Friday, January 28, 2011

Updated..

Dear diary,

Tadi siang rasa macam banyak benar nak diupdate malam ni. Tapi bila dah pegang leppy, idea kosong plak. Maybe gara-gara kekenyangan tahap melampau makan meetball tadi kot. uhuk! Alhamdulillah. Hm, hari ni mood baik2 saja. Nasib usus-usus dalam perut tak meragam hari ni. Terima kasih perut! Sayang perut sangat-sangat. 

Cerita pasal office, lately rasa semua orang dah tak suka dia. Bagus-bagus. Aku pun dah mula rasa muak betul tengok muka dia. Suka sangat pinpoint masalah kat orang lain. Tak sedar yang diri sendiri tu asal dari bukit. Salah sendiri tak nak mengaku. Busuk punya makhluk. Ah malas nak cerita lebih pasal benda busuk tu. Hm.. cerita berita baik la sikit eh. Pagi tadi, check maybank2u, gaji dah masuk. Alhamdulillah, bonus pun ada la sikit buat tambah-tambah duit belanja nanti. Gaji pun ada la naik sikit. Even taklah apa yang aku harapkan, tapi cik husband cakap, kita kena syukur jugak rezki yang Dia dah bagi. Cepat2 cakap ALHAMDULILLAH cepat! heeee :)). Ada berita baik lagi satu kat opis, tender yang aku tengah gila buat sekarang ni, mulanya nak kena submit selasa ni, dah di'extend sampai 22/2. Best gila lah. Hilang rasa serabut jap.

Hal rumah tangga plak. Alhamduliilah.. semakin bahagia nampaknya. hehe! Maybe lepas ni aku dah kena belajar hidup indipendent balik sekejap. Dah lama cik husband tak pegi job. Then dengar2 dalam weekend ni dia dah kena berangkat. Sob! sob! tahan rasa sebak kejap. Tapi takpe. Dia janji job kali ni tak lama. Paling busuk pun dalam 2 minggu je. Cik puan ida sila bawak bersabar ok. Tunggu cik laki balik tau.. :)) Kuat! kuat!

Esok, insyaallah nak balik kampung Klang kejap. Amik mak kat UP, then terus gerak Klang. Lama tak makan nasik lemak wak. Harap2 esok wak bukak kedai la. Hopefully! Oklah diary, nak stop merepek kat sini dulu. Apa-apa nanti akan diupdate soon. Bye for now.

Regards,
smha