Tuesday, August 17, 2010

a week without him - part 6

Dear diary,

Hujan rintik-rintik kat luar. Sedapnya nak bawak bekal bunyi-bunyi hujan timpa atas atap untuk tidur nanti. Erm! sekarang, cuaca agak tak menentu eh. Sekejap panas, sekejap hujan, sekejap mendung.. Takpela, taknak kisah sangat and taknak merungut sebab itu semua kan kerja Tuhan. Sebenarnya tak ada apa sangat pun nak update malam ni tapi disebabkan bosan takde buat apa jadi blogging la sekejap. Tadi berbuka as usual berbuka dengan housemate. Semenjak buah hati kena kerja ni, so alamat berbuka kat umah je la kan. eheh! Tadi pun sempat jugak pegi bazar ramadhan kat sebelah rumah. Best betul tengok orang jual itu ini. Rambang bijik mata. Haish! Naseb nafsu tak galak harini sebab aku cuma beli laksa saje tadi.

*sigh!

Malam-malam macam ni rasa janggal pulak tak dapat calling-caling selalu dari dia. Apa dia buat kat sana eh ? Malam ni dah takde teman nak baca niat puasa sama-sama, sadis! Harap dia selamat everything kat sana.