Tuesday, May 10, 2011

Ujian..

Dear diary,

Firstly nak cakap syukur alhamdulillah sebab keadaan husband bertambah baik harini. Dia dah boleh gurau-gurau, usik-usik dalam telefon dah. Best sangat sebab dapat buat dia ketawa even ada rasa sakit-sakit sikit. Bila dah dengar suara dia makin sehat, secara automatiknya kesihatan aku jugak makin ok harini. Dah 3 4 hari selsema tak baik-baik. Sakit tekak, naik ke hidung, naik ke mata. Masyaallah, hanya tuhan je tahu. Kalau boleh rasa nak rehat puas-puas kat rumah taknak kerja. Semalam pun (Isnin) start kerja tapi emosi terganggu gila. Mana dengan demamnya, mana dengan teringatkan husband yang tengah terlantar sakit. Pendek cerita, memang tak dapat keja la. Ayik teringatkan dia jer. Sedih, tuhan je yang tahu.

Ahad (Mother's Day)
Tak terlewat lagi baru nak wish dalam blog ni Happy Mother's Day to all mothers out there. Dengan mak aku sendiri, memang dah awal2 lagi wish kat dia. Haritu aku tidur kat umah akak aku sebab malamnya nak bawak mak keluar makan. Pukul 7.30 maghrib, tiba-tiba dapat call dari buah hati. Sebelum angkat call memang rasa excited sangat sebab fikir dia dah boleh turun darat. Tapi terkejut benar bila dengar suara dia dah macam sakit-sakit. Husband cakap dia suspect appendik and nak kena operate malam tu jugak. Masa tu tak dapat nak gambarkan keadaan aku macam mana, shock! Nasib mak ada tenangkan aku. Dalam pukul 10 tu, akak aku baru balik kerja then terus celebrate mak kat saba restaurant. Akak aku belanja. Even masa tu, hati asyik melayang-layang entah kat mana sebab teringatkan husband. Pukul 2.30 pagi dapat msg dia dah selamat kena operate. Alhamdulillah, semua selamat katanya. Rasa syukur tuhan je tahu. Ikutkan hati memang aku nak pegi sangat melawat dia kat Kuantan Medical Centre tu, tapi kata husband dia tak harap pulak sebab tak tahu jalan itu ini. Kakak aku pulak tak dapat twist cuti. Frust. Tapi husband cakap keadaan dia makin pulih. Insyaallah esok lusa maybe dah boleh keluar. Kami kena tabah, kena kuat.. demi baby.

Semoga abah & mama dapat hadapi ujian ni dengan tenang.. Semoga sayang cepat sembuh. Sayang selalu..


psst: Rindu sangat nak kiss pipi dia.