Saturday, June 25, 2011

Update baby lagi..

Dear diary,

Salam hujung minggu. Rindu nak update belog lagi. Huhu! Firstly nak cakap tengah kenyang sesangat ni sebab baru lepas makan tengah hari bersama husband. Uh! husband dah terlentang pun dia kekenyangan. Harini aku masak gulai lemak udang sama goreng ikan masin dengan telur dadar. Husband cakap marvelous sayang. Dia dengan aku pun bukan main selera lagi makan nasik panas-panas. Masak lemak kan favourite aku. So wajib makan bertambah. Wink! Hari ni takde planning lagi nak kuar mana2. Just lepaking kat rumah jer dulu sambil tengok hindustan. Tapi tak tahu la petang jap lagi kalau rajin terasa nak jenjalan jugak. Dah cakap dengan husband tadi terasa nak makan ais-krim kat Giant yang harga 0.99 sen tu. Series buleh buat aku gian hari-hari nak makan.

Nak cerita pasal baby pulak. Alhamdulillah, Khamis lepas aku dah buat check-up klinik gomen pastu sambung check up kat Kholilah jugak. Hari tu aku dan husband amik cuti sebab pagi kena minum air gula kat AU2. Lama jugak menunggu. Biasa la, gomen stail. Aku kena minum air gula sebab berat badan makin bertambah. Al-maklumlah, aku ni kuat makan. Sehari tak makan nasik boleh menggigil lutut. hehe! Nak taknak, pagi tu terpaksa la minum jugak air gula yang diorang dah sedia. Mak ai! betul-betul kaw. Tapi nasib baik jugak tak sampai seminit aku dah telan semua satu cawan. Then bila tunggu dua jam lepas tu, check darah. Result ok-ok jer. Aku takde kencing manis. Tapi still kena jaga bab pemakanan ni. Sebab bila berat badan cepat naik, takut ada kencing manis, then leh effect pada baby.

Petangnye, kitorang check-up dekat Khohilal pulak. Scan baby. Lama tak tengok baby. Rindu sesangat lah anak mama sorang ni. Sekarang ni pun dia makin aktif. Asyik keja nak tendang siku jer. huhu! Bila tengok balik record baby movement tiap-tiap hari pun, dah tahu baby tengah aktif sekarang ni. Mudah-mudahan baby sehat selalu dalam perut aku ni. Doc kata uri keadaan baik sebab kedudukan dia kat atas. Baby pulak masa tu tengah songsang. Kepala kat atas. Tapi buat masa sekarang ni doc cakap baby still moving. So tak perlu risau lagi. Berat baby pun dah 1.5kg pada 28 minggu. Masih normal. Masa tengah scan tu, excited lagi mintak doc tengokkan cik 'anu' baby. Puas jugak la pujuk-pujuk baby suruh tunjukkan. Finally, pusing punya pusing baby bagi tunjuk jugak sikit. Alhamdulillah, insyaallah mungkin kitorang akan dapat hero kali ni. Yang bestnye, baby bagi tengok sikit je kat celah kangkang dia tu. Yang nampak dia punya 'egg' jer tapi bila pusing-pusing doc nak tengok cik punai nyer menyorok pulak. hehe! geram tau. Malu betul dia. Tapi apa-apapun, Kun faya kun. Lelaki ker perempuan ker.. itu kerja Tuhan. Yang penting aku dan baby selamat semuanya nanti. Insyaallah.. 

Untuk persiapan baby yang akan lahir nanti.. almost 95% barang-barang keperluan dia kitorang dah beli. List barang-barang baby pun dah banyak di potong. Segala baju, tilam,  botol susu, makeup baby, sabun mandi, ubat baby, napkin, selimut bedung semua dah beli.  Semuanya kaler-kaler plain jer sebab dah dapat feel awal-awal lagi baby boy yang nak pakai. Tinggal barang-barang mama baby jer yang tak cari habis lagi. Seronok tau survey-survey cari barang baby ni. Sumpah! aku tak tipu. Lagi best dari nak cari beli barang-barang perabot rumah hari tu. Segala tok kaduk kedai baby, semua kami pegi. Tesco, giant, anakku, jusco, carrefour, manjaku semua dah siap selongkar. Cuma kat Puchong my dear jer belum pegi lagi. Next week katanya ada sale. Takde papehal weekend depan boleh pegi nak survey cari baby cot pulak. Insyaallah..

Soal nama baby ? uhuhu semalam cik husband dah start kalut-kalut nak fix kan nama baby even major name untuk baby dah ada. Hari tu, dia yang beriya sekali cakap kalau baby girl, abah yang bagi nama. Tapi kalau baby boy, mama yang bagi. Tapi sekarang ni dia plak yang excited belek-belek buku nak letak nama baby. Haish! tak aci ni. Dah la dah masuk dua nama aku berkenan, dia pulak tak berkenan. ehehe! Dari awal lagi ingat nak letak nama adam, tapi sekarang ni musim anak nama adam menjadi-jadi pulak. So, cik husband tak setuju. Bila cakap nak letak ada iman kat belakang, kebetulan anak kawan cik husband pulak ada nama iman. haish! puas jugak dok gaduh-gaduh dengan pakcik sorang tu. huhu! itu pun dia tak setuju jugak. ish2! Geram betul sebab dia lagi sibuk nak bagi nama baby :)) Apa-apa pun, tengok la nanti final nak letak nama apa. Yang pasti, nama Rayyan mesti ada. Sebab makna pun baik (Pintu syurga bagi orang yang berpuasa), then baby pun insyaallah akan lahir after raya nanti. Tak sabar rasanya nak tatap buah hati sendiri..

Ok diary, will update later. Mau tonton hindustan dulu. babaii!

*****

He is everything

psst: Best pulak layan dil to pagal hai kat tv ni.