Monday, January 31, 2011

Terima kasih sayang..

Dear diary,

Pernah rasa meninggalkan tak ? ataupun rasa ditinggalkan. Mesti rasa sedih gila tahap gaban kan. Sebab orang-orang yang kita sayang terpaksa berpisah sementara dengan kita. Ataupun kita sendiri yang terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang tu atas sebab-sebab tertentu. Bagi aku contoh paling best mesti zaman-zaman sekolah asrama dulu. Bila dapat cuti, rasa seronok gila nak balik jumpa mak sebab dapat cuti sekolah balik kampung. Then bila nak kena balik asrama balik, mak ai tak dapat nak bayangkan perasaan time tu. Nak salam pun rasa sebak yang amat. Sedih woo. Sama jugak bila mak datang melawat aku kat asrama. Masa tu memang best gila la. Tapi bila time mak dah nak balik, fuh rasa macam nak suruh mak dok dengan aku kat asrama tu sekali. Haish! Rasa macam taknak berpisah langsung dengan orang yang kita sayang.

Walaupun sekarang ni, dah takde asrama lagi yang aku nak pegi. Tapi perasaan sedih, hiba, sebak bila ditinggalkan tu masih terasa. Kali ni, of course la situasi yang berbeza. Ditinggalkan oleh sang suami tercinta. uhuk! terasa sebak tak tahu la nak cakap macam mana masa dia nak pergi tinggalkan aku. Tinggalkan atas urusan kerja. Boleh pakai lagi ker peribahasa 'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan' . Blurp!

Dah dekat tiga bulan kami tinggal sama-sama. And for sure, banyak sangatlah kenangan-kenangan manis yang ada tu. hehe! Bila dia takde. Alahai, rasa kosongnya hidup.

Bila solat, dah takde tok imam yang nak mengimamkan sembahyang aku. Dah tak dengar lagi doa2 harian lepas solat kami. Yang paling best. Doa 'kurniakanlah kami anak yang soleh, anak yang solehah, anak yang cukup sifat, anak yang sempurna, anak yang CANTIK, anak yang COMEL :)) . Doa yang sentiasa buat aku tersenyum.

Sebelum pegi kerja, dah takde orang yang nak tolong-tolong sediakan breakfast. Goreng kentang lah, nugget lah, takpun buat nasik goreng, blablabla. Haish! champion jugak cik husband aku masak tau. Nak like banyak-banyak. hehe! Then, dah takde orang nak bukakkan pintu pagar, panaskan enjin kereta, takde lagi orang nak jadi pak jaga tengok ada kereta kat belakang ke tak sebelum aku lintas jalan. *Dah mula rasa syahdu ni ;((

Selalunya, time mendobi baju kat umah adalah setiap hari Rabu and Weekend. Buat masa sekarang ni memang full time la cik husband yang buat sebab alasannya cik isteri kena jaga kesihatan.hehe!. Bila dia dah takde. Hm, kena la dobi sendiri, jemur kain sendiri, lipat kain sendiri. * Rasa nak nangis dah ni.

Even apa pun, kata husband aku kena kuat. Dia boleh nangis bila tengok aku sedih. So aku nak buang rasa sedih tu dulu. Aku kan tough! :)) Kalau tanya amer (anak buah). 'Ibu pegi work nak beli apa?' Amer pun akan jawab 'Ibu nak beli pempers, nak beli susu, nak beli jajan, nak beli air kotak, nak beli rebina, nak beli baju'. Pendek cerita apa yang ibunye nak beli tu semuanya kesukaan anaknya yang manja tu. 

Paling manis bila tanya cik husband 'abang nak pegi work nak beli apa?' Jawabnya ' abang kena pegi keja sebab nak nak cari rezki bagi syg makan, nak belikan syg sofa baru, meja makan baru, penuhkan perabut dalam rumah kita, nak beli baju untuk syg, dll' . Pendek cerita dia sentiasa berusaha nak sempurnakan hidup aku. Terima kasih sayang.. Dah la. Takmo sedih-sedih lagi.

Nak jadi ibu, tak boleh sedih-sedih kan ? Kena macam ni selalu :))


psst: Hopefully miracle dapat bagi dia pulang esok. Amin!