Wednesday, August 4, 2010

Kan Indah Kalau Tak Keterlaluan..

Dear diary,

Tiba-tiba rasa nak terdiam sekejap. Mood nak mengutuk belum sampai lagi kot. Actually, aku baru je jadi blog walking dari satu belog ke satu belog. Totally, aku lebih suka dan tertarik bila baca belog perempuan yang pandai berfesyen, pandai bergaya, uptodate, smart dan lain-lain lagi lah. Bukan setakat di belog je. Usha-usha pictures orang dalam mukabuku pun aku suka. Nak-nak lagi bila perempuan yang bertudung, cute ala-ala sweet sour tu. Best! Sampaikan aku pernah berulang-ulang kali cakap kat cik tunang yang habit aku memang begitu bila dapat internet. haha! Mula-mula agak konpius jugak dia sebab aku suka tengok perempuan cantik kan. Dia ingat aku lesbian ke apa ? haish! Simpang tiga empat lima ok sayang. I sangat tersangatlah jamin yang I ni lurus :))

Sebab apa aku suka baca belog perempuan uptodate ? sebab aku suka tengok perempuan berfesyen. Suka la. Suka sangat. Suka tengok gaya dia fix and matchkan apa yang dia pakai. Yang pandai bergaya tu, memang la aku tak nafikan. Solute sekejap sebab banyak betul duit korang beli baju itu ini kasut ikut kaler baju then dengan macam-macam jenis beg yang kau pakai bla bli blu dan banyak lagi lah cekadaknya. Tapi bila berfesyen tu jangan sampai terover pulak ok. Rasa nak termuntah pun ada. Please la. Aku tahu itu hak masing-masing, tapi nak berfesyen biarlah berpada jangan sampai nampak kau macam perempuan SAKAI baru keluar dari gua. Ok fullstop taknak kutuk banyak-banyak.
.
.
.
.
.

Alahai Indah kan?