Friday, September 24, 2010

Dear diary,

Pagi tadi tiba-tiba teringin nak makan satey. Tambah naik hantu lagi bila cik tunang cakap plan nak makan satey kajang reramai petang ni cancel pulak tadi. Haish! nak tunggu open house gogob selasa nanti macam dah tak sabar la pulak. Tapi itulah, bila dah namanya rezeki tadi petang masa lunch time kitorang pergi umah kak Mel. Ada la buat makan-makan sikit. Yang bestnya masuk-masuk je umah beliau, then terpandang bercucuk-cucuk satey dah terhidang atas meja. Itu rejeki nomplok namanya. hehe! Puas hati la makan satey kat umah dia tadi. Bila tanya mana order satey tu, rupanya dekat AU5 jek. Pastu sebab tak puas hati tadi makan tak makan sama-sama dengan cik tunang, jadi balik keja tadi after amik blouse yang aku beli lagi kat Wardah then terus gerak ke AU5. Naseb baik jumpa jugak foodcourt tu. Even secucuk 0.70 tapi memang berbaloi-baloi. Daging banyak, kuah kacang sedap. Pendek cerita memang perfectlah! So lepas ni bila perut tiba-tiba nak makan satey, dah tak payah nak merengek-rengek ajak orang tu pegi kampung baru lagi. weee!


psst: Nak cari tudung.. nak cari tudung. Esok kita pegi jalan TAR eh!

Tuesday, September 21, 2010

Hari Kegembiraan!

Dear diary,

Salam diary kesayangan. Btw aku baru lepas dinner, baru lepas bergayut dengan kekasih hati neh. Then baru berkesempatan nak mengupdate belog. Rindu nak mengomel kat sini. Rindu serindu-rindunya. Even banyak sangat cerita suka duka yang aku nak share kat sini dari dulu lagi, sebelum belum nak raya lagi.. tapi aku tahankan jugak la.

Sebelum tu, masih ada kesempatan lagi aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua tak kiralah kepada orang tersayang, followers dan tak terkecuali pada silent readers, hackers etc. Ecewah! buat-buat famos pulak dia. eheh!

Macam sedia maklum, sebelum-belum ni aku banyak mengadu domba pada diary risau kot2 buah hati tak dapat balik beraya sesama. Tapi alhamdulillah syukur nikmat, dua hari sebelum kami planning nak balik kampung dia berjaya siapkan kerja yang diamanahkan tu. Syukur sangat dengar dia dapat turun dari platform, kerja suksess, chopper takde masalah, teksi tak meragam and finally petang tu kami dapat jumpa. Dah tak terucap nak cakap banyak mana lagi syukur aku pada Tuhan. Alhamdulillah. Dalam hati terfikir, balik kampung nanti tak payah susah-susah drive sorang. Jadi petang tu dapat la kami berbuka puasa sama-sama. Lokasi masa tu, ayam penyet kot. eheh! tak habis-habis nak lepas gian nak makan tempe.

Malam sebelum nak balik kampung tu, mula-mula planning nak gerak pukul tiga pagi. Tapi dalam kul dua belas lebih dah dapat call dari dia ajak tukar planning nak gerak balik awal. Haish! terganggu kejap tidur aku masa tuh. Mula-mula rasa macam berat-berat je mata nak bangun, tapi sebabkan kesian kat dia yang katannya asyik dok 'cerah mata' tu, so so aku ikutkan aje lah. Bangun-bangun, siap2 kejutkan adik cakap nak amik dia awal. Nak taknak dalam pukul dua kitorang bertolak dari KL after amik adik kat Ukay Perdana balik sama. Masa balik kampung awal-awal pagi tu feeling best gila beb. Hati girang tak tahu la nak cakap sebab masing-masing dok pendam nak balik kampung lama sangat dah. Dengan angin sejuk-sejuk sepoi pagi then kami sahur kat Hentian Tapah. Biasalah, hentian femes tu lagi. Memang ramai gila. Gila betul. Yang mat-mat minah-minah kel*ng pun sibuk je nak berenti menyemak kat situ nak menyahur sekali. haish! Pagi tu kami sahur makan nasik lemak panas-panas. Sempoi!

Masa tu exit tol dalam pukul 7.10. Tak perasan pulak kami dah terlewat sepuloh minit nak dapat diskaun tol hari raya. Dia la orang yang paling banyak dok merungut cakap rugi rugi rugi. haish! sayang sayang.. Sampai Kulim area jam lapan kot. Terpaksa hantar dia balik rumah dulu, sebab raya aku nak pakai kereta kuda ku tuh. After salam-salam bakal mak abah (ececeh) terus mintak izin nak balik. Bestnya dah lama tak balik, then tengok muka orang tua kita. Best kan ? Besstt! Dalam on the way balik tu, dah sampai Selama aku dan kereta nyaris-nyaris jugak nak terima padah. Ada kel*ng mabuk bawak lori dah langgar tiang lektrik tepi jalan. Aku betul-betul kat belakang lori masa tu. Nsib baik wayar letrik tu ada tahan tiang tu yang dah patah, kalau tak tak tahu la apa nasib aku dan kereta kuda aku tu. Alhamdulillah, Tuhan masih nak lindung hambaNya. After sampai rumah, peluk cium mak sekuat hati sebab rindu sesangat. Balik tuh, bersembang itu ini tak hingat. Hilang rasa letih buntut kematu semalaman dalam kereta. hehe! Pendekkan cerita, berbuka puasa last kat rumah. Mak bukan main lagi masak itu ini sebab anak dia balik. Oh! petang tu mak masak daging cicah, sup tulang, ikan bakar, daging masak hitam, rendang daging dll. Marvelous! air asam yang mak buat memang terbaik.

Hari-hari counting days nak raya, finally tibalah masanya jugak. Pagi tu, tak sempat nak ziarah pusara arwah abah. Cuma dapat sedekahkah al-fatihah je banyak-banyak tiapkali lepas solat. Pagi tu, rumah memang kecoh dengan anak-anak buah yang gila-gila comel lagi banyak akal lagi nakal-nakal tuh. Susah betul nak terima arahan. haish! Dalam banyak-banyak nak tangkap gambar famili di pagi raya, satu pun pic tak kena citarasa. Susah betul nak control budak-budak nih. Tapi takpela, bila lagi nak tengok rumah mak riuh rendah suara anak cucu kan. Walaupun bingit-bingit, tapi suasana tu tetap selalu dirindui ;)

Wee! suka amat gambar neh. Ekal & Cimi tengah main aci ligan Amer. Wahai anak buahku, cepatlah membesar sayang.

Gambar ni pun favourite jugak. Guilty gila anak buah aku di pagi raya nih. Dia rasa bersalah sebab tak puasa penuh. Duit raya kurang. lalala..

Babak sebabak yang setiap tahun tak penah tak mengalir air mata.

Bila masing-masing dah pasang mata 'panda', wajib tune mood happy ceria famili pulak. Time cemgini, tangan aku menghulur, tangan anak buah tersua-sua gembira.
'kan dah cakap raya tahun ni angpau mcik nipis sebab mcik nak hadiahkan kaurang pakcik baru. kan?kan?kan?' ;D


Ni pulak adik aku gagah mewarisi tradisi akak aku yang tak dapat balik raya tu. Bagi duit raya macam nak main cabutan betuah. Nasib la dapat duit raya berkepuk ke berciput. Haish!

Ouch! gambar raya memang bertimbun, tapi macam tak berbaloi-baloi pulak nak update bebanyak. Naseb baiklah camera tak pakai kodak dah sekarang ni eh. Budak-budak nih memang menguji kesabaran cameraman betul. Banyak gambar yang tak jadi. haish!

'Ramai dah cakap mcik berisi'. Ok fine. Merajuk!

Pendek cerita, raya pertama aku banyak habiskan masa kat rumah layan tetamu yang datang. Pegi beraya pun rumah sedara-mara depan belakang rumah jer. Petangnya, my sayang dan bakal famili baru nak datang beraya kat rumah. Alhamdulillah mak, abah, abg epi, abgchik, kakchik, abg, fifi, fikri, wani, sofia semua ada. Best sesangat. Seronok tengok diorang makan nasi impit kuah kacang mak. Laris!

Oh! update kali ni aku nak cerita panjang lebar tapi ada masa kena potong-potong cerita jugak. So, apa yang berlaku seminggu lebih kat kampung haritu takdelah aku nak cerita semua eh. Yang pasti menghabiskan cuti panjang kat kampung memang sesi terapi yang aku tunggu-tunggu.

Raya kedua, ingat nak jumpa member-member lama tapi malang pulak sebab masa tak mengizinkan hari tu. Sempat cik b.break dengan cik ros je sempat datang rumah pagi tu. Hari tu, memang kelam kabut sikit sebab nak pegi umah sedara lagi, then petangnya nak pegi beraya rumah bakal mertua. Mak abah buat open house rupanya. So kena pegi la kan. eheh! Aku dengan segerombolan famili aku sampai Kulim dalam pukul petang. Takde perkataan lain yang aku nak cakap selain BESTnyeee.. Tahun last beraya bujang. Insyaallah tahun depan, mesti raya aku bertambah meriah.

Selain tu, masa kat kampung jugak akak aku yang sulung tengah sarat mengandung. Tunggu masa je nak deliver. Nasib dia tak lahir time orang sibuk2 nak beraya aritu. Alhamdulillah, due date 13hb. Akak aku terpaksa masuk wad 14hb sebab dah over due. Lagipun suspek big baby. Tak boleh nak bersalin normal. Dua tiga hari jugak la kami berulang alik melawat kak ina kat hospital Kulim. Nak taknak abang ipar aku terpaksa sign surat kena operate and alhamdulillah finally kak ina selamat bersalin baby girl yang seberat 4.8kg. Lagi sikit nak sama berat sekampit beras. Gila kentang tak ? Produktif eh ? huhu! Apa-apapun syukur sangat sebab semua selamat. Baby pun sehat, comel lagi!

Anak buah yang ke-11

Nak dijadikan cerita, tak ingat dah hari apa lepas balik dari melawat kak ina kat hospital.. aku dengan mak satu kereta balik rumah macam biasa. Dalam dok bawak kereta tu, tentiba tayar langgar lubang. First time beb. Menggelabah la jugak sekejap. Nasib masa tu mak ada sekali. Tayar pancit. haish! Terus call abie, pastu call mr.penyelamat. Toktek-toktek dalam setengah jam jugak kot stuck kat tepi jalan. Cik buah hati pun sempat sampai jugak. Kesian tengok orang-orang yang aku sayang tu willing benar. Nak taknak, kena hantar kedai tayar jugak ganti itu ini. Dengan dok rasa panik tu, bawak kereta pun jadi dah tak betul. ish! Lepas ganti beli tayar itu ini, nasib mr penyelamat tolong bayarkan. Tq sayanggg! ;) Paling tragis sekali dalam on the way abie dengan sayangku tu follow dari belakang kereta sebab nak cari kedai repair tayar. Time tu jugak la nak hujan. Ujian betul. Kesian la tengok dua-dua yang naik motor tu kena hujan. Sungguh! terharu! kesian! serba salah! dll. Mesti kena ingat pengorbanan diorang nih. Janji!

Lagi buat rasa nak nangis berbakul bila malam tu, aku nak belek-belek camera tengok-tengok ada gambar orang tersayang ni. Tanya punya tanya rupanya anak buah aku yang snap senyap-senyap dalam kereta masa kejadian petang tu. ololoooo.. kesiannya kena hujan.

Okeylah diary, rasa macam nak bercerita laggi. Tapi mood nak menulis dah hilang tiba-tiba. Yang penting balik kali ni memang menyeronokkan. Rindu mak, rrindu sayang, rindu rumah, rindu adik beradik and banyak lagi lah yang aku rindu. Insyallah, ada rezeki nanti kena balik lagi sebab nak setelkan borang nikah aku pulak. lalala.. Btw, dokumen2 penting aku dah sediakan cuma nak kompile, sign and hantar je tinggal. HIV test pun dah buat. Alhamdulillah! Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup aku sekeluarga. Amin!

Memori List:

Puasa
Aidilfitri
Hari Keluarga Cherating
Aidiladha
Pernikahan
Bulanmadudiawanbirutiadayangmengganggu


psst: Masih mengira waktu even kad kawen tak siap lagi. Blurp!

Sunday, September 5, 2010

Dear diary,

Aku tengah mengidam nak makan stik. Lebih-lebih lagi stik Big Plate. Wahai kanda pujaan hati! cepatlah pulang! I wish i will keep you much longer soon..

Geram tengok ai eeehh ;))


Muslimah solehah menjadi idaman setiap Muslim soleh..


Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..



psst: Selalu berdoa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.

Saturday, September 4, 2010

Berita gembira menanti!

Oh diary, I can't wait for it!
Semoga selamat semuanya.

Dear diary,

Tadi kat office macam biasa setiap kali jumaat di bulan-bulan puasa ni ada tazkirah satu jam. Tazkirah yang semestinya tepati waktu. Sharp untuk satu jam. Ustaz tu orang Kedah dan sangatlah best bila bagi ceramah. Tadi kuliah tajuk Malam Lailatul Qadar. Banyak sangat ilmu yang aku belajar tadi sampai tersentuh hati yang comel ni. Ustaz cakap dalam sepuluh malam terakhir ni kita patutnya makin tingkatkan amal ibadat dan kukuhkan keimanan dalam hati. Banyakkan berdoa pada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau menyukai ampunan, maka ampunilah kami.

Dari A'isyah r.a. "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, seandainya aku mengetahui malam Lailatul Qadar, apa yang yang sebaiknya aku baca?". Rasulullah bersabda bacalah : "Allahuma inni afuwun kariim tuhibbul 'afwa fa'fu'anna" (H.R. Tirmidzi)

Kat bawah ni ada lagi satu doa. Puas jugakla aku google youtube. Then terjumpa doa yang menenangkan jiwa ni. Even agak panjang, tapi sambil kita dengar sambil ikut dalam hati pun dah dapat pahala kan. Mari! Selamat beramal..

Friday, September 3, 2010

Miss part of my sunshine..

Dear diary,

Alahai comot-comot je anak buah aku semua ni kan. Rindu nak bergusti dengan budak-budak neh. Rindu nak layan karenah memasing. Rindu nak bertekak gaduh bila berebut makanan. Rindu nak tonton aksi terhegeh-hegeh yang super bumbum. Rindu nak bertempik dengan bebudak ni suruh kemas tempat tidur. Rindu dengar budak-budak ni gedik-gedik panggil 'makcciikk!' dan lain-lain lagi lah. Oh! Rindunyeee.. Raya tahun ni, bilangan kau orang makin bertambah. Kau orang sepupu-sepupu ni dah boleh tubuhkan kelab dua team main futsal dah sekarang. Jadi, raya tahun ni duit dalam sampul raya dah tak macam dua tiga tahun lepas lagi yer sebab mcik kau orang nak simpan duit untuk kawen. Tak lama lagi mcik hadiahkan kau orang pakcik eh. Wink!

Eh! yang over size sikit tu bukan anak buah ai ok.



psst: Kira masa untuk bertadbir yaya!

Thursday, September 2, 2010

Dear diary,

Macam biasa, taknak update panjang berjela cuma nak cakap hati masih ada saki baki sedih sebab buah hati tak tahu lagi bila boleh pulang. Sadis bukan main lagi. Tadi masa teresak-esak bual dalam telefon sempat lagi aku nyanyi lagu Fabulous Cat.

"Kosong hidupku tanpamu
Derita ku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu"

Dia ketawa, cakap jangan sedih-sedih lagi.

Ok, janji tak sedih lagi. Esok malam pulak sambung nangis. Bye!




psst: Selamat berjuang untuk esok bbie.

Wednesday, September 1, 2010

Dear diary,

Tiap-tiap malam mesti nak layan cerita Syurgamu Ramadan. Walaupun malam-malam rasa mengantuk sangat sampai rasa lepas berbuka puasa terus nak tido, tapi hati cakap tak sampai hati nak tido terus. Mesti nak tengok jugak. Pastu nangis sorang-sorang sebab tak tahan sedih. Sedih la, sedih.

Jom! Jom! Bye! Bye!
:))