Friday, August 27, 2010

Dear diary,

Salam diary kesayangan. Lama jugak aku tak update belog memandangkan aktiviti harian yang agak membusykan. Makin nak berhari raya ni, busy kat tempat kerja bukan main lagi. Betul-betul kena tahan ujian. Kadang-kadang rasa macam nak goyang kaki kat rumah then bila check account duit gaji berkepuk masuk tiap-tiap bulan. Haish! bestnya! Dia.. pun sama jugak. Tak terkecuali dengan kesibukan kerja. Sekarang ni pun tengok bukan main lagi naik turun naik turun job. Walaupun kadang-kadang selalu nak merungut, tapi kena accept jugak dengan hakikat sebenar. Tabahlah wahai sayang..

Hari tu, tiba-tiba dia call dapat balik. Macam biasa aku ingatkan boleh la bercuti-cuti dua tiga empat lima atau enam hari. Tapi malang sungguh, belum sampai kl lagi dah dengar cerita kena naik job balik. Ujian la tu kan. So hari tu sempat berbuka sesama sekejap jer sebab esoknya dia dah kena standby balik. After seminggu tak berjumpa cik tunang then dapat jumpa.. alangkah happy nya. Rindu serindunya. Disebabkan dua tiga menjak ni asyik memasak je kat rumah, jadi sempat la merengek minta nak makan ayam penyet. Dasar keturunan jawa. Mulut sesekali nak makan tempe jugak katanya. hehe! Dia? nasib baik layankan aje. Nasib dia pun boleh layan jugak meal macam tu. Oh! btw, sebelum berbuka puasa tu sempat lagi aku buat spek baru. Sadis tengok spek lama yang dah totally out tak dapat pakai lagi. Satisfied la buat cermin mata tu sebab tengah ada sale. Tak sabar nak pakai buat kerja. Yaw!


Kemudian, malam nya kitorang tak bertarawih pun. huhu! Cuma menghabiskan masa di Bangi Kopitiam. Macam biasa aku jadi peneman setia pada si tunang berchating. Ini la naseb selagi tak kawen. Kalau dah kawen kan senang. Sesekali suami balik, cuma lepak-lepak kat rumah je. Buatkan air, main internet sesama, buat itu, buat ini. Best kan? Best! Best! Best! Cepatnya masa berlalu. Insyallah, balik nanti kitorang dah kena standby siapkan diri apa yang patut untuk documentation. Isi borang, HIV test dan lain-lain. Makin hari, hati semakin berdebar-debar menghitung hari. Macam ni la rasanya bila orang nak kawen eh. Now baru aku tahu. Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan sempurna. Amin!