Tuesday, September 21, 2010

Hari Kegembiraan!

Dear diary,

Salam diary kesayangan. Btw aku baru lepas dinner, baru lepas bergayut dengan kekasih hati neh. Then baru berkesempatan nak mengupdate belog. Rindu nak mengomel kat sini. Rindu serindu-rindunya. Even banyak sangat cerita suka duka yang aku nak share kat sini dari dulu lagi, sebelum belum nak raya lagi.. tapi aku tahankan jugak la.

Sebelum tu, masih ada kesempatan lagi aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua tak kiralah kepada orang tersayang, followers dan tak terkecuali pada silent readers, hackers etc. Ecewah! buat-buat famos pulak dia. eheh!

Macam sedia maklum, sebelum-belum ni aku banyak mengadu domba pada diary risau kot2 buah hati tak dapat balik beraya sesama. Tapi alhamdulillah syukur nikmat, dua hari sebelum kami planning nak balik kampung dia berjaya siapkan kerja yang diamanahkan tu. Syukur sangat dengar dia dapat turun dari platform, kerja suksess, chopper takde masalah, teksi tak meragam and finally petang tu kami dapat jumpa. Dah tak terucap nak cakap banyak mana lagi syukur aku pada Tuhan. Alhamdulillah. Dalam hati terfikir, balik kampung nanti tak payah susah-susah drive sorang. Jadi petang tu dapat la kami berbuka puasa sama-sama. Lokasi masa tu, ayam penyet kot. eheh! tak habis-habis nak lepas gian nak makan tempe.

Malam sebelum nak balik kampung tu, mula-mula planning nak gerak pukul tiga pagi. Tapi dalam kul dua belas lebih dah dapat call dari dia ajak tukar planning nak gerak balik awal. Haish! terganggu kejap tidur aku masa tuh. Mula-mula rasa macam berat-berat je mata nak bangun, tapi sebabkan kesian kat dia yang katannya asyik dok 'cerah mata' tu, so so aku ikutkan aje lah. Bangun-bangun, siap2 kejutkan adik cakap nak amik dia awal. Nak taknak dalam pukul dua kitorang bertolak dari KL after amik adik kat Ukay Perdana balik sama. Masa balik kampung awal-awal pagi tu feeling best gila beb. Hati girang tak tahu la nak cakap sebab masing-masing dok pendam nak balik kampung lama sangat dah. Dengan angin sejuk-sejuk sepoi pagi then kami sahur kat Hentian Tapah. Biasalah, hentian femes tu lagi. Memang ramai gila. Gila betul. Yang mat-mat minah-minah kel*ng pun sibuk je nak berenti menyemak kat situ nak menyahur sekali. haish! Pagi tu kami sahur makan nasik lemak panas-panas. Sempoi!

Masa tu exit tol dalam pukul 7.10. Tak perasan pulak kami dah terlewat sepuloh minit nak dapat diskaun tol hari raya. Dia la orang yang paling banyak dok merungut cakap rugi rugi rugi. haish! sayang sayang.. Sampai Kulim area jam lapan kot. Terpaksa hantar dia balik rumah dulu, sebab raya aku nak pakai kereta kuda ku tuh. After salam-salam bakal mak abah (ececeh) terus mintak izin nak balik. Bestnya dah lama tak balik, then tengok muka orang tua kita. Best kan ? Besstt! Dalam on the way balik tu, dah sampai Selama aku dan kereta nyaris-nyaris jugak nak terima padah. Ada kel*ng mabuk bawak lori dah langgar tiang lektrik tepi jalan. Aku betul-betul kat belakang lori masa tu. Nsib baik wayar letrik tu ada tahan tiang tu yang dah patah, kalau tak tak tahu la apa nasib aku dan kereta kuda aku tu. Alhamdulillah, Tuhan masih nak lindung hambaNya. After sampai rumah, peluk cium mak sekuat hati sebab rindu sesangat. Balik tuh, bersembang itu ini tak hingat. Hilang rasa letih buntut kematu semalaman dalam kereta. hehe! Pendekkan cerita, berbuka puasa last kat rumah. Mak bukan main lagi masak itu ini sebab anak dia balik. Oh! petang tu mak masak daging cicah, sup tulang, ikan bakar, daging masak hitam, rendang daging dll. Marvelous! air asam yang mak buat memang terbaik.

Hari-hari counting days nak raya, finally tibalah masanya jugak. Pagi tu, tak sempat nak ziarah pusara arwah abah. Cuma dapat sedekahkah al-fatihah je banyak-banyak tiapkali lepas solat. Pagi tu, rumah memang kecoh dengan anak-anak buah yang gila-gila comel lagi banyak akal lagi nakal-nakal tuh. Susah betul nak terima arahan. haish! Dalam banyak-banyak nak tangkap gambar famili di pagi raya, satu pun pic tak kena citarasa. Susah betul nak control budak-budak nih. Tapi takpela, bila lagi nak tengok rumah mak riuh rendah suara anak cucu kan. Walaupun bingit-bingit, tapi suasana tu tetap selalu dirindui ;)

Wee! suka amat gambar neh. Ekal & Cimi tengah main aci ligan Amer. Wahai anak buahku, cepatlah membesar sayang.

Gambar ni pun favourite jugak. Guilty gila anak buah aku di pagi raya nih. Dia rasa bersalah sebab tak puasa penuh. Duit raya kurang. lalala..

Babak sebabak yang setiap tahun tak penah tak mengalir air mata.

Bila masing-masing dah pasang mata 'panda', wajib tune mood happy ceria famili pulak. Time cemgini, tangan aku menghulur, tangan anak buah tersua-sua gembira.
'kan dah cakap raya tahun ni angpau mcik nipis sebab mcik nak hadiahkan kaurang pakcik baru. kan?kan?kan?' ;D


Ni pulak adik aku gagah mewarisi tradisi akak aku yang tak dapat balik raya tu. Bagi duit raya macam nak main cabutan betuah. Nasib la dapat duit raya berkepuk ke berciput. Haish!

Ouch! gambar raya memang bertimbun, tapi macam tak berbaloi-baloi pulak nak update bebanyak. Naseb baiklah camera tak pakai kodak dah sekarang ni eh. Budak-budak nih memang menguji kesabaran cameraman betul. Banyak gambar yang tak jadi. haish!

'Ramai dah cakap mcik berisi'. Ok fine. Merajuk!

Pendek cerita, raya pertama aku banyak habiskan masa kat rumah layan tetamu yang datang. Pegi beraya pun rumah sedara-mara depan belakang rumah jer. Petangnya, my sayang dan bakal famili baru nak datang beraya kat rumah. Alhamdulillah mak, abah, abg epi, abgchik, kakchik, abg, fifi, fikri, wani, sofia semua ada. Best sesangat. Seronok tengok diorang makan nasi impit kuah kacang mak. Laris!

Oh! update kali ni aku nak cerita panjang lebar tapi ada masa kena potong-potong cerita jugak. So, apa yang berlaku seminggu lebih kat kampung haritu takdelah aku nak cerita semua eh. Yang pasti menghabiskan cuti panjang kat kampung memang sesi terapi yang aku tunggu-tunggu.

Raya kedua, ingat nak jumpa member-member lama tapi malang pulak sebab masa tak mengizinkan hari tu. Sempat cik b.break dengan cik ros je sempat datang rumah pagi tu. Hari tu, memang kelam kabut sikit sebab nak pegi umah sedara lagi, then petangnya nak pegi beraya rumah bakal mertua. Mak abah buat open house rupanya. So kena pegi la kan. eheh! Aku dengan segerombolan famili aku sampai Kulim dalam pukul petang. Takde perkataan lain yang aku nak cakap selain BESTnyeee.. Tahun last beraya bujang. Insyaallah tahun depan, mesti raya aku bertambah meriah.

Selain tu, masa kat kampung jugak akak aku yang sulung tengah sarat mengandung. Tunggu masa je nak deliver. Nasib dia tak lahir time orang sibuk2 nak beraya aritu. Alhamdulillah, due date 13hb. Akak aku terpaksa masuk wad 14hb sebab dah over due. Lagipun suspek big baby. Tak boleh nak bersalin normal. Dua tiga hari jugak la kami berulang alik melawat kak ina kat hospital Kulim. Nak taknak abang ipar aku terpaksa sign surat kena operate and alhamdulillah finally kak ina selamat bersalin baby girl yang seberat 4.8kg. Lagi sikit nak sama berat sekampit beras. Gila kentang tak ? Produktif eh ? huhu! Apa-apapun syukur sangat sebab semua selamat. Baby pun sehat, comel lagi!

Anak buah yang ke-11

Nak dijadikan cerita, tak ingat dah hari apa lepas balik dari melawat kak ina kat hospital.. aku dengan mak satu kereta balik rumah macam biasa. Dalam dok bawak kereta tu, tentiba tayar langgar lubang. First time beb. Menggelabah la jugak sekejap. Nasib masa tu mak ada sekali. Tayar pancit. haish! Terus call abie, pastu call mr.penyelamat. Toktek-toktek dalam setengah jam jugak kot stuck kat tepi jalan. Cik buah hati pun sempat sampai jugak. Kesian tengok orang-orang yang aku sayang tu willing benar. Nak taknak, kena hantar kedai tayar jugak ganti itu ini. Dengan dok rasa panik tu, bawak kereta pun jadi dah tak betul. ish! Lepas ganti beli tayar itu ini, nasib mr penyelamat tolong bayarkan. Tq sayanggg! ;) Paling tragis sekali dalam on the way abie dengan sayangku tu follow dari belakang kereta sebab nak cari kedai repair tayar. Time tu jugak la nak hujan. Ujian betul. Kesian la tengok dua-dua yang naik motor tu kena hujan. Sungguh! terharu! kesian! serba salah! dll. Mesti kena ingat pengorbanan diorang nih. Janji!

Lagi buat rasa nak nangis berbakul bila malam tu, aku nak belek-belek camera tengok-tengok ada gambar orang tersayang ni. Tanya punya tanya rupanya anak buah aku yang snap senyap-senyap dalam kereta masa kejadian petang tu. ololoooo.. kesiannya kena hujan.

Okeylah diary, rasa macam nak bercerita laggi. Tapi mood nak menulis dah hilang tiba-tiba. Yang penting balik kali ni memang menyeronokkan. Rindu mak, rrindu sayang, rindu rumah, rindu adik beradik and banyak lagi lah yang aku rindu. Insyallah, ada rezeki nanti kena balik lagi sebab nak setelkan borang nikah aku pulak. lalala.. Btw, dokumen2 penting aku dah sediakan cuma nak kompile, sign and hantar je tinggal. HIV test pun dah buat. Alhamdulillah! Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup aku sekeluarga. Amin!

Memori List:

Puasa
Aidilfitri
Hari Keluarga Cherating
Aidiladha
Pernikahan
Bulanmadudiawanbirutiadayangmengganggu


psst: Masih mengira waktu even kad kawen tak siap lagi. Blurp!