Sunday, August 8, 2010

Dear diary..

So simple but i want it perfect! I can't wait for it.. ahah! ayat secara tiba-tiba terkeluar. Salam untuk semua. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Sana sini, semua dah start bermaafan sesama sendiri jikalau ada salah dan silap. Aku ? tak terkecuali jugak mohon maaf jikalau ada salah dan silap tanpa sedar eh. Walaupun seronok dengan ketibaan Ramadhan, tapi kadang-kadang hati rasa sayu-sayu jugak sebab maybe first Ramadhan ni aku berbuka sensorang. Ah! taknak lah. Pertamanya cik buah hati masih diperantauan. Ecece! ayat manis pulak cakap diperantauan. Dia masih kena bekerja di sana. Masuk hari ni dekat seminggu dah dia kena outstation. Balik pulak belum tentu lagi bila boleh balik. Haish! Terpaksa bersabar sikit demi masa depan. Disebabkan dia takde di sisi, sebab keduanya ofkos kitorang tak dapat balik kampung. Tapi harap-harap sangat miracle akan muncul. Dia balik before Ramadhan. Hopefully!

Oh ya, semalam dapat jumpa member sekolah lama. Berzaman tak jumpa hampir tujuh tahun. Diulangi tujuh tahun tak jumpa ok. Memandangkan Puan Hanisah merangkap member aku tu dah jadi isteri orang then dah pregnant dua bulan pun sekarang ni, nak tak nak pagi tu terpaksa goda cik laki mintak permission untuk keluar. Pagi-pagi lagi Ifah dah message. Walaupun sebelum mintak kebenaran, make sure aku kena susun ayat cantik-cantik supaya aku dapat keluar. Alhamdulillah, pagi tu tentiba cik buah hati terbuka hati bagi aku keluar even kami jauh. Huhu! Dia bagi keluar pun sebab aku nak keluar dekat-dekat area Setiawangsa je. Cet! Bila dapat permission, terus roger Ifah tanda jadi. uhuk!

Dalam jam satu lebih jumpa Ifah kat Kem Setiawangsa, then tak lama lepas tu Nisah pun sampai. Wah! gila tak berubah muka and perangai masing-masing. Teruja sekejap tapi BEST! Bila jumpa tu terus keluar makan kat Jasco je. Maklumlah keluar dengan orang tengah pregnant, lain macam sikit eh. huhu! Hari tu, kami lunch kat Madam's Lim then borak itu ini sampai lebam. Masing-masing bukak cerita masing-masing masa zaman sekolah dulu. Rindu sangat. Pejam celik sekejap sangat masa tu berlalu kan. Bila makan-makan sampai kenyang, kena cakap TERIMA KASIH besar-besar kat Nisah sebab belanja. lalala! Lepas makan, kitorang tak jalan jauh-jauh pun, terus balik Kem then lepak-lepak kat rumah dia je sambil layan tv, layan tengok gambar pengantin, borak lagi dan lagi. Walaupun time tu sekejap je tapi sekurangnya mengingatkan kami zaman muda remaja dolu-dolu.

Thanks buddies. Friends never ending!