Sunday, January 16, 2011

Dunia baru..

Dear diary,

Salam untuk semua. Lama betul tak update kat sini kan. Seriesly, aku rindu teramat nak main-main update belog macam dulu. Finally, now harap2 semuanya macam sediakala balik. Yeah! Sepanjang beberapa abad tak update ni, banyak sangat la story nak update. Firstly! tanggal 26hb. November 2010, AKU-SUDAH-BERGELAR-SEORANG-ISTERI. (Alahai kena caps lock nampak. hehe) Alhamdulillah, syukur pada Allah sepanjang tiga hari majlis berjalan dengan lancar/aman/sempura/jayanya. Totally kehidupan bujang dengan dah kawin ni memang beza. Lebih sempurna kata orang. Alhamdulillah, kami saling melengkapi. Jom baca kejap suka duka beberapa bulan aku bergelar isteri :)
  • Bila dah jadi suami isteri ni, hari-hari dapat mengadap muka masing-masing and tak pernah rasa jemu pun. Kalau dulu, nak jumpa pun kenkadang kena pikir duatiga kali sebab kena budget duit nak kawen. huhu!
  • Bila dah kawin ni, dah jarang nak makan kat luar. Bila sesekali bosan masak, baru terasa makan kat luar jer. Kan jimat tu namanya. Kalau zaman berdating dulu, sekali keluar kena kira kos lunch la, wayang la, makan malam la dll. Blurp..
  • Bila dah kawin ni jimat duit nak tengok wayang. Ada tv. Ada dvd, layan la kami berdua movie puas-puas. Even takde popcorn, ada super ring pun jadi la eh..
  • Bila sama-sama masuk dapur jer, slalu nak gaduh-gaduh sebab tak sama citarasa. Haish :) Mula-mula je tu sementara nak biasakan citarasa tekak masing-masing.
  • Bila dah stay sama-sama ni, kereta pun tiap-tiap minggu cik husband tolong cuci. Best!
Pendek cerita memang seronok la life after married ni. Kalau aku tahu, dari dulu-dulu lagi aku mintak dia masuk meminang cepat2 :))