Thursday, August 12, 2010

Cerita semalam..

Dear diary,

Sekarang waktu jam subuh. Kat tv sedang azan, kat luar masjid pun tengah azan subuh. Selamat pagi untuk semua. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan sebab dibukakkan mata untuk teruskan hidup dalam bulan penuh keberkatan ni. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran. Wow! agak cantik susun atur pendahuluan aku kali ni eh. ahah! Biasalah, kan bulan puasa sekarang. So, mana-mana pergi pun mesti nak cakap pasal puasa, berbuka puasa, bertarawikh dan lain-lain kan. Macam aku jugak, alhamdulillah semalam kan aku ada cakap yang dia dapat balik. Happy sangat. Actually dia dapat balik pun dalam keadaan curi-curi sebab kat sana pun dia masih dalam standby mode. Bila dengar cakap dia nak lari balik sekejap tu, hati rasa tenang sangat. Thanks sayang! Oh! semalam ajak dia jalan-jalan kat bazar Ramadhan. Orang ramai berpusu-pusu tak hingat kat Gombak ni eh. Itu belum cakap nak jenjalan cari makan kat Melawati lagi tu. Balik dari kerja semalam pun jalan dah start jem-jem bagai. Haish! Bila sampai bazar, as usual mesti nak cari murtabak. Meal biasa muncul kalau musim-musim puasa ni kan. Tapi takde rezki pulak nak makan murtabak semalam. So dapat beli air tebu, kuih muih, sebalut sosej and ayam percik jer untuk makan sesama dengan family. Sampai ukp pun dah dekat pukul tujuh. Sesambil tunggu waktu berbuka tu, puas aku main-main dengan anak buah, si nabilla. Ish2! makin nakal sungguh dah dia sekarang ni. Comel sungguh! Then masa bukak puasa tu, dengar cik buah hati yang bacakan doa makan (sayang..sayang..) dah lama tak puasa sebulan dah lupa doa berbuka puasa eh :)) Best-best finally dapat jugak buka puasa ramai-ramai. After solat then lepak jap semua, then balik terus sebab kesian tengok cik buah hati dah penat-penat mengantuk. Kesian.. Kepada si dia.. I love you soo much! Thank you so hard for your sacrificed and being me a perfect day!

Dear sunshine, You make me perfect!