Thursday, August 5, 2010

laliluuu.. Semoga kita mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..

Dear diary,

Sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan lapan. Maksudnya bulan Ramadhan pun dah hampir tiba kan. Alhamdulillah, semua puasa ganti aku dah selesaikan. Harap-harap dengan tibanya bulan Ramadhan nanti hati aku semakin tenang, nak jaga tingkah laku biar bertambah baik lagi, nak bertambah lagi menjaga solat dan berbuat baik dengan semua orang. Eh! ada lagi. Sebolehnya lepas ni aku akan try slow and steadykan layan perasaan dengan music-music kafir nih. haish! Ok, cakap pasal music, arini aku dapat satu lagu baru. Tak tahu la kau dah tahu belum penyanyi nih. Aku pun tak google habis-habis lagi mamat arab ni. MAHER ZAIN. Yang pastinya mamat ni bukan sedara kepada Anuar Zain ok. Actually, lagu-lagu yang dia sampaikan memang menenangkan jiwa. Banyak jugak lagu cinta-cinta versi ala-ala arabian sikit. Paling aku suka lagu kat bawah ni. Nanti boleh download banyak-banyak lagu dia buat halwa dj kenduri nanti. Insyaallah!




psst: Makin lama makin berdebar-debar. Haish! lambat lagi la..