Friday, June 10, 2011

Surprise present!

Dear diary,

Lately rasa makin teruja nak update belog. Maybe rasa excited dalam hati ni masih berkobar-kobar lagi kot. Tak sabar menanti insan istimewa dalam hidup. Macam korang dulu-dulu jugak la kan. hehe! Tadi petang sempat lagi aku blogwalking satu belog ni. So terbaca la pulak tips macam mana nak tahu baby dalam kandungan kita ni lelaki or perempuan. Maklumlah, disebabkan baby dalam perut ni malu-malu sangat nak showoff cik 'anu' nyer even dah tiga kali scan, jadi bila baca tips tu hati munga-munga la jugak main agak-agak yang baby kat dalam ni boy or girl. Hari-hari rasa tertanya-tanya. haish! Nak buat scan 4d, husband tak bagi kata putus lagi. yaw!

So, buat masa sekarang ni just main agak-agak cara traditional jer la kan. hehe! Kadang-kadang rasa seronok jugak jadi macam ni sebab kite akan rasa surprise jer tiap masa. Tapi, hakikatnya aku nak sesangat tahu pasal baby sekarang. Memang la tak kisah anak pertama ni  baby boy or girl, janji dia sehat, tapi biasalah.. Ibu mana tak rasa teruja kan? Lebih-lebih lagi bila cakap soal nak menyoping barang baby. Of course la kite nak sangat tahu. Jadi, buat masa sekarang ni, aku baru prepare sikit-sikit jer dulu barang baby. Baju baby pun baru beli dua pasang. Itu pun kaler plain-plain jer. Tak berani nak beli kaler pinker lagi. Buatnye yang keluar nanti baby boy, kan dah teraniaya baby aku. huhu! Apa-apapun, meh baca tips kat bawah ni for sharing :))
 Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki


* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
* Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
* Perut anda kelihatan bulat sempurna
* Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
* Bentuk perut condong ke arah bawah
* Sukakan makanan yang masam dan masin
* Suka makan daging dan keju
* Tapak kaki selalu berasa sejuk
* Tangan selalu kekeringan
* Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
* Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
* Hidung tampak lebih mekar
* Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan


* Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payudara kelihatan mengembang
* Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Firasat hamba.. macam lebih pada baby boy kot. hehe! Sebab sikit-sikit tu ada jugak kebetulannya. Tapi Apa-apapun, biar Tuhan yang tentukan. Yang paling penting sekali aku nak baby selalu dalam keadaan sehat dan sempurna.  Jumpa lagi di lain entry. Byeeee :))