Tuesday, August 31, 2010

Oh Yes! Pink!

Dear diary,

A public holiday without my darling. Macam biasa, hari ni cuma lepak-lepak kat rumah jer sambil tonton tv, kemas bilik, main internet sampai lebam dan lain-lain. Bila dah mengadap laptop berjam-jam tanpa bayar satu sen pun ni, mesti nak jadi belogwalking tegar. Hari ni dapat satu update dari Wardrobe lagi. Best-best! Kalau nak tahu belog ni banyak jual blouse cara online. Dapat tahu belog ni pun dari Kak Mel. Maklumlah, macam yang aku cakap sebelum ni semenjak dua menjak ni aku masih lagi nak jadi pengumpul blouse muslimah yang ala-ala sopan menutup aurat gitu. Sweet and sejuk je mata memandang. Cik tunang pun tersangatlah menyokong aku hundred percent tentang pemakaian aku sekarang ni. Katanya bila dah dekat-dekat nak kawen ni, semua sudut kena jaga. Baik dari segi perangai, tingkahlaku, pergaulan dengan kawan-kawan pejabat, pemakaian dan banyak-banyak lagi lah. MESTI kena jaga. Takkan masih nak pakai baju yang ala-ala avril lavigne ? Eh! sejak bila plak aku dressup avril ni? simpang sungguh! Segala gaun-gaun bunga-bunga dalam almari tu boleh pakai tidur jep. Comel amat! Practise untuk perfect! Dari sekarang la kena start kan ? Bila lagi. Takkan dah kawen baru nak jaga itu ini. Hopefully aku nak yang terbaik untuk dia.

Okey, sambung balik topik blouse tadi. So tadi aku dah call Wardah for all the transaction everything. Memandangkan rumah cik Wardah tu dekat je dengan rumah Kak Mel, so after transfer duit terus suruh cik Wardah antarkan blose tu pada Kak Mel jer. So, kat opis nanti dah boleh dapat blouse baru. Yeah! excited nak dapat blouse pink yang super duper sweet tu. Wink! Nanti boleh la claim pada cik tunang sebab tak belikan aku blouse kat atas platform sana. Atas platform ada mall ker ? Huhu! Joking! padahal aku yang super cerewet sangat tak suka dia belikan sumthing tanpa aku belek-belek dulu. Kat bawah ni, antara blouses yang aku dah beli dari Wardah Wardrobe. Kalau ada sapa-sapa yang sedang mengumpul hobi macam aku sekarang ni boleh la jenguk-jenguk website dia key :))

Baju ni baru aku pakai last week masa detim berbuka puasa dengan cik tunang. Tak berkedip mata tengok aku dressup begini. Sayang nampak semakin matang katanya ;))

Ini blouse No.2 yang tak pakai pegi mana-mana lagi. Buat pakai pegi rumah bakal mak mertua raya nanti pun ok jugak eh. huhu!

Ecece! ini blouse yang paling bongsu skali aku beli dari Wardah. Lalala! excitednye nak sarung pakai!


Baiklah diary, sekian untuk kali ini. Ada masa akan diupdate lagi ok. Pada tunang kesayangan, selamat bekerja keras kat sana supaya dapat balik raya seperti yang kita rancang. I rela you jadi nelayan lagi daripada you jadi drebar teksi. Bye! ;))



psst: Copy and paste baju kat sini sebab nak buat promote free.

Dam dam dum! bunyi mercun!

Dear diary,

Bunyi mercun bukan main lagi kat luar jendela. Tadi, sempat laung merdeka dengan buah hati pakai telefon bimbit jer. Di ulangi, telefon bimbit! Semangat kan walaupun kita tak bersama. Semoga Tuhan sejahterakan bumi Malaysia kita.

SELAMAT HARI MERDEKA!




psst: Rindu nak nyanyi lagu Negaraku kat assembly sekolah.

Monday, August 30, 2010

Eh! lambat lagi ker?

Dear diary,

Oh! aku sangat-sangat menghitung hari. Menghitung hari untuk jadi seorang ibu. Ibu kepada babies yang comel-comel dan sehat. Ops! c/forward jauh sangat tu. Padahal masih menghitung hari untuk jadi seorang isteri. Tanam target yang amat benar dan nyata sekali. Aku nak jadi seorang isteri yang solehah, taat kepada suami tercinta. Insyaallah!



psst: Dah banyak kali baca bab Tanggungjawab Suami & Isteri.
Moga dipermudahkan urusan kami. Amin!

Friday, August 27, 2010

Dear diary,

Salam diary kesayangan. Lama jugak aku tak update belog memandangkan aktiviti harian yang agak membusykan. Makin nak berhari raya ni, busy kat tempat kerja bukan main lagi. Betul-betul kena tahan ujian. Kadang-kadang rasa macam nak goyang kaki kat rumah then bila check account duit gaji berkepuk masuk tiap-tiap bulan. Haish! bestnya! Dia.. pun sama jugak. Tak terkecuali dengan kesibukan kerja. Sekarang ni pun tengok bukan main lagi naik turun naik turun job. Walaupun kadang-kadang selalu nak merungut, tapi kena accept jugak dengan hakikat sebenar. Tabahlah wahai sayang..

Hari tu, tiba-tiba dia call dapat balik. Macam biasa aku ingatkan boleh la bercuti-cuti dua tiga empat lima atau enam hari. Tapi malang sungguh, belum sampai kl lagi dah dengar cerita kena naik job balik. Ujian la tu kan. So hari tu sempat berbuka sesama sekejap jer sebab esoknya dia dah kena standby balik. After seminggu tak berjumpa cik tunang then dapat jumpa.. alangkah happy nya. Rindu serindunya. Disebabkan dua tiga menjak ni asyik memasak je kat rumah, jadi sempat la merengek minta nak makan ayam penyet. Dasar keturunan jawa. Mulut sesekali nak makan tempe jugak katanya. hehe! Dia? nasib baik layankan aje. Nasib dia pun boleh layan jugak meal macam tu. Oh! btw, sebelum berbuka puasa tu sempat lagi aku buat spek baru. Sadis tengok spek lama yang dah totally out tak dapat pakai lagi. Satisfied la buat cermin mata tu sebab tengah ada sale. Tak sabar nak pakai buat kerja. Yaw!


Kemudian, malam nya kitorang tak bertarawih pun. huhu! Cuma menghabiskan masa di Bangi Kopitiam. Macam biasa aku jadi peneman setia pada si tunang berchating. Ini la naseb selagi tak kawen. Kalau dah kawen kan senang. Sesekali suami balik, cuma lepak-lepak kat rumah je. Buatkan air, main internet sesama, buat itu, buat ini. Best kan? Best! Best! Best! Cepatnya masa berlalu. Insyallah, balik nanti kitorang dah kena standby siapkan diri apa yang patut untuk documentation. Isi borang, HIV test dan lain-lain. Makin hari, hati semakin berdebar-debar menghitung hari. Macam ni la rasanya bila orang nak kawen eh. Now baru aku tahu. Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan sempurna. Amin!




Sunday, August 22, 2010

Dear diary..

Aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat

rindukan dia! rindu gelak tawanya. rindu pujuk rayunya. rindu omelannya. rindu bebelannya. rindu segalanya tentang dia. rindu ni hanya untuk dia..



psst: cik farmasi cik farmasi, ada ubat cegah rindu tak ?

Thursday, August 19, 2010

I'll be with you.. Loving you..

Dear diary,

Malam ni terasa awal pulak nak update belog. Baru sudah solat maghrib then terus gegas naik atas katil sambil bukak laptop sambil layan buletin utama. Alhamdulillah, tadi berbuka macam biasa. Aku main masak-masak lagi. Hari ni aku masak tomyam ayam plus udang. lalala! Best jugak menjak-menjak ni rasa rajin nak masak. Sebelum ni aku penah masak udang goreng kunyit, ayam masak kicap dan ada lagi lah, cuma masak sardin bulan-bulan puasa ni je belom. Maybe esok nak masak sardin plak kot. hehe! Hm, hari ni dapat kumpul 2 helai lagi blouse. Best sangat. Satu kaler coklet satu lagi kaler purple campur kelabu taik anjing. Thanks to kak Mel sebab offer that blouses. Tak sabar nak show off pada buah hati. Wink! Rindu sangat alahai kat dia. Bila nak balik neh.. Raya dah dekat. Daging tak beli lagi nak buat rendang. Ketupat tak buat lagi. Haish! (Tiba-tiba sengal budget dah berlaki :))

Alang-alang update ni, nak update sekali la masa last berbuka dengan dia Ahad lepas. Cerita dah basi tapi nak masuk dalam belog jugak. Hari tu baru kesempatan nak detim awal disebabkan esoknya dia dah kena pergi kerja. So hari tu keluar awal jenjalan sekitar Damansara. Pergi Ikea sebab nak usha-usha lampu-lampu. Waktu berbuka, kitorang dah set janji temu dengan Ifah and Bulat nak berbuka sesama.

Dah penat tawaf dalam Ikea then jumpa tempat rehat yang cool. Terus detim kat situ. hehe!

Kebetulan. bukak laptop ada wifi free dari Mcd. Pakcik ni yang laju searching sebab dah gian nak online.. Macam annoying plak ada cone kat situ eh.

Sebab kurang dapat layanan masa tu, so duduk termenung sensorang je la sambil fikir masa depan nak hidup bahagia dengan dia. ececeh!

Sementara tunggu jam petang so kitorang lepak-lepak kat situ je sebab masing-masing dah penat nak berjalan lagi sebab kalau dahaga takkan nak berenti rehat minum pulak kan. So toktek toktek sembang-sembang sambil masing-masing layan fb. Best tengok dia berchating dengan member. Ceria memanjang. Tak lama lepas tu terus gegas ke restoren Jom Santai. Naseb dah booking awal-awal. Banyak benar menu yang dia order. Nafsu-nafsu.. Bila sampai sana, dua belangkas tu dah sampai awal lagi. Alhamdulillah, berbuka sampai kenyang sebab lauk pauk menepati citarasa. Tomyam plus daging masak merah plus udang masak pedas plus telur bungkus plus kailan ikan masin plus tembikai laici satu jag kenduri kawen. Fuh! nafsu jin sungguh! huhu!

Tahun bila la nak jumpa minah ni tengok badan dia dah berisi. Cikkeding memanjang. hihi! Tunggu dia pregnant je lah kot.

Yang kiri sekali tu memang pandai membodek ;)) sayang benar aku kat dia.

Belangkas yang takde rupa belangkas pun. uhuk!

Yang ni pun belangkas jugak ker ? eheh! Alhamdulillah Ramadhan ni hidup kami lebih tenang dan bahagia. Syukur pada Tuhan, doa dimakbulkan. Tak sabar tunggu saat bahagia tu.

Malam tu after berbuka and bersiap everything, terus gerak balik sebab esoknya awal pagi lagi dia dah kena standby kat airport. Paginya, kitorang sahur sesama. Nak jadi cerita masa tu, bila bangun dari tidur kepala pening gila-gila. Tak tahu kenapa tentiba jadi macam tu. Bila dia sampai depan rumah nak amik aku sahur sesama, aku dah cakap awal-awal yang aku dah rasa tak sedap badan. Kepala pening, rasa nak meloya, sakit perut dan banyak cekadaknya lah pendek cerita. Tak sempat sampai kedai makan lagi aku terasa nak termuntah. Jawabnya, aku membuang sisa makanan semalam kat tepi jalan jer. Dah berzaman aku tak muntah then hari tu bukan main pulak. Haish! Hormon gatal taknak kasik dia pegi kerja kot masa tu. huhu! Finally, sahur aku pun ala kadar jer. Walau macam mana pun, dia tetap kena pegi jugak and walau macam mana pun aku tetap kena tabah setabahnya. Kepada kesayanganku, sampai syurga ku menunggu.. Semoga Tuhan mempermudahkan perjalanan hidup seperti yang kita rancang. Amin!


psst: Dapat banyak cuti untuk raya. Macam-macam dia planning..
psst: Tadi call mak kesayangan. Rindu nak makan masakan mak.

Tuesday, August 17, 2010

a week without him - part 6

Dear diary,

Hujan rintik-rintik kat luar. Sedapnya nak bawak bekal bunyi-bunyi hujan timpa atas atap untuk tidur nanti. Erm! sekarang, cuaca agak tak menentu eh. Sekejap panas, sekejap hujan, sekejap mendung.. Takpela, taknak kisah sangat and taknak merungut sebab itu semua kan kerja Tuhan. Sebenarnya tak ada apa sangat pun nak update malam ni tapi disebabkan bosan takde buat apa jadi blogging la sekejap. Tadi berbuka as usual berbuka dengan housemate. Semenjak buah hati kena kerja ni, so alamat berbuka kat umah je la kan. eheh! Tadi pun sempat jugak pegi bazar ramadhan kat sebelah rumah. Best betul tengok orang jual itu ini. Rambang bijik mata. Haish! Naseb nafsu tak galak harini sebab aku cuma beli laksa saje tadi.

*sigh!

Malam-malam macam ni rasa janggal pulak tak dapat calling-caling selalu dari dia. Apa dia buat kat sana eh ? Malam ni dah takde teman nak baca niat puasa sama-sama, sadis! Harap dia selamat everything kat sana.

Saturday, August 14, 2010

Entry Kemetot!

Dear diary,

Alhamdulillah, bukak puasa tadi dapat jugak makan murtabak even terpaksa ber'emosi sekejap dengan orang tukang jual murtabak tu. heh! Dasar 'goblok' buat kerja lembab. Naseb baik murtabak kau sedap.. fullstop

Ingatkan bulan-bulan puasa ni perut takde la nak mintak-mintak western meal yang satu ni, tapi disebabkan dasar masing-masing yang penagih McD tegar, then tadi layan berbuka puasa dengan ayam goreng and big mac. Haish!

Oh! lately syok pulak buat college pics nih. Wink!



psst: Always miss my Pendisturb!

Thursday, August 12, 2010

Cerita semalam..

Dear diary,

Sekarang waktu jam subuh. Kat tv sedang azan, kat luar masjid pun tengah azan subuh. Selamat pagi untuk semua. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan sebab dibukakkan mata untuk teruskan hidup dalam bulan penuh keberkatan ni. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran. Wow! agak cantik susun atur pendahuluan aku kali ni eh. ahah! Biasalah, kan bulan puasa sekarang. So, mana-mana pergi pun mesti nak cakap pasal puasa, berbuka puasa, bertarawikh dan lain-lain kan. Macam aku jugak, alhamdulillah semalam kan aku ada cakap yang dia dapat balik. Happy sangat. Actually dia dapat balik pun dalam keadaan curi-curi sebab kat sana pun dia masih dalam standby mode. Bila dengar cakap dia nak lari balik sekejap tu, hati rasa tenang sangat. Thanks sayang! Oh! semalam ajak dia jalan-jalan kat bazar Ramadhan. Orang ramai berpusu-pusu tak hingat kat Gombak ni eh. Itu belum cakap nak jenjalan cari makan kat Melawati lagi tu. Balik dari kerja semalam pun jalan dah start jem-jem bagai. Haish! Bila sampai bazar, as usual mesti nak cari murtabak. Meal biasa muncul kalau musim-musim puasa ni kan. Tapi takde rezki pulak nak makan murtabak semalam. So dapat beli air tebu, kuih muih, sebalut sosej and ayam percik jer untuk makan sesama dengan family. Sampai ukp pun dah dekat pukul tujuh. Sesambil tunggu waktu berbuka tu, puas aku main-main dengan anak buah, si nabilla. Ish2! makin nakal sungguh dah dia sekarang ni. Comel sungguh! Then masa bukak puasa tu, dengar cik buah hati yang bacakan doa makan (sayang..sayang..) dah lama tak puasa sebulan dah lupa doa berbuka puasa eh :)) Best-best finally dapat jugak buka puasa ramai-ramai. After solat then lepak jap semua, then balik terus sebab kesian tengok cik buah hati dah penat-penat mengantuk. Kesian.. Kepada si dia.. I love you soo much! Thank you so hard for your sacrificed and being me a perfect day!

Dear sunshine, You make me perfect!

Wednesday, August 11, 2010

Twinkle!

Dear diary,

Syukur alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa indah hambanya. Kan miracle akan muncul jugak tanpa kita duga kan.. Tadi, masa tengah asyik bekerja dapat panggilan dari kesayangan. Cakap dia dapat balik harini tapi tak lama. Hati betul-betul teruja. Teruja sebab puasa pertama dapat jugak berbuka puasa bersama. Syukur! Semoga dia selamat sampai Kuala Lumpur. Maybe malam ni kitorang berbuka puasa kat rumah kakak. Oh! happy breakfasting to all friends..



psst: Cant wait to see dia dan tshirt barunya :))

Monday, August 9, 2010

Dedicated this special song to my lovely friend, lovely dear.. Muhammad Hafizi Bin Ahmad

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
I know that deep in my heart..

Sunday, August 8, 2010

Dear diary..

So simple but i want it perfect! I can't wait for it.. ahah! ayat secara tiba-tiba terkeluar. Salam untuk semua. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Sana sini, semua dah start bermaafan sesama sendiri jikalau ada salah dan silap. Aku ? tak terkecuali jugak mohon maaf jikalau ada salah dan silap tanpa sedar eh. Walaupun seronok dengan ketibaan Ramadhan, tapi kadang-kadang hati rasa sayu-sayu jugak sebab maybe first Ramadhan ni aku berbuka sensorang. Ah! taknak lah. Pertamanya cik buah hati masih diperantauan. Ecece! ayat manis pulak cakap diperantauan. Dia masih kena bekerja di sana. Masuk hari ni dekat seminggu dah dia kena outstation. Balik pulak belum tentu lagi bila boleh balik. Haish! Terpaksa bersabar sikit demi masa depan. Disebabkan dia takde di sisi, sebab keduanya ofkos kitorang tak dapat balik kampung. Tapi harap-harap sangat miracle akan muncul. Dia balik before Ramadhan. Hopefully!

Oh ya, semalam dapat jumpa member sekolah lama. Berzaman tak jumpa hampir tujuh tahun. Diulangi tujuh tahun tak jumpa ok. Memandangkan Puan Hanisah merangkap member aku tu dah jadi isteri orang then dah pregnant dua bulan pun sekarang ni, nak tak nak pagi tu terpaksa goda cik laki mintak permission untuk keluar. Pagi-pagi lagi Ifah dah message. Walaupun sebelum mintak kebenaran, make sure aku kena susun ayat cantik-cantik supaya aku dapat keluar. Alhamdulillah, pagi tu tentiba cik buah hati terbuka hati bagi aku keluar even kami jauh. Huhu! Dia bagi keluar pun sebab aku nak keluar dekat-dekat area Setiawangsa je. Cet! Bila dapat permission, terus roger Ifah tanda jadi. uhuk!

Dalam jam satu lebih jumpa Ifah kat Kem Setiawangsa, then tak lama lepas tu Nisah pun sampai. Wah! gila tak berubah muka and perangai masing-masing. Teruja sekejap tapi BEST! Bila jumpa tu terus keluar makan kat Jasco je. Maklumlah keluar dengan orang tengah pregnant, lain macam sikit eh. huhu! Hari tu, kami lunch kat Madam's Lim then borak itu ini sampai lebam. Masing-masing bukak cerita masing-masing masa zaman sekolah dulu. Rindu sangat. Pejam celik sekejap sangat masa tu berlalu kan. Bila makan-makan sampai kenyang, kena cakap TERIMA KASIH besar-besar kat Nisah sebab belanja. lalala! Lepas makan, kitorang tak jalan jauh-jauh pun, terus balik Kem then lepak-lepak kat rumah dia je sambil layan tv, layan tengok gambar pengantin, borak lagi dan lagi. Walaupun time tu sekejap je tapi sekurangnya mengingatkan kami zaman muda remaja dolu-dolu.

Thanks buddies. Friends never ending!

Thursday, August 5, 2010

laliluuu.. Semoga kita mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..

Dear diary,

Sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan lapan. Maksudnya bulan Ramadhan pun dah hampir tiba kan. Alhamdulillah, semua puasa ganti aku dah selesaikan. Harap-harap dengan tibanya bulan Ramadhan nanti hati aku semakin tenang, nak jaga tingkah laku biar bertambah baik lagi, nak bertambah lagi menjaga solat dan berbuat baik dengan semua orang. Eh! ada lagi. Sebolehnya lepas ni aku akan try slow and steadykan layan perasaan dengan music-music kafir nih. haish! Ok, cakap pasal music, arini aku dapat satu lagu baru. Tak tahu la kau dah tahu belum penyanyi nih. Aku pun tak google habis-habis lagi mamat arab ni. MAHER ZAIN. Yang pastinya mamat ni bukan sedara kepada Anuar Zain ok. Actually, lagu-lagu yang dia sampaikan memang menenangkan jiwa. Banyak jugak lagu cinta-cinta versi ala-ala arabian sikit. Paling aku suka lagu kat bawah ni. Nanti boleh download banyak-banyak lagu dia buat halwa dj kenduri nanti. Insyaallah!




psst: Makin lama makin berdebar-debar. Haish! lambat lagi la..

Wednesday, August 4, 2010

Kan Indah Kalau Tak Keterlaluan..

Dear diary,

Tiba-tiba rasa nak terdiam sekejap. Mood nak mengutuk belum sampai lagi kot. Actually, aku baru je jadi blog walking dari satu belog ke satu belog. Totally, aku lebih suka dan tertarik bila baca belog perempuan yang pandai berfesyen, pandai bergaya, uptodate, smart dan lain-lain lagi lah. Bukan setakat di belog je. Usha-usha pictures orang dalam mukabuku pun aku suka. Nak-nak lagi bila perempuan yang bertudung, cute ala-ala sweet sour tu. Best! Sampaikan aku pernah berulang-ulang kali cakap kat cik tunang yang habit aku memang begitu bila dapat internet. haha! Mula-mula agak konpius jugak dia sebab aku suka tengok perempuan cantik kan. Dia ingat aku lesbian ke apa ? haish! Simpang tiga empat lima ok sayang. I sangat tersangatlah jamin yang I ni lurus :))

Sebab apa aku suka baca belog perempuan uptodate ? sebab aku suka tengok perempuan berfesyen. Suka la. Suka sangat. Suka tengok gaya dia fix and matchkan apa yang dia pakai. Yang pandai bergaya tu, memang la aku tak nafikan. Solute sekejap sebab banyak betul duit korang beli baju itu ini kasut ikut kaler baju then dengan macam-macam jenis beg yang kau pakai bla bli blu dan banyak lagi lah cekadaknya. Tapi bila berfesyen tu jangan sampai terover pulak ok. Rasa nak termuntah pun ada. Please la. Aku tahu itu hak masing-masing, tapi nak berfesyen biarlah berpada jangan sampai nampak kau macam perempuan SAKAI baru keluar dari gua. Ok fullstop taknak kutuk banyak-banyak.
.
.
.
.
.

Alahai Indah kan?