Monday, January 31, 2011

Terima kasih sayang..

Dear diary,

Pernah rasa meninggalkan tak ? ataupun rasa ditinggalkan. Mesti rasa sedih gila tahap gaban kan. Sebab orang-orang yang kita sayang terpaksa berpisah sementara dengan kita. Ataupun kita sendiri yang terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang tu atas sebab-sebab tertentu. Bagi aku contoh paling best mesti zaman-zaman sekolah asrama dulu. Bila dapat cuti, rasa seronok gila nak balik jumpa mak sebab dapat cuti sekolah balik kampung. Then bila nak kena balik asrama balik, mak ai tak dapat nak bayangkan perasaan time tu. Nak salam pun rasa sebak yang amat. Sedih woo. Sama jugak bila mak datang melawat aku kat asrama. Masa tu memang best gila la. Tapi bila time mak dah nak balik, fuh rasa macam nak suruh mak dok dengan aku kat asrama tu sekali. Haish! Rasa macam taknak berpisah langsung dengan orang yang kita sayang.

Walaupun sekarang ni, dah takde asrama lagi yang aku nak pegi. Tapi perasaan sedih, hiba, sebak bila ditinggalkan tu masih terasa. Kali ni, of course la situasi yang berbeza. Ditinggalkan oleh sang suami tercinta. uhuk! terasa sebak tak tahu la nak cakap macam mana masa dia nak pergi tinggalkan aku. Tinggalkan atas urusan kerja. Boleh pakai lagi ker peribahasa 'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan' . Blurp!

Dah dekat tiga bulan kami tinggal sama-sama. And for sure, banyak sangatlah kenangan-kenangan manis yang ada tu. hehe! Bila dia takde. Alahai, rasa kosongnya hidup.

Bila solat, dah takde tok imam yang nak mengimamkan sembahyang aku. Dah tak dengar lagi doa2 harian lepas solat kami. Yang paling best. Doa 'kurniakanlah kami anak yang soleh, anak yang solehah, anak yang cukup sifat, anak yang sempurna, anak yang CANTIK, anak yang COMEL :)) . Doa yang sentiasa buat aku tersenyum.

Sebelum pegi kerja, dah takde orang yang nak tolong-tolong sediakan breakfast. Goreng kentang lah, nugget lah, takpun buat nasik goreng, blablabla. Haish! champion jugak cik husband aku masak tau. Nak like banyak-banyak. hehe! Then, dah takde orang nak bukakkan pintu pagar, panaskan enjin kereta, takde lagi orang nak jadi pak jaga tengok ada kereta kat belakang ke tak sebelum aku lintas jalan. *Dah mula rasa syahdu ni ;((

Selalunya, time mendobi baju kat umah adalah setiap hari Rabu and Weekend. Buat masa sekarang ni memang full time la cik husband yang buat sebab alasannya cik isteri kena jaga kesihatan.hehe!. Bila dia dah takde. Hm, kena la dobi sendiri, jemur kain sendiri, lipat kain sendiri. * Rasa nak nangis dah ni.

Even apa pun, kata husband aku kena kuat. Dia boleh nangis bila tengok aku sedih. So aku nak buang rasa sedih tu dulu. Aku kan tough! :)) Kalau tanya amer (anak buah). 'Ibu pegi work nak beli apa?' Amer pun akan jawab 'Ibu nak beli pempers, nak beli susu, nak beli jajan, nak beli air kotak, nak beli rebina, nak beli baju'. Pendek cerita apa yang ibunye nak beli tu semuanya kesukaan anaknya yang manja tu. 

Paling manis bila tanya cik husband 'abang nak pegi work nak beli apa?' Jawabnya ' abang kena pegi keja sebab nak nak cari rezki bagi syg makan, nak belikan syg sofa baru, meja makan baru, penuhkan perabut dalam rumah kita, nak beli baju untuk syg, dll' . Pendek cerita dia sentiasa berusaha nak sempurnakan hidup aku. Terima kasih sayang.. Dah la. Takmo sedih-sedih lagi.

Nak jadi ibu, tak boleh sedih-sedih kan ? Kena macam ni selalu :))


psst: Hopefully miracle dapat bagi dia pulang esok. Amin!

Friday, January 28, 2011

Updated..

Dear diary,

Tadi siang rasa macam banyak benar nak diupdate malam ni. Tapi bila dah pegang leppy, idea kosong plak. Maybe gara-gara kekenyangan tahap melampau makan meetball tadi kot. uhuk! Alhamdulillah. Hm, hari ni mood baik2 saja. Nasib usus-usus dalam perut tak meragam hari ni. Terima kasih perut! Sayang perut sangat-sangat. 

Cerita pasal office, lately rasa semua orang dah tak suka dia. Bagus-bagus. Aku pun dah mula rasa muak betul tengok muka dia. Suka sangat pinpoint masalah kat orang lain. Tak sedar yang diri sendiri tu asal dari bukit. Salah sendiri tak nak mengaku. Busuk punya makhluk. Ah malas nak cerita lebih pasal benda busuk tu. Hm.. cerita berita baik la sikit eh. Pagi tadi, check maybank2u, gaji dah masuk. Alhamdulillah, bonus pun ada la sikit buat tambah-tambah duit belanja nanti. Gaji pun ada la naik sikit. Even taklah apa yang aku harapkan, tapi cik husband cakap, kita kena syukur jugak rezki yang Dia dah bagi. Cepat2 cakap ALHAMDULILLAH cepat! heeee :)). Ada berita baik lagi satu kat opis, tender yang aku tengah gila buat sekarang ni, mulanya nak kena submit selasa ni, dah di'extend sampai 22/2. Best gila lah. Hilang rasa serabut jap.

Hal rumah tangga plak. Alhamduliilah.. semakin bahagia nampaknya. hehe! Maybe lepas ni aku dah kena belajar hidup indipendent balik sekejap. Dah lama cik husband tak pegi job. Then dengar2 dalam weekend ni dia dah kena berangkat. Sob! sob! tahan rasa sebak kejap. Tapi takpe. Dia janji job kali ni tak lama. Paling busuk pun dalam 2 minggu je. Cik puan ida sila bawak bersabar ok. Tunggu cik laki balik tau.. :)) Kuat! kuat!

Esok, insyaallah nak balik kampung Klang kejap. Amik mak kat UP, then terus gerak Klang. Lama tak makan nasik lemak wak. Harap2 esok wak bukak kedai la. Hopefully! Oklah diary, nak stop merepek kat sini dulu. Apa-apa nanti akan diupdate soon. Bye for now.

Regards,
smha


Thursday, January 27, 2011

Dear diary,

Seronoknya nak update belog. Even belog tak glamour, tapi tetap nak cakap bestnya nak publish post baru kat sini. hehe! Sebenarnya, aku baru jer sampai umah petang tadi after bercuti di Cherating. Dah berzaman dapat voucher, baru nak redeem sekarang. Itu pun sebab kitorang takut tak sempat nak pegi sebabnya valid sampai bulan 4. Apa-apa pun, syukur pada Allah semua dalam keadaan baik and selamat. Thanks to GG too.

Lately, kerja-kerja kat office bukan main banyak lagi. Selagi tak berenti kerja, kerja tak habis-habis. Bila dah ada peluang cuti ni, aku and husband rest betul-betul. Malas nak fikir kerja-kerja yang ada kat office tu dulu. Fullstop.

Cherating, tak banyak sangat aktiviti yang buleh buat kat sana pun melainkan just dapat release tension. More privacy la jugak. Tenang sangat. Tambah-tambah lagi orang tersayang selalu ada kat sebelah. huhu! Memang rasa nak cuti hari-hari then pagi-pagi ada orang dah sediakan breakfast, then balik bilik rehat-rehat-rehat sampai puas. Memang best.

Hari Jumaat tu, sempat jalan-jalan area Kemaman cari otak-otak, satar, keropok lekor, air kelapa etc. Pendek cerita memang 'jalan-jalan cari makan' la namanya tu. Tapi satar tak dapat makan pun. huhu! Takpe-takpe tak rasa terkilan sangat pun. lalalala.. Cik husband memang terer kalau bab-bab jalan kemaman bagai ni. Sebab dia pun selalu base kerja area sana jugak. So, tak syak, tak kan rasa sesat jalan pun :)) thanks beby.. Mari tengok RANDOM kite..
Tak dapat nak gambarkan suasana romantik kat sana dengan selimut merah tu. Haish snap broadband sudahlah :))
Dua mata kerbau
Bayang-bayangan
Teringin nak terbang tinggi. Even pouchbag ada kat perut. wink!
Sun set. Sun rise
Apa yang dikatakan KETENANGAN
Pale
Pinjam Gigi pak hincik!

Pepelicious

Wednesday, January 19, 2011

Macam-macam rasa ada sekarang ni..

Dear diary,

Tak larat la kalau hari-hari macam ni. Kalau tak pagi, petang. Kalau tak petang, malam. Haish! Saje je buat aku mama macam ni kan. Makan pun dah tak rasa kenyang (mana mcd aku tak sampai2 lagi ni. cepatla.. cepat kak mel balik :)). Tapi tidonye lena ajer. Takpe2. Tinggal hari ni je lagi keja. Esok lusa dah cuti. Nak holiday puas-puas. Bye!


psst: cepatlah jam 5.30ptg. Blurp! entry apa la yang aku post ni.

Monday, January 17, 2011

Hidup tanpa kamu (Eh! jiwang)

Dear diary,

Sejak-sejak lagu Hanyut menang kat AJL, eh lagunye tak menang.. persembahan EMOSI nye jer. Tiba-tiba rasa addicted nak ulang dua tiga kali lagu dia kat laptop ni. Tak cukup kat rumah, kat opis pun sempat lagi siang tadi dok download lagu tu buat penyedap telinga sambil2 buat kerja. Sekarang ni pulak, tengah syok layan lirik lagu tu pulak. Haish! aku memang macam ni. lame katakan. Lagu dah berzaman, baru ada rasa nak jadi penghibur hati. Kalau dulu, lagu sampai syurga yang aku dok pulun sangat padahal, lagu dah berlapuk naik habuk.

Sedap dok layan, free kena perli dengan cik buah hati.
"hekelllee.. faizal tahir ? apa barang"

haha! sungguh tak baik dia ok malam ni. Tapi bila aku cakap aku semata-mata nak hapal lirik yg best-best dalam lagu tu buat dia. Padan la, sambil buat cucur jemput2 tadi pun mulut asik nak bunyi MAAFKAN-LAH-KU-TAK-BISA-HIDUP-TANPA-KAMU..ABANG. Bla bla bla.. Then baru la dia buat-buat rasa terharu. Sangat comel :)) Sebabkan nak amik hati balik, mulala dia pulak yang pulun nyanyi. Suara dah macam spongebob. Tapi aku tetap nak cakap, dia memang sooooo sweet. hehe!

Ops! dah berdengkur pun dia. Letih sangat agaknya dengan training siang tadi.. Hm, macam taknak dia pegi training je lagi dua hari ni sebab bila dia dah dapat boset tu, bila-bila masa jer dia kena on call naik job. *Jiwa Resah* Ook la diary, mau layan citer bujang lapuk kat tv dulu yer. Ada masa akan di'update lagi.

Dear sayang,
Ku baitkan cebisan lagu ni khas buat abang bila abang takde di sisi nanti..

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan
HIDUP TANPA KAMU..



psst: Tak sabar nak holiday TAIPUSAM ni.

Sunday, January 16, 2011

Dunia baru..

Dear diary,

Salam untuk semua. Lama betul tak update kat sini kan. Seriesly, aku rindu teramat nak main-main update belog macam dulu. Finally, now harap2 semuanya macam sediakala balik. Yeah! Sepanjang beberapa abad tak update ni, banyak sangat la story nak update. Firstly! tanggal 26hb. November 2010, AKU-SUDAH-BERGELAR-SEORANG-ISTERI. (Alahai kena caps lock nampak. hehe) Alhamdulillah, syukur pada Allah sepanjang tiga hari majlis berjalan dengan lancar/aman/sempura/jayanya. Totally kehidupan bujang dengan dah kawin ni memang beza. Lebih sempurna kata orang. Alhamdulillah, kami saling melengkapi. Jom baca kejap suka duka beberapa bulan aku bergelar isteri :)
  • Bila dah jadi suami isteri ni, hari-hari dapat mengadap muka masing-masing and tak pernah rasa jemu pun. Kalau dulu, nak jumpa pun kenkadang kena pikir duatiga kali sebab kena budget duit nak kawen. huhu!
  • Bila dah kawin ni, dah jarang nak makan kat luar. Bila sesekali bosan masak, baru terasa makan kat luar jer. Kan jimat tu namanya. Kalau zaman berdating dulu, sekali keluar kena kira kos lunch la, wayang la, makan malam la dll. Blurp..
  • Bila dah kawin ni jimat duit nak tengok wayang. Ada tv. Ada dvd, layan la kami berdua movie puas-puas. Even takde popcorn, ada super ring pun jadi la eh..
  • Bila sama-sama masuk dapur jer, slalu nak gaduh-gaduh sebab tak sama citarasa. Haish :) Mula-mula je tu sementara nak biasakan citarasa tekak masing-masing.
  • Bila dah stay sama-sama ni, kereta pun tiap-tiap minggu cik husband tolong cuci. Best!
Pendek cerita memang seronok la life after married ni. Kalau aku tahu, dari dulu-dulu lagi aku mintak dia masuk meminang cepat2 :))

    Thursday, January 13, 2011

    Dear diary..

    Harap-harap esok, esok, esok, lusa aku dapat update belog macam sediakala. Hopefully!

    Tuesday, January 4, 2011