Tuesday, April 19, 2011

Baby 19 weeks!

"Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku." Sumber: Babycenter.

Dear baby,

Bila dapat update dari babycenter, mama mula nak senyum-senyum. Umur baby dah masuk 19 minggu. Ooo patutlah lately mama rasa macam banyak sangat perubahan yang berlaku. Especially, rasa penat-penat sangat. Rasa sakit-sakit pinggang, rasa perut ni nyut nyit nyut nyit, Rupa-rupanya baby dah start nak aktif kat dalam yer. Dah pandai nak tendang-tendang mama yer. Nak kena ni. Buat mama sakit, buat mama tak boleh tido malam, buat mama kuat makan, sampai buat mama amik mc arini. Cuti sabtu ahad haritu just rehat-rehat kat rumah jer. Itu pun rasa tak cukup lagi. haish! Apa-apa pun mama tetap sayangkan permata hati mama and abah ni. Insyaallah, next month mama and abah scan baby okey. Takmo buat mama sakit-sakit lagi tau. Jadi anak yang baik. Sayang baby! muah!