Saturday, June 25, 2011

Update baby lagi..

Dear diary,

Salam hujung minggu. Rindu nak update belog lagi. Huhu! Firstly nak cakap tengah kenyang sesangat ni sebab baru lepas makan tengah hari bersama husband. Uh! husband dah terlentang pun dia kekenyangan. Harini aku masak gulai lemak udang sama goreng ikan masin dengan telur dadar. Husband cakap marvelous sayang. Dia dengan aku pun bukan main selera lagi makan nasik panas-panas. Masak lemak kan favourite aku. So wajib makan bertambah. Wink! Hari ni takde planning lagi nak kuar mana2. Just lepaking kat rumah jer dulu sambil tengok hindustan. Tapi tak tahu la petang jap lagi kalau rajin terasa nak jenjalan jugak. Dah cakap dengan husband tadi terasa nak makan ais-krim kat Giant yang harga 0.99 sen tu. Series buleh buat aku gian hari-hari nak makan.

Nak cerita pasal baby pulak. Alhamdulillah, Khamis lepas aku dah buat check-up klinik gomen pastu sambung check up kat Kholilah jugak. Hari tu aku dan husband amik cuti sebab pagi kena minum air gula kat AU2. Lama jugak menunggu. Biasa la, gomen stail. Aku kena minum air gula sebab berat badan makin bertambah. Al-maklumlah, aku ni kuat makan. Sehari tak makan nasik boleh menggigil lutut. hehe! Nak taknak, pagi tu terpaksa la minum jugak air gula yang diorang dah sedia. Mak ai! betul-betul kaw. Tapi nasib baik jugak tak sampai seminit aku dah telan semua satu cawan. Then bila tunggu dua jam lepas tu, check darah. Result ok-ok jer. Aku takde kencing manis. Tapi still kena jaga bab pemakanan ni. Sebab bila berat badan cepat naik, takut ada kencing manis, then leh effect pada baby.

Petangnye, kitorang check-up dekat Khohilal pulak. Scan baby. Lama tak tengok baby. Rindu sesangat lah anak mama sorang ni. Sekarang ni pun dia makin aktif. Asyik keja nak tendang siku jer. huhu! Bila tengok balik record baby movement tiap-tiap hari pun, dah tahu baby tengah aktif sekarang ni. Mudah-mudahan baby sehat selalu dalam perut aku ni. Doc kata uri keadaan baik sebab kedudukan dia kat atas. Baby pulak masa tu tengah songsang. Kepala kat atas. Tapi buat masa sekarang ni doc cakap baby still moving. So tak perlu risau lagi. Berat baby pun dah 1.5kg pada 28 minggu. Masih normal. Masa tengah scan tu, excited lagi mintak doc tengokkan cik 'anu' baby. Puas jugak la pujuk-pujuk baby suruh tunjukkan. Finally, pusing punya pusing baby bagi tunjuk jugak sikit. Alhamdulillah, insyaallah mungkin kitorang akan dapat hero kali ni. Yang bestnye, baby bagi tengok sikit je kat celah kangkang dia tu. Yang nampak dia punya 'egg' jer tapi bila pusing-pusing doc nak tengok cik punai nyer menyorok pulak. hehe! geram tau. Malu betul dia. Tapi apa-apapun, Kun faya kun. Lelaki ker perempuan ker.. itu kerja Tuhan. Yang penting aku dan baby selamat semuanya nanti. Insyaallah.. 

Untuk persiapan baby yang akan lahir nanti.. almost 95% barang-barang keperluan dia kitorang dah beli. List barang-barang baby pun dah banyak di potong. Segala baju, tilam,  botol susu, makeup baby, sabun mandi, ubat baby, napkin, selimut bedung semua dah beli.  Semuanya kaler-kaler plain jer sebab dah dapat feel awal-awal lagi baby boy yang nak pakai. Tinggal barang-barang mama baby jer yang tak cari habis lagi. Seronok tau survey-survey cari barang baby ni. Sumpah! aku tak tipu. Lagi best dari nak cari beli barang-barang perabot rumah hari tu. Segala tok kaduk kedai baby, semua kami pegi. Tesco, giant, anakku, jusco, carrefour, manjaku semua dah siap selongkar. Cuma kat Puchong my dear jer belum pegi lagi. Next week katanya ada sale. Takde papehal weekend depan boleh pegi nak survey cari baby cot pulak. Insyaallah..

Soal nama baby ? uhuhu semalam cik husband dah start kalut-kalut nak fix kan nama baby even major name untuk baby dah ada. Hari tu, dia yang beriya sekali cakap kalau baby girl, abah yang bagi nama. Tapi kalau baby boy, mama yang bagi. Tapi sekarang ni dia plak yang excited belek-belek buku nak letak nama baby. Haish! tak aci ni. Dah la dah masuk dua nama aku berkenan, dia pulak tak berkenan. ehehe! Dari awal lagi ingat nak letak nama adam, tapi sekarang ni musim anak nama adam menjadi-jadi pulak. So, cik husband tak setuju. Bila cakap nak letak ada iman kat belakang, kebetulan anak kawan cik husband pulak ada nama iman. haish! puas jugak dok gaduh-gaduh dengan pakcik sorang tu. huhu! itu pun dia tak setuju jugak. ish2! Geram betul sebab dia lagi sibuk nak bagi nama baby :)) Apa-apa pun, tengok la nanti final nak letak nama apa. Yang pasti, nama Rayyan mesti ada. Sebab makna pun baik (Pintu syurga bagi orang yang berpuasa), then baby pun insyaallah akan lahir after raya nanti. Tak sabar rasanya nak tatap buah hati sendiri..

Ok diary, will update later. Mau tonton hindustan dulu. babaii!

*****

He is everything

psst: Best pulak layan dil to pagal hai kat tv ni.

Wednesday, June 22, 2011

Tak sabar rasanye..

Dear diary,

Tak sabar rasanya nak buat check up baby esok. Em.. tak sabar nak minum air gula jugak esok. Pheww! Harap-harap esok tak termuntah. Baby kat dalam tolong mama ok. Muah!

Thursday, June 16, 2011

Baby 27 weeks

Baby 27 weeks

INFO: Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak. Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan. Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. 


psst: Memang ada rasa kejang betis and sesak nafas pun. pheew!

Wednesday, June 15, 2011

Testimonial..

Dear baby,


Hari ni mama try buat testimonial. Selalunya banyak yang mama dengar and baca, orang yang pregnant ni kena banyak minum air. Jadi mama pun terfikir, banyak tu macam mana banyaknye ? Rasanya sampai sekarang ni dah dekat 3 liter air kosong dah masuk dalam perut. Pastu mula lah tak sampai seminit asyik nak ulang alik masuk toilet. Haish! Tak laratnyee.. Nak bawak tikar bantal masuk toilet la kalau macam ni..

Friday, June 10, 2011

Surprise present!

Dear diary,

Lately rasa makin teruja nak update belog. Maybe rasa excited dalam hati ni masih berkobar-kobar lagi kot. Tak sabar menanti insan istimewa dalam hidup. Macam korang dulu-dulu jugak la kan. hehe! Tadi petang sempat lagi aku blogwalking satu belog ni. So terbaca la pulak tips macam mana nak tahu baby dalam kandungan kita ni lelaki or perempuan. Maklumlah, disebabkan baby dalam perut ni malu-malu sangat nak showoff cik 'anu' nyer even dah tiga kali scan, jadi bila baca tips tu hati munga-munga la jugak main agak-agak yang baby kat dalam ni boy or girl. Hari-hari rasa tertanya-tanya. haish! Nak buat scan 4d, husband tak bagi kata putus lagi. yaw!

So, buat masa sekarang ni just main agak-agak cara traditional jer la kan. hehe! Kadang-kadang rasa seronok jugak jadi macam ni sebab kite akan rasa surprise jer tiap masa. Tapi, hakikatnya aku nak sesangat tahu pasal baby sekarang. Memang la tak kisah anak pertama ni  baby boy or girl, janji dia sehat, tapi biasalah.. Ibu mana tak rasa teruja kan? Lebih-lebih lagi bila cakap soal nak menyoping barang baby. Of course la kite nak sangat tahu. Jadi, buat masa sekarang ni, aku baru prepare sikit-sikit jer dulu barang baby. Baju baby pun baru beli dua pasang. Itu pun kaler plain-plain jer. Tak berani nak beli kaler pinker lagi. Buatnye yang keluar nanti baby boy, kan dah teraniaya baby aku. huhu! Apa-apapun, meh baca tips kat bawah ni for sharing :))
 Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki


* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
* Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
* Perut anda kelihatan bulat sempurna
* Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
* Bentuk perut condong ke arah bawah
* Sukakan makanan yang masam dan masin
* Suka makan daging dan keju
* Tapak kaki selalu berasa sejuk
* Tangan selalu kekeringan
* Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
* Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
* Hidung tampak lebih mekar
* Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan


* Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payudara kelihatan mengembang
* Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Firasat hamba.. macam lebih pada baby boy kot. hehe! Sebab sikit-sikit tu ada jugak kebetulannya. Tapi Apa-apapun, biar Tuhan yang tentukan. Yang paling penting sekali aku nak baby selalu dalam keadaan sehat dan sempurna.  Jumpa lagi di lain entry. Byeeee :))

Thursday, June 9, 2011

Saat terindah..

Dear baby,


Saat paling indah untuk mama dan abah bila pertama kali rasa baby dah bergerak. Seawal mama, dari baby umur 4 bulan lagi ma dah rasa perut berdenyut-denyut manja. Masa tu, rasanya tak kuat lagi. Maybe baby pun time tu tak cukup kuat lagi nak main-main aci tendang dengan mama. Bila dapat rasa first kick dari baby, mama dan abah rasa teruja sangat-sangat. Kadang-kadang mama akan termenung sorang-sorang tengok perut mama tunggu baby tendang mama lagi. Oh! hows sweet. Hanya kaum-kaum  ibu mengandung macam mama sekarang ni je yang boleh bayangkan perasaan happy masa tu.

Sekarang, umur baby dah 26 bulan. Macam-macam perubahan berlaku pada mama, perubahan pada baby jugak kan? baby sekarang dah makin besar. Aktif pulak tu. Kalau dulu baby tendang mama main2 jer. Tapi sekarang ni bukan main lagi baby smackdown mama, baby kick mama and macam-macam lagi la sampai kenkadang tu buat mama tersentak. Tapi masih malu-malu nak hint yang baby ni baby boy or baby girl. Suka buat orang suspend, suka buat orang tertanya-tanya eh. haish! rasa macam nak cubit baby jer :))

Bila kat opis, baby cukup cam dengan bunyi mesin photostat. Yela mama kan keja opis. Tapi mama bukan kerani tau. hehe! mama selalu perasan bila mama berdiri depan mesin, baby pun ikut skali potostat kat dalam. Tong tang tong tang baby tendang mama. Mungkin bising sangat kot mesin potostat kat opis mama ni. Takpe..takpe, nanti ma suruh en zul tukar mesin baru kurang bunyik eh. cyunk baby!

Bila kat rumah pulak, baby pantang betul kalau mama tidur or baring terlentang macam tu jer. Betul kata doc, posisi tu melentang memang tak sesuai untuk baby dalam kandungan. Selalunya, bila mama boring.. nak main dengan baby, then ma akan baring terlentang. Then masa tu cepat2 baby gerak-gerak. Rimas kot sebab tummy mama jadi sempit. hehe! comel la dia. Kalau dulu, baby tendang kejap-kejap jer, tapi sekarang ni bukan main hero lagi dia. Siap mama tengok perut mama beralun lagi. Sweet moment tau even kadang-kadang rasa nak *ping (tampar) je baby sebab ganggu mama tengah tidur malam. Lagi satu, sekarang ni baby dah makin cam suara mama and abah. Bila abah takde, bukan main syok lagi baby nak gurau dengan mama, tapi bila abah dah balik keja.. senyap je dia dalam perut.. baik je dia.. macam tak buat salah ape2 je dgn mama kan. Puas jugak pujuk bagi baby gerak sebab nak tunjuk kat abah. hai! sayang.. sayang.. kecik-kecik lagi dah tunjuk perangai comel dia kan.

Dan yang paling penting, baby sangat la baik sangat bila mama masuk dalam kereta jer sambil bukak cd zikir, baca quran dan lain-lain. Kalau kat rumah pun macam tu jugak. Alhamdulillah, dari baby dalam rahim mama lagi mama dan abah kena ajarkan baby benda yang baik-baik. Baby mesti rasa tenang kan dengar alunan zikir tu. Abah and mama jugak selalu bacakan al-quran lepas solat maghrib untuk baby dan family kita. Semoga baby jadi anak yang baik satu hari nanti. Amin!


psst: menghitung hari

Monday, June 6, 2011

Sedapnya kurma

Dear diary,

Happy Monday blues. Just nak cakap, bila dah pregnant ni.. baru gelabah nak cari kurma. Bila dah makan terus nak cakap.. uh! sedapnya kurma. haish!

Friday, June 3, 2011

ehem..

Dear diary,

Rasa macam banyak sangat cerita nak update. Tapi bila jari mula nak taip, idea hilang stuck macam tu jer. huhu.. Btw, apa-apa pun lately aku asyik nak blogwalking kat mama to be tak pun be a mama punye blog je sekarang. huhu! ambik pengalaman orang katanye. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan hambanye ini. Amin :))