Friday, February 18, 2011

Precious. Me, you.. us!

Dear diary,

10/2/2011- Semalam aku cuti lagi. MC. Hajat hati bila cik suami dah balik, memang kitorang nak pegi khohilal sama-sama. Pagi2 lagi masing2 semangat gila lah kan. Sebelum tu sempat lagi breakfast kat Sri Intan. Dalam pukul 10 pagi, masuk khohilal doc pulak emergency. Takde pulak. Diorang suruh check-up malam. Alang-alang dah cuti tu sambil buang masa, kitorang just lepak2 kat UP jumpa mak, nabila.. Lunch kat sana sekali.

Malamnye, after magrib kitorang pegi khohilal lagi. Nasib baik doc dah available.First check-up, memang rasa nervous sangat. Even dah realise diri dah bakal nak jadi ibu, tapi perasaan tu tetap ada. Tambah pulak, alahan aku sejak sebulan dua lepas dah ansur-ansur ok. Alhamdulillah, sekarang ni mood + hormon makin stabil. Dah tak rasa loya2 lagi. Syukur sangat. Harap2 keadaan macam ni akan berterusan sampai aku deliver nanti. Insyaallah.

Ok, berbalik pada check-up tadi.. after doc test urine. I'm positive :)) 10 minggu 4 hari . Macam-macam tok kaduk jugak la sesi enam bijik mata dok bersembang masa tu. Then kenangan paling manis bila baring atas katil, then tengok sendiri keadaan baby kecil dalam rahim. Syukur alhamdulillah. Jantung pun dah degup kencang. Cik suami lah yang paling happy tak terkira sekali. Aku? lagi la happy. Hehehe! Doc pun tunjuklah kat skin tu, ini badan dia... ini kepala dia.. ini jantung dia.. Tak dapat nak gambarkan lagi lah perasaan masa tu.

Sepanjang jalan balik rumah asik teringat je pasal baby. Sampai dah nak tido pun dok bercerita pasal baby lagi dengan cik suami. Pendek kata, mulai sekarang maybe aku nak cerita pasal baby je kot dengan dia. huhu..  Bila rindu, tengok gambar scan baby. Bila rindu, pegang perut lepastu senyum :))


psst: Rindu buah hati mama & abah