Sunday, May 1, 2011

Shhhhhhh...Rahsia lagi dia :))

Dear baby,

*pagi*
Malam tadi baby buat mama tak boleh tido. Baby main apa kat dalam tu sayang ? ke rasa tak selesa dengan cara mama tido. huhu! Lately, tengah-tengah malam, mama asyik terjaga je sebab kena tendang dengan baby. Ooo nakal dia eh. Nasib abah ada kat sebelah. Bila baby kacau mama tido, mama kacau abah tido jugak. Nasib baik abah faham. Tadi pagi, dalam pukul empat mama terjaga lagi. Badan ma rasa panas, dahaga nak minum susu. Abah pun dengan mata dok pejam-pejam lagi pegi la turun ambikkan mama susu satu gelas. Sayang abah!

*tengah hari*
Mama amik mc arini (khamis) sebab nak check up baby. Abah pun sama jugak sebab gigi abah sakit. Kena cabut tu. So after breakfast terus pegi area Melawati. Mula-mula pegi cabut gigi abah dulu. Tok tek tok tek, selamat gigi abah kena cabut. Kesian dia. Kena jaga makan sebab bekas cabut gigi tadi berlubang gila. haish! takut mama nak tengok. Then, terus pegi Kohilal. Tak jauh pun dari klinik gigi. Kali ni dah masuk lima bulan mama and abah nak jumpa baby, check up baby, scan baby.  Alhamdulillah semua dalam keadaan sehat. Berat mama pun dah naik ke 60 kg. Wah bahagianye rasa tak penah berat badan cecah angka 60. Doctor Zunita tu nice sangat. Selesa la check up dengan dia. Doc cakap, uri baby pun kat atas. Bila mama abah request nak tengok sex baby, malu-malu pulak dia taknak tunjuk yer. Masa tu badan baby mengadap belakang mama kata doc, sebab tu susah sikit nak curik-curik tengok 'tuttut' baby. hehe! Mama rasa geli hati sensorang sebab malam tadi bukan main hero baby tendang-tendang mama tak kasik tido. Ni sekali orang nak tengok dia, malu-malu plak kan. Em..... comel sungguh dia :)) Takpe-takpe, kalau baby malu lagi takpe, tapi nanti bila mama abah scan lagi, taknak malu lagi tau. Muah! Mama pun dah kena cucuk kancing gigi tadi. Tak rasa sakit sangat pun. Tapi dapat mc dua hari. Best! Boleh rehat puas-puas.

*petang*
After balik dari klinik, mama and abah just rehat-rehat je kat rumah. Tido-tido tak sedar jam dah dekat kul 3. Kemas-kemas siap-siap apa yang patut sebab jap lagi nak gerak dah. Mama, abah and baby nak pegi holidayyyy!!

Heritage Hotel, CH