Tuesday, May 24, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Syukur Tuhan dah makbulkan doa kita..

Dear diary,

Baru lepas call husband tadi. Alhamdulillah, dia makin sehat. Suara pun dah makin ceria. Dah boleh  makan bubur, dah boleh mandi pun. Husband dah la kaki mandi. Bila 2 hari tak dapat mandi mesti gian gila tengok air. Tadi pulak siap dok melawak-lawak lagi. Bila tanya.. abang tengah buat apa tu ? Boleh pulak jawab, abang tengah hisap rokok ni, baru lepas makan, sambil gelak2. Haish! rindu benar kat dia :)) Insyaallah, kata husband esok dah boleh balik. Opis pun dah arrange nak amik buah hati balik rumah. Syukur alhamdulillah...

Tuesday, May 10, 2011

..miss the husband part 2..

i like the way you move

Ujian..

Dear diary,

Firstly nak cakap syukur alhamdulillah sebab keadaan husband bertambah baik harini. Dia dah boleh gurau-gurau, usik-usik dalam telefon dah. Best sangat sebab dapat buat dia ketawa even ada rasa sakit-sakit sikit. Bila dah dengar suara dia makin sehat, secara automatiknya kesihatan aku jugak makin ok harini. Dah 3 4 hari selsema tak baik-baik. Sakit tekak, naik ke hidung, naik ke mata. Masyaallah, hanya tuhan je tahu. Kalau boleh rasa nak rehat puas-puas kat rumah taknak kerja. Semalam pun (Isnin) start kerja tapi emosi terganggu gila. Mana dengan demamnya, mana dengan teringatkan husband yang tengah terlantar sakit. Pendek cerita, memang tak dapat keja la. Ayik teringatkan dia jer. Sedih, tuhan je yang tahu.

Ahad (Mother's Day)
Tak terlewat lagi baru nak wish dalam blog ni Happy Mother's Day to all mothers out there. Dengan mak aku sendiri, memang dah awal2 lagi wish kat dia. Haritu aku tidur kat umah akak aku sebab malamnya nak bawak mak keluar makan. Pukul 7.30 maghrib, tiba-tiba dapat call dari buah hati. Sebelum angkat call memang rasa excited sangat sebab fikir dia dah boleh turun darat. Tapi terkejut benar bila dengar suara dia dah macam sakit-sakit. Husband cakap dia suspect appendik and nak kena operate malam tu jugak. Masa tu tak dapat nak gambarkan keadaan aku macam mana, shock! Nasib mak ada tenangkan aku. Dalam pukul 10 tu, akak aku baru balik kerja then terus celebrate mak kat saba restaurant. Akak aku belanja. Even masa tu, hati asyik melayang-layang entah kat mana sebab teringatkan husband. Pukul 2.30 pagi dapat msg dia dah selamat kena operate. Alhamdulillah, semua selamat katanya. Rasa syukur tuhan je tahu. Ikutkan hati memang aku nak pegi sangat melawat dia kat Kuantan Medical Centre tu, tapi kata husband dia tak harap pulak sebab tak tahu jalan itu ini. Kakak aku pulak tak dapat twist cuti. Frust. Tapi husband cakap keadaan dia makin pulih. Insyaallah esok lusa maybe dah boleh keluar. Kami kena tabah, kena kuat.. demi baby.

Semoga abah & mama dapat hadapi ujian ni dengan tenang.. Semoga sayang cepat sembuh. Sayang selalu..


psst: Rindu sangat nak kiss pipi dia.

Tuesday, May 3, 2011

..miss the husband..

27 days to go

Sunday, May 1, 2011

Shhhhhhh...Rahsia lagi dia :))

Dear baby,

*pagi*
Malam tadi baby buat mama tak boleh tido. Baby main apa kat dalam tu sayang ? ke rasa tak selesa dengan cara mama tido. huhu! Lately, tengah-tengah malam, mama asyik terjaga je sebab kena tendang dengan baby. Ooo nakal dia eh. Nasib abah ada kat sebelah. Bila baby kacau mama tido, mama kacau abah tido jugak. Nasib baik abah faham. Tadi pagi, dalam pukul empat mama terjaga lagi. Badan ma rasa panas, dahaga nak minum susu. Abah pun dengan mata dok pejam-pejam lagi pegi la turun ambikkan mama susu satu gelas. Sayang abah!

*tengah hari*
Mama amik mc arini (khamis) sebab nak check up baby. Abah pun sama jugak sebab gigi abah sakit. Kena cabut tu. So after breakfast terus pegi area Melawati. Mula-mula pegi cabut gigi abah dulu. Tok tek tok tek, selamat gigi abah kena cabut. Kesian dia. Kena jaga makan sebab bekas cabut gigi tadi berlubang gila. haish! takut mama nak tengok. Then, terus pegi Kohilal. Tak jauh pun dari klinik gigi. Kali ni dah masuk lima bulan mama and abah nak jumpa baby, check up baby, scan baby.  Alhamdulillah semua dalam keadaan sehat. Berat mama pun dah naik ke 60 kg. Wah bahagianye rasa tak penah berat badan cecah angka 60. Doctor Zunita tu nice sangat. Selesa la check up dengan dia. Doc cakap, uri baby pun kat atas. Bila mama abah request nak tengok sex baby, malu-malu pulak dia taknak tunjuk yer. Masa tu badan baby mengadap belakang mama kata doc, sebab tu susah sikit nak curik-curik tengok 'tuttut' baby. hehe! Mama rasa geli hati sensorang sebab malam tadi bukan main hero baby tendang-tendang mama tak kasik tido. Ni sekali orang nak tengok dia, malu-malu plak kan. Em..... comel sungguh dia :)) Takpe-takpe, kalau baby malu lagi takpe, tapi nanti bila mama abah scan lagi, taknak malu lagi tau. Muah! Mama pun dah kena cucuk kancing gigi tadi. Tak rasa sakit sangat pun. Tapi dapat mc dua hari. Best! Boleh rehat puas-puas.

*petang*
After balik dari klinik, mama and abah just rehat-rehat je kat rumah. Tido-tido tak sedar jam dah dekat kul 3. Kemas-kemas siap-siap apa yang patut sebab jap lagi nak gerak dah. Mama, abah and baby nak pegi holidayyyy!!

Heritage Hotel, CH