Tuesday, February 8, 2011

Penatnya kerja..

Dear diary,

Selamat malam diary kesayangan. Dah lama tak update eh. Agak sibuk dengan hal-hal rumahtangga, hal-hal kerja, hal-hal cuti raya cina. Last holiday, nasib baik mak and akak aku banyak spend time kat sini. So, takde la rasa sunyi sangat cuti panjang hari tu tanpa cik suami. Eh! rasa sunyi jugak. Rindu sesangat kat dia. Hm...

Lately, (baru semalam and harini) rasa macam ada je probs menimpa. Terasa betul bila dia takde kat sini. Seriesly. Rasa macam nak jerit-jerit je mintak dia balik kl. Huwaa!Pagi semalam check kat post box bil letrik untuk bulan 1 dah dapat. Tengok2 bil, aku terkejut bukan main lagi. RM 172.00! Diulangi RM 172.00 bil untuk dua suami isteri tinggal. Kau fikir logik ker tak ? Memang tak la kan. Actually last bil pun sama jugak, tapi jumlah dia lagi best. RM 189.00. Kau percaya tak? Dua orang tinggal, yang pakai kat rumah just peti ais, mesin masuh, tv, lampu, kipas, etc thats all. Last month kira2 accept la mulanya kitorang fikir sebab kerap jugak pakai aircond and water heater.  Tapi untuk bulan lepas, memang takde pakai langsung dua bendalah yang makan letrik kuat tu. Tapi bil still banyak. Tak syak lagi. Ni mesti kerja jiran sebelah. Cik suami kata dia perasan dari start nak sewa situ lagi, takde meter box letrik kat rumah. Ada, tapi dah ditutup dgn kayu. Kebetulan pulak aunty sebelah tu memang ada bau2 kentut dengan owner rumah yang kitorang sewa tu. Tak sabar tunggu cik suami balik nak siasat sama2. And nasib jugak bil bulan 12 haritu, kitorang belum bayar lagi. Kalau tak free2 je nak membayarnya. Penat keja ooo. Now terbukti sudah, something somewhere ni. Nanti dia balik, nak slow talk dengan aunty apa probs sebenarnya. Hope dia jujur. *sigh!

Then pagi tadi plak aku pegi keja as usual. Sampai parking office, nak bayar duit parking bukak tingkap sikit pastu terus stuck tingkap kereta tak buleh tutup balik. Memang otak pun tiba-tiba stuck jugak tak tahu dah nak buat apa. Call cik suami, toktek toktek suruh godeh-godeh apa yang patut tapi still tak boleh tutup jugak. Alahai, ada saja hal. Mungkin Tuhan nak uji sesuatu la tu. Sebab tak sedap hati tingkap kereta terpelahang macam tu je, lunch tadi terus ajak kak mel pegi kedai nak repair. Last-last melayang jugak 90 hinggit duit repair suis tu. Baru dapat angpow rasa nak kaya banyak duit kejap. Alih-alih duit kena keluar free macam tu je. Dugaan.. dugaan. 

Ya Allah, harap esok lebih baik dari hari ni dan semalam. Insyaallah..


psst: Macam mana sekali pun mama kena kuat.