Monday, January 17, 2011

Hidup tanpa kamu (Eh! jiwang)

Dear diary,

Sejak-sejak lagu Hanyut menang kat AJL, eh lagunye tak menang.. persembahan EMOSI nye jer. Tiba-tiba rasa addicted nak ulang dua tiga kali lagu dia kat laptop ni. Tak cukup kat rumah, kat opis pun sempat lagi siang tadi dok download lagu tu buat penyedap telinga sambil2 buat kerja. Sekarang ni pulak, tengah syok layan lirik lagu tu pulak. Haish! aku memang macam ni. lame katakan. Lagu dah berzaman, baru ada rasa nak jadi penghibur hati. Kalau dulu, lagu sampai syurga yang aku dok pulun sangat padahal, lagu dah berlapuk naik habuk.

Sedap dok layan, free kena perli dengan cik buah hati.
"hekelllee.. faizal tahir ? apa barang"

haha! sungguh tak baik dia ok malam ni. Tapi bila aku cakap aku semata-mata nak hapal lirik yg best-best dalam lagu tu buat dia. Padan la, sambil buat cucur jemput2 tadi pun mulut asik nak bunyi MAAFKAN-LAH-KU-TAK-BISA-HIDUP-TANPA-KAMU..ABANG. Bla bla bla.. Then baru la dia buat-buat rasa terharu. Sangat comel :)) Sebabkan nak amik hati balik, mulala dia pulak yang pulun nyanyi. Suara dah macam spongebob. Tapi aku tetap nak cakap, dia memang sooooo sweet. hehe!

Ops! dah berdengkur pun dia. Letih sangat agaknya dengan training siang tadi.. Hm, macam taknak dia pegi training je lagi dua hari ni sebab bila dia dah dapat boset tu, bila-bila masa jer dia kena on call naik job. *Jiwa Resah* Ook la diary, mau layan citer bujang lapuk kat tv dulu yer. Ada masa akan di'update lagi.

Dear sayang,
Ku baitkan cebisan lagu ni khas buat abang bila abang takde di sisi nanti..

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan
HIDUP TANPA KAMU..



psst: Tak sabar nak holiday TAIPUSAM ni.