ZULU. Masa tu puas gila kami pegi kawasan orang asli tu nak mintak nego. Tapi fail. Kalau misi kami berjaya time tu then berjaya dapatkan balik ZULU, kami tak payah lagi bersusah-susah stay dalam hutan. Tapi disebabkan misi kami pada malam tu tak berhasil plus orang asli tu ajak berperang lagi etc, so kami terpaksa bermalam dalam hutan. Memori lagi. Masa tido tu pun rasa susahnya nak lena sebab khemah yang kami pasang tu ikut sempat je dipasang. Akar-akar kayu menjela. Gila sakit badan nak tido. Fuh!

Finally, keesokan hari kami bangun seawal 6 pagi lagi. Masa tu, sejuk beku tak ingat. Aku siap pakai baju berlapis-lapis lagi. Nasib masa tu aku spare bawa baju cik buah hati. Rindu terubat sikit bila pakai baju dia. warming! warming! uhuk! masa awal pagi tu aku siap bertenggek depan unggun api dengan Ms Ting. Rasa lega sekejap. Then dalam pukul 6.10 tu after kemas-kemas khemah everything then kami keluar dari check point sebab nak serang orang asli lagi. Battle in the final la kononnya. Nak berperang habis-habisan untuk dapatkan ZULU. Akhirnya pendekkan cerita lagi dalam pukul 7 macam tu kami berjaya dapatkan beg ZULU. Orang asli kami berjaya tewaskan. BEST! BEST! Bila kami berjaya dapatkan ZULU tu bermaksud mission kami berjaya then boleh balik. Dalam perjalanan balik tu, pagi-pagi hirup udara segar dalam hutan, redah paya kecik, redah kebun getah dan macam-macam lagi la. Kenangan lagi bila kami sampai ke satu kawasan orang asli tu, kami disambut oleh C.E.O kami iaitu MR.OJ dengan isteri dan anak-anak sambut kami yang bertungkus lumus berjaya keluar dari hutan awal-awal pagi dengan tak mandi masing-masing sambil ada breakfast nasik lemak plus roti bakar etc. Mana dapat tengah-tengah kampung tu tak tahu la. Orang asli yang masak kot. haha! Hantam jela labu dan yang paling penting semua tu memang kenangan manis buat aku yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Boleh cerita kat anak cucu nanti. Insyaallah! :))



bersambung..
(kalau rajin)

No comments:

Post a Comment