Tuesday, October 26, 2010

Gogob vs Beby

Dear diary,

Baru ada mood untuk update belog. Sebelum tu nak cakap yang aku terpaksa terima hakikat yang ‘Vader’ dah takde lagi dalam hidup aku buat masa ni. Busan.. memang busan. Siang malam dah takde lagi peneman nak online. Sigh! Rindu betul memalam online pakai wireless free dari jiran sebelah rumah. Uhuk! Tapi takpe, nanti bila dah pindah rumah baru beby cakap nak pakai broadband. Dah tak rasa bosan lagi nanti bila kena tinggal. Yeah! Harap nanti aku tak kena badi bila pakai broadband sebab dah pernah hilang dolu-dolu punya cerita zaman duduk kat key hell, jahanam punya penyamun samun rumah bawak lari laptop siap pakej dengan broadband aku lagi. Bukan main lagi putih mata bila balik-balik rumah tengok bilik dah kena selongkar. Haish!

Ok ok, taknak panjangkan cerita lepas. Sekarang ni, nak kena cerita mood-mood happy jer. Yang lain-lain mood tu sila jangan masuk campur eh. Firstly nak cakap pasal gogob fever lah dulu. Cerita pasal buah hati last-last la ok. Huhu! Takde apa sangat yang menarik pun yang aku nak share pasal seharian kerja kat gogob tu. Hari-hari pergi keja, balik keja. Itu jer. Kerja-kerja contract ok, kerja-kerja tendering pon ok ok jer. Layankan aje la kehendak diorang tu. Dengar diorang nak cari QS lagi buat ganti staff yang dah resign. Dah interview pun semalam. Dua orang plak tu. Hm.. harap-harap bila dah dapat staff baru nanti tak banyak la karenahnya. Yang penting sekali tak banyak songeh dan mengada2. Budak practical yang ada sekarang ni pun bulan 11 ni dah abes contract. Huhu! Sape plak la nak tolong aku key in buat tender nih, tolong photostat document, buli dia naik tingkat tiga jumpa orang account amik PV. Harap sangat after aku cuti bersalin kawen nanti ada dengar berita budak praktikal baru nak masuk. Yay!

Baru-baru ni jugak office ada buat sambutan rumah terbuka aidilfitri bersama-sama dengan anak-anak yatim. Alhamdulillah ramai betul orang yang datang. Daripada client, consultant, partnership, subcon, supplier dan lain lagi la. Pendek cerita memang ramai betul. Kambing panggang tiga ekor pun tak cukup lagi. Haish! Yang paling bestnya, masa tu first time aku dapat berjumpa dengan anak-anak yatim, anak-anak dari PERNIM, budak-budak yang terkena HIV, budak-budak maahad tahfiz. Seronok campur terharu sesangat. Kesian pulak tengok bebudak ni yang dah takde mak abah terpaksa teruskan hidup even masih umur lima enam tahun lagi. Kesian. Tambah sebak bila aku cuba nak dalami isi hati bebudak tu. Diorang bercerita itu ini pasal mak dia meninggal, aku yang beriya-iya sedu nak nangis. Biasanya tengok kat tv je cerita Bagi bebudak tu, mungkin dah perkara biasa kan. Kesian sangat. Bila tengok ada yang lagi susah barulah kita nak panjatkan syukur pada Tuhan berlimpah-limpah. Walaupun abah dah tade, Sekurangnya aku masih ada mak sampai sekarang. Syukur!

Ada lagi. Kalau cakap terlampau best part ni nanti bila beby terbaca belog ni mesti aku kena perli kaw-kaw. Cerita sebulan tak habis katanya nanti. Hehe! Takpelah cyunk! Wiwiwit! Ok awal bulan sepuluh haritu, kitorang dah selamat selesaikan misi hari keluarga gogob. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Start dari petang main volley ball sampai lah ke malam kemuncak malam kebudayaan then singgah rumah anak-anak yatim then sampailah bertolak balik kl, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah! Layan gambar sikit jom :))
Nak tampar bola ker.. nak elak bola tu..
Rasa teruja betul bila tengok gambar sendiri tengah kusyuk main neh. Padahal tinggal bape hari lagi nak kenduri masih teringin nak berjemur main panas. Nasib tak migrain masa tu. Cuma tangan je lebam-lebam sebab excited nak tampar bola. Meow!

Bila excited sangat main, dapat call dari cik beby cakap jangan main panas sangat. Gigih aku nak buat-buat merajuk masa tu. hehe! - kredit to fara
***********


Malam Kebudayaan. Lalala. tak penah rasa secomel budak-budak berbulu merah tu. hehe!

First time menari-nari tarian cina pakai bulu bagai neh. Nanti dah kawin boleh praktis tiger lily depan beby plak. Meow! :))

Even tak menang, even tarian sewang dah macam tarian orang sewel. Tetap nak buat thumb up jugak. yeah! (Azmim dengan abang angkat nampaknya BERIYA ye tuan-puan)

Cukup-cukup! Taknak teruja sangat bila bercerita pasal gogob ni sebab ada yang lagi teruja aku nak bercerita. Apa eh? Ahaha! Sebenarnya nak cakap yang aku sangat-sangat rindukan my beby. Macam lagu rindu serindu-rindunya tu la. Betul tak tipu. Sekarang ni pun dah seminggu lebih tak jumpa sebab dia outstation. Bila difikirkan balik, syok jugak sesekali jumpa ni eh. Banyak jugak hikmahnya. Tak sabar betul nak dapat berita dengar dia dah boleh balik. Cant wait! Cant wait! Banyak sangat perkara-perkara yang nak disetelkan bila dia balik nanti. Mintak checklist please! :))


1) Nak buat something surprise untuk dia bila balik nanti. Of course berkaitan dengan bab-bab makanan yang dia suka. Rasanya kali ni nak belanja dia makan stik tempat biasa then belikan dia big apple setengah dozen biar dia makan puas-puas sebab kat platform beby tak jumpa donut sesedap alien tu kan. Sambil dinner stik sambil makan donut. Best jugak eh. Harap misi berhasil.

2) Nak jumpa tuan rumah sebab nak setelkan duit deposit then serah kunci. Perkara paling best ditunggu-tunggu.

3) Nak samak rumah, nak cuci rumah. Nak kena beli mop baru nanti sebab mop kat rumah dah rongak-rongak. Giant!! Nanti kami datang ok. Heee!

4) Nak mintak tolong beby kemas-kemas pindah barang. Pindah rumah. Kotak-kotak dah stanby awal-awal lagi kat rumah ni. Tunggu saat je nak buat huru hara dalam bilik sendiri kemas barang.

5) Setelkan bayar duit sofa kat cavenzi. Dah berzaman kitorang booking cakap bulan sebelas nak amik. Finally dah nak masuk bulan sebelas pun ni.

6) Nak survey barang kat kedai perabot depan kedai sup meletop tuh jer. Dah berzaman ulang alik jalan yang sama then tak penah terperasan pulak ada kedai perabot dekat sangat dengan rumah.

7) Pre-wedding shoot (Insyaallah masih dalam proposal. Tak dapat restu dari beby lagi. Huhu)

8) Sedaya upaya kena cari masa ajak beby jumpa member lama sebab nak kasik kad kawin.

9) Nak tuntut janji kat beby nak shopping hadiah bulan madu nanti. eh! first time pulak nak beli hadiah tukar-tukar ni tapi dah tahu dah apa benda yang nak dibagi. Namanya hadiah jugak ker? huhu! Apa eh? tu RAHSIA kami :))

10) Nak balik kampung Public Holiday nanti.

11) Last but not list. Temankan dia bayar loan tiap-tiap bulan yang berkepuk-kepuk tu. Loan rumah kulim, rumah sewa, loan kereta, loan motor, kad kredit, bill telefon bla bli bluu.. beriya betul listkan commitment sendiri. Padahal bila tolak tambah, gaji tinggal satu sen jer. Ops! tipu jer :)) Kesian kan muda-muda lagi kami dah kena tanggung banyak benda. 'SILA BERDIKARI SENDIRI'


Seronoknya bila dah start blogging ni. Rasa taknak berenti pulak. Tapi kena berenti jugak la sebab nanti asyik nak update belog kat opis jer hari ni. Huhu! Ada masa nanti nak update lagi. Bye for now. Miss my mom, miss my fiancee and miss everything about my blog sooooo much. Muah!




psst: Hitung hari tunggu beby balik. Seronok pulak panggil die beby (bibi) :))

Monday, October 25, 2010

Thank You Allah..

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
I wanna thank You for bringing me home


psst: Kenapa hati rasa terharu sangat nih..

Friday, October 22, 2010

Thursday, October 14, 2010

Dear diary,

Lately rasa malas betul nak datang keja even keja selambak sana selambak sini.. Bila dah siap tambah lagi keja lain. Haish! Malas betul nak keja. Asyik kira-kira duit orang jer. Tak sabar rasanya nak bercuti panjang nanti. Mengira masa, mengira waktu. Cepatlah! Time-time cemgini pun buah hati masih kena outstation. Esok berlepas. Nampak gayanya 'lovely week' kali ni tanpa dia lagi. Tapi takpelah, harap dia selamat semuanya. So malam ni kena shopping barang dapur sikit buat bekal cuti hujung minggu.


psst: Tak sabar nak masuk rumah baru.
Tak sabar nak berbulan madu
Sabar.. sabar ;)

Tuesday, October 12, 2010

Dear diary,

Rindu sangat nak update cerita panjang lebar kat sini. Tapi kena sabar banyak-banyak sebab 'vader' tak sehat sepenuhnya. Masih tak dapat coverage kat rumah. Bila dah ada server kat rumah nanti baru lah boleh membebel lama-lama kat sini. Btw, miss my blog soo much!


psst: mood suam sejuk dalam opis. Blurp!