Wednesday, March 30, 2011

Dear diary,

Wah! happynye harini. Nak balik awal, nak halfday, nak siap-siap bagi comel. Suami hambe dah boleh balik harini. Muuaah!


Psst: Nak terkam dia macam tiger lily :))

Tuesday, March 29, 2011

Friday, March 25, 2011

Dedicated THIS for you..

Dear diary baby,

Hai sayang. Selamat malam. Hari ni aku try nak update belog ni macam belog ni untuk ahmad albab yang punye. eh! bukhan! macam belog ni untuk baby yang punya. So, soon update mungkin banyak pasal baby jer. Insyaallah. Sekurangnya bila baby besar nanti, panjang umur baby dapat baca apa yang mama dia menulis sejak dia dalam perut aku lagi. Nak tulis-tulis dalam buku diary? macam dah TAK la kan kalau zaman cemgini. huhu!

Baby sayang. 1st thing mama nak cakap yang mama mintak maaf sangat-sangat sebab buat baby rasa tak selesa harini. Mesti tilam-tilam empuk dah kacau-kacau baby dalam perut mama kan. Sampaikan baby buat mama rasa sengal-sengal, sakit jugak perut ni. Sebenarnya, lunch tadi mama makan kat luar. Harini tak sempat nak bawak bekal. So makan kat luar jer. Macam biasa ma pegi kedai nenek 916 tu sebab teringin benor nak makan nasik lauk gulai lemak lauk ikan masin. Sekarang ni, memang tu je favourite mama. Memang semangat and selera betul nak makan. Tadi, bila masuk kedai terus nampak gulai lemak pucuk ubi. Bukan main banyak lagi mama makan. Then tadi pulak teringin nak minum teo o ais. Even abah dah pesan, minum air suam aje tapi tadi rasa teringin sangat sebab cuaca panas. Layankan aje anak tekak ni nak makan. Bila dah sejam dua jam lepas tu, baru rasa perut mama macam something tak kena. Bila abah call dari off, mama mengadu, terus abah cakap maybe sebab gulai lemak tu. haish! Then baru mama terfikir. Betul jugak tu. Angin kus-kus agaknya baby kat dalam kan. Keshiian baby :)) mama mintak maaf ok. So mama dah tahu benda tu maybe tak boleh makan banyak, so JANJI! taknak bagi baby meragam lagi ok. Sebagai penggantinye, nanti mama minum susu banyak-banyak-banyak eh. sayaaang baby.

10/3 haritu, mama and abah buat first checkup government untuk baby. Alhamdulillah, dah buat buku pink, dah amik darah etc. Awal bulan 4 nanti kita ada appointment dengan doctor. Masa tu kan, kesian betul tengok abah willing amik cuti sebab nak bawak mama pegi klinik. Pukul 9 register, pukul 12.30 baru siap boleh balik. ish-ish! jenuh jugak la. Tapi apa2 pun syukur semua masih dalam keadaan baik. Baby pun semakin membesar. Semua orang tak sabar tunggu baby lahir :))

Setakat ni dulu untuk kali ni ok. Ada masa nanti mama akan update lagi. Sebelum terlupa, tadi abah call lagi. Tanya pasal mama, tanya pasal baby jugak. Abah kirim salam sayang untuk baby. Abah cakap dah lama tak bual-bual dengan baby. Rindu sangat katanya. Tak sabar tunggu abah balik. Abah janji nanti nak bawak kita jenjalan. Kita holiday ok. Will text again. Bye sayang.

eeh.. ini bukan gambar baby tau. mata abah dengan mama kaler hitam :))


big hug and kiss,
mama

Thursday, March 24, 2011

Dear diary..

Oh no. It's almost 2 weeks. Rindu gilak bah!!. uhuhu! mana plak datang sabah ni. haish! Cik husband balik work nanti nak shopping puas-puas, nak rehat puas-puas, nak jenjalan puas-puas, nak rehat puas-puas. Fullstop :)) Semanis Kurma dah start. Tajuk best ni. Out je la eh. Bye diary!

Wednesday, March 16, 2011

Always can't wait to see you :))

Dear diary,

Eh. Perut ada rasa macam kena cubit-cubit la dari dalam. Anak mama marahkan mama ker sebab banyak bergerak harini. Takmo nakal-nakal ok. Kalau tak mama tak bagi baby makan nanti. heheh! Muah! Miss you soo much!!

Tuesday, March 15, 2011

Back to normal.

*sigh!