Monday, July 19, 2010

a week without him - part 5

Dear diary,

Hari-hari kegembiraan/kesukaan/keceriaan terbengkalai untuk seketika bila menjelangnya hari esok. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. eceh! bermadah bagai pulak tengah-tengah malam ni. Bukannya apa cik diary, sebenarnya belum puas buah hati balik dari job last week.. tup tup siang tadi dia call dari office menyatakan bahawa dia terpaksa naik job lagi. Sambungan dari kerja-kerja yang terbengkalai previously. Aku ? puas ker tak puas ker terpaksa redha dengan kerja yang dilakukan. Demi masa depan yang lebih baik, insyaallah. Bila dia mula hilang dari pandangan untuk seketika, perkara biasa akan bertandang adalah kerinduan yang amat mendalam pada dia. Rindu serindunya..

Hari Pertama:
Alangkah girangnya rasa hati bila dapat tahu yang dia akan balik last week. Tunggu punya tunggu, petang tu alhamdulillah selamat sampai jugak cik buah hati ke tanah air. Ku sangka dia akan dapat cuti lama, tapi sangkaan menyimpang jua. Hari tu, dia sampai masa aku masih di kantor. Bila turun nak jumpa dia kejap kat basement parking, aku melonjak happy. Macam kau baru-baru bercinta. Au! Kesian tengok cik buah hati dengan beg-beg gedabaknya, dengan muka berminyak tahan penatnya dll. RINDU. Malam tu dinner sama-sama, tonton Twillight Saga Eclipse pun sama-sama. Best! Nasib baik Mr. Jacob Black tak menggugat cinta suci aku pada cik buah hati. hehe!

Hari kedua:
Memandangkan rumah aku tak jauh dari kawasan perlancongan tanah tinggi, jadi bila ada cuti-cuti oceanering.. rajin la kami hirup udara nyaman dan segar di tanah tinggi. Terapi betul setelah penat lelah bekerja keras. Lagi terapi bila setiap kali apa yang aku nak makan, akan dipenuhkan secepat mungkin. Apa ? TGI Friday ? ahah! takdela. Nasib mulut aku ni tak se'demand kau. Masa kat sana haritu, teringin pulak nak makan mcd sebab dah berkurun tak makan. huhu! RINDU. Rindu bila terkenangkan dia. My loyalty waiter. Blurp!

Indahnya bila hari-hari dilayan bagai puteri. Nak makan apa ada orang terbangkan sampai depan mata. Macam kau orang bercinta jugak la eh. Huhu! Nak tahu lagi ? aku memang pantang kalau tengok bila makan side order macam ni, si lelaki yang menyedap tunggu meja sedangkan si aweknye tu punyalah berbaris panjang tunggu turn order. Damn gila!

Itu dia. Kekasih hati aku sudah sampai. Kau nampak je garang, tapi hakikatnya hanya aku dan dia je yang tahu. ala-ala taman Rashidah utama gitu.

Sekadar pelengkap diri.

Nak tahu part mana yang aku suka bila masuk mcd ? yeah! here it is. Bila cakap pasal mcd, aku mesti akan mengidam-ngidam nak makan ayam goreng. Breast/Wing/Spicy. Itu memang perkara wajib. Kalau tiba-tiba hari tu nak makan benda lain, aku akan choose buntut baby (spicy chicken mcdelux). Kalau cik buah hati pulak, ofcourse dia akan makan big mc.

Bila perut kenyang, baru ada nafsu nak window shopping. Yaw! Bestnye jalan-jalan cuci mata. Comel je selipar tido tu eh.

Olo-olo. Time ni dah nak balik kot. Tak puas-puas lagi nak posing depan cik tunang. Wink!

Alhamdulillah, petang tu kami turun dari tempat peranginan dengan keadaan selamat. RINDU. Rindu nak spend time bersama-sama dengan dia lagi. Orang cakap, sebelum kawin semuanya indah kan ? Tapi, bagi kami walaupun bila-bila masa sekalipun kasih sayang akan tetap sama macam dulu, kini dan selamanya. Sape cakap masa tengah bertunang tu banyak sangat dugaan ? Tak sangat kot and mungkin segelintir je yang akan face dugaan tu. Tapi bagi kami, syukur alhamdulillah semua dalam keadaan lancar. Gaduh-gaduh kecik tu, accept je la kan.

Hari ketiga:
Hari seterusnya nak cerita bab jalan-jalan, makan-makan lagi. uhuk! Masa tu kan tiba-tiba ada hajat nak pegi KL Sentral. Kalau pegi KL Sentral macam biasa la aku macam dah takde keja lain bila pegi situ. Musti nak makan yong tau fu yang super duper marvelous kat foodcourt atas tu. Sesambil tu boleh tambah masa cuci mata lagi. Sebab kat sana kan banyak jugak jual tudung-tudung, baju, kasut etc. Daripada niat taknak shopping apa-apa cuma nak makan ytfu jer, tapi alih-alih terbeli jugak selendang tiga helai. Puas hati.. Kemudian jalan kat depan sikit, ada famous amos. Apa lagi bila dah dapat seru bau-bau cookies tu. Fuh! Sedap! Ada lagi, paling terkilan bila dah jumpa heel merah jambu yang aku berkenan, tapi takde size pulak. Yang ada cuma size 9. Gila keciwa!

Dishes kami masa tu. Aku makan ytfu, dia makan sotong kangkung. Love it! addicted sungguh!

Bila hari dah petang, baru ingat nak balik. Masa pegi KL Sentral tu, kitorang pegi balik naik train dari Kg Baru. RINDU. Lama gila tak naik train. Balik dari KL Sentral muka ada senyum-senyum sebab dapat selendang baru. wee!

Tak puas lagi tawaf-tawaf cuci mata, then after sampai Kg Baru, amik kereta then kitorang gegas ke another pit stop. Sebenarnya, masa tu Fifi ( adik cik buah hati) on the way balik KL. Dia suruh kitorang fetch kat Duta. So dalam kelapangan masa sementara tunggu dia sampai tu, apa lagi.. jalan-jalan sampai kaki tak boleh jalan. hehe! Tipu je.

Jalan-jalan then jumpa tshirt yang berkenan then terus cari fitting room then terus aku offer belikan untuk dia. Asyik aku je yang dapat free, dia pun musti teringin jugak sesekali cik tunang belikan eh. Fuh! budget macam duit dalam account berkepuk-kepuk. ghee!

As usual. No doubt!

Dalam jam malam, baru kitorang move to Hentian Duta. Ambik Fifi then bawak makan malam then sembang-sembang then baru hantar dia kat BMI. Totally, beberapa hari yang ada tu betul-betul dipenuhi dengan aktiviti yang HARMONI. ecece! Okey la diary, agak keterlaluan bila aku dah start nak addict balik berbloging. Kalau boleh mana ada gambar semua aku nak tempek eh. ahah! It's too late now. Gonna go to bed now. Blanket is waiting for me. Ada masa macam biasa aku akan sedaya upaya update perjalanan hidup ini lagi. Pada cik buah hati, aku akan sentiasa menunggu mu. Sampai syurga! :))
Bye diary! Good night!



psst: 1) Melebar-lebar pulak bila aku berblogging lately.
2) Dalam hati asyik nak nyanyi lagu sampai syurga je. haish!
3) Tak sabar tunggu dia balik.