Thursday, August 19, 2010

I'll be with you.. Loving you..

Dear diary,

Malam ni terasa awal pulak nak update belog. Baru sudah solat maghrib then terus gegas naik atas katil sambil bukak laptop sambil layan buletin utama. Alhamdulillah, tadi berbuka macam biasa. Aku main masak-masak lagi. Hari ni aku masak tomyam ayam plus udang. lalala! Best jugak menjak-menjak ni rasa rajin nak masak. Sebelum ni aku penah masak udang goreng kunyit, ayam masak kicap dan ada lagi lah, cuma masak sardin bulan-bulan puasa ni je belom. Maybe esok nak masak sardin plak kot. hehe! Hm, hari ni dapat kumpul 2 helai lagi blouse. Best sangat. Satu kaler coklet satu lagi kaler purple campur kelabu taik anjing. Thanks to kak Mel sebab offer that blouses. Tak sabar nak show off pada buah hati. Wink! Rindu sangat alahai kat dia. Bila nak balik neh.. Raya dah dekat. Daging tak beli lagi nak buat rendang. Ketupat tak buat lagi. Haish! (Tiba-tiba sengal budget dah berlaki :))

Alang-alang update ni, nak update sekali la masa last berbuka dengan dia Ahad lepas. Cerita dah basi tapi nak masuk dalam belog jugak. Hari tu baru kesempatan nak detim awal disebabkan esoknya dia dah kena pergi kerja. So hari tu keluar awal jenjalan sekitar Damansara. Pergi Ikea sebab nak usha-usha lampu-lampu. Waktu berbuka, kitorang dah set janji temu dengan Ifah and Bulat nak berbuka sesama.

Dah penat tawaf dalam Ikea then jumpa tempat rehat yang cool. Terus detim kat situ. hehe!

Kebetulan. bukak laptop ada wifi free dari Mcd. Pakcik ni yang laju searching sebab dah gian nak online.. Macam annoying plak ada cone kat situ eh.

Sebab kurang dapat layanan masa tu, so duduk termenung sensorang je la sambil fikir masa depan nak hidup bahagia dengan dia. ececeh!

Sementara tunggu jam petang so kitorang lepak-lepak kat situ je sebab masing-masing dah penat nak berjalan lagi sebab kalau dahaga takkan nak berenti rehat minum pulak kan. So toktek toktek sembang-sembang sambil masing-masing layan fb. Best tengok dia berchating dengan member. Ceria memanjang. Tak lama lepas tu terus gegas ke restoren Jom Santai. Naseb dah booking awal-awal. Banyak benar menu yang dia order. Nafsu-nafsu.. Bila sampai sana, dua belangkas tu dah sampai awal lagi. Alhamdulillah, berbuka sampai kenyang sebab lauk pauk menepati citarasa. Tomyam plus daging masak merah plus udang masak pedas plus telur bungkus plus kailan ikan masin plus tembikai laici satu jag kenduri kawen. Fuh! nafsu jin sungguh! huhu!

Tahun bila la nak jumpa minah ni tengok badan dia dah berisi. Cikkeding memanjang. hihi! Tunggu dia pregnant je lah kot.

Yang kiri sekali tu memang pandai membodek ;)) sayang benar aku kat dia.

Belangkas yang takde rupa belangkas pun. uhuk!

Yang ni pun belangkas jugak ker ? eheh! Alhamdulillah Ramadhan ni hidup kami lebih tenang dan bahagia. Syukur pada Tuhan, doa dimakbulkan. Tak sabar tunggu saat bahagia tu.

Malam tu after berbuka and bersiap everything, terus gerak balik sebab esoknya awal pagi lagi dia dah kena standby kat airport. Paginya, kitorang sahur sesama. Nak jadi cerita masa tu, bila bangun dari tidur kepala pening gila-gila. Tak tahu kenapa tentiba jadi macam tu. Bila dia sampai depan rumah nak amik aku sahur sesama, aku dah cakap awal-awal yang aku dah rasa tak sedap badan. Kepala pening, rasa nak meloya, sakit perut dan banyak cekadaknya lah pendek cerita. Tak sempat sampai kedai makan lagi aku terasa nak termuntah. Jawabnya, aku membuang sisa makanan semalam kat tepi jalan jer. Dah berzaman aku tak muntah then hari tu bukan main pulak. Haish! Hormon gatal taknak kasik dia pegi kerja kot masa tu. huhu! Finally, sahur aku pun ala kadar jer. Walau macam mana pun, dia tetap kena pegi jugak and walau macam mana pun aku tetap kena tabah setabahnya. Kepada kesayanganku, sampai syurga ku menunggu.. Semoga Tuhan mempermudahkan perjalanan hidup seperti yang kita rancang. Amin!


psst: Dapat banyak cuti untuk raya. Macam-macam dia planning..
psst: Tadi call mak kesayangan. Rindu nak makan masakan mak.