Saturday, September 4, 2010

Dear diary,

Tadi kat office macam biasa setiap kali jumaat di bulan-bulan puasa ni ada tazkirah satu jam. Tazkirah yang semestinya tepati waktu. Sharp untuk satu jam. Ustaz tu orang Kedah dan sangatlah best bila bagi ceramah. Tadi kuliah tajuk Malam Lailatul Qadar. Banyak sangat ilmu yang aku belajar tadi sampai tersentuh hati yang comel ni. Ustaz cakap dalam sepuluh malam terakhir ni kita patutnya makin tingkatkan amal ibadat dan kukuhkan keimanan dalam hati. Banyakkan berdoa pada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau menyukai ampunan, maka ampunilah kami.

Dari A'isyah r.a. "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, seandainya aku mengetahui malam Lailatul Qadar, apa yang yang sebaiknya aku baca?". Rasulullah bersabda bacalah : "Allahuma inni afuwun kariim tuhibbul 'afwa fa'fu'anna" (H.R. Tirmidzi)

Kat bawah ni ada lagi satu doa. Puas jugakla aku google youtube. Then terjumpa doa yang menenangkan jiwa ni. Even agak panjang, tapi sambil kita dengar sambil ikut dalam hati pun dah dapat pahala kan. Mari! Selamat beramal..