Friday, September 24, 2010

Dear diary,

Pagi tadi tiba-tiba teringin nak makan satey. Tambah naik hantu lagi bila cik tunang cakap plan nak makan satey kajang reramai petang ni cancel pulak tadi. Haish! nak tunggu open house gogob selasa nanti macam dah tak sabar la pulak. Tapi itulah, bila dah namanya rezeki tadi petang masa lunch time kitorang pergi umah kak Mel. Ada la buat makan-makan sikit. Yang bestnya masuk-masuk je umah beliau, then terpandang bercucuk-cucuk satey dah terhidang atas meja. Itu rejeki nomplok namanya. hehe! Puas hati la makan satey kat umah dia tadi. Bila tanya mana order satey tu, rupanya dekat AU5 jek. Pastu sebab tak puas hati tadi makan tak makan sama-sama dengan cik tunang, jadi balik keja tadi after amik blouse yang aku beli lagi kat Wardah then terus gerak ke AU5. Naseb baik jumpa jugak foodcourt tu. Even secucuk 0.70 tapi memang berbaloi-baloi. Daging banyak, kuah kacang sedap. Pendek cerita memang perfectlah! So lepas ni bila perut tiba-tiba nak makan satey, dah tak payah nak merengek-rengek ajak orang tu pegi kampung baru lagi. weee!


psst: Nak cari tudung.. nak cari tudung. Esok kita pegi jalan TAR eh!