Monday, July 4, 2011

Changes..

Dear diary,

Sebenarnya kite tak perlu pun pegi jauh semata-mata nak menghayati kekuasaan Allah SWT. Tak perlu  sangat pun nak panjat bukit tinggi-tinggi, then tengok matahari naik dan terbenam.. Uh! Allah maha besar. Tengok laut yang tenang, Masyaallah.. besarnya kuasa Allah. Sebenarnya, bila dapat merasai sendiri jadi ibu mengandung ni, terlalu banyak sangat yang kita sedar and patut mensyukuri nikmat yang Allah dah bagi pada kita. Setiap kejadian yang berlaku tu, ada hikmahnye. Macam aku jugak. Alhamdulillah, semenjak mengandung ni.. banyak benda yang aku belajar. Yakin Kebesaran Allah tu memang takde tolak bandingannye.

Bila mengandung ni, banyak sangat perubahan yang berlaku pada kita and kadang-kadang buat kita berfikir sendiri.. macam mana bayi dalam kandungan boleh sehat dan membesar sedangkan, bila tengok perut ni macam tak yakin jer yang sebenarnya ada makhluk suci Allah dah tercipta. 

Apa perubahan tu eh ? Pengalaman aku sendiri la, just sharing :))

Alah
Ini yang buat semua ibu-ibu mengandung resah sampai takleh tidur malam. Muntah, pening, loya.. itu dah jadi perkara biasa bila dah mengandung. Bagi aku, alhamdulillah.. alah tak teruk sangat. Masuk bulan ke-2.. alahan aku dah ok. Baik seperti sedia kala. Dah tak rasa nak muntah-muntah lagi. Sampaikan boleh terfikir taknak makan sebab taknak sakit muntah balik. haish! Masa tu nasib ada husband yang jadi penguat. Paling kenangan bila aku disahkan hamil tak lama lepas kitorang nikah. Bunting pelamin kata orang eh. Pegi honeymoon pun dah lewat dua tiga bulan So kesimpulannye, dalam pada honeymoon, sambil mabuk-mabuk. Kesian betul. Nak jenjalan pun tak senang. Bila makan, mesti nak keluar balik. *Derita sekejap* Tapi lama-lama, alah pun hilang. Alhamdulillah.. 

Perut Muncit
Makin hari, perut makin besar. Maknanye, baby dalam kandungan pun semakin hari makin membesar. Bila hari-hari tengok perut sendiri depan cermin, mesti akan tersenyum sorang-sorang. Eh! dah besar anak mama rupanya. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik suka main 'masak-masak' main 'mak-mak'. Masa tu aku la paling excited sekali nak jadi mak. Pastu sumbat bantal dalam baju. Pastu buat-buat jalan terkedek-kedek buat-buat pegi pasar beli sayur. (Padahal sayur tu daun-daun pokok jer pun.hihi). Best sangat. Terasa cepatnye masa berlalu. Realitinya, aku dah mengandung betul-betul pun sekarang ni.

Thanks cik google. Pic sape la jadi mangsa ni.hehe..

Pusat terjojol
Bab ini lagi best. hehe! memandangkan perut makin besar, akibatnya pusat lah yang jadi mangsa. Effect dari baby dalam kandungan makin membesar, jadi baby pun dah force pusat mama terjojol keluar. Cantik betul :)) Bila di fikir-fikir balik, Oh! macam ni rupanya Allah ciptakan pusat kita. Selalunya nampak pusat ke dalam je kan. Tapi bila pregnant ni, semua dah berubah..

Stretch marks
Dengarnye kebanyakan perempuan mengandung tak terlepas dengan stretch marks. Ala.. macam kesan garis halus kat badan tu. Selalunya benda ni jadi sebab kulit menegang akibat force dari baby. Tapi pada aku, alhamdulillah setakat 7 bulan pregnant ni, tak nampak lagi kesan stretch marks kat my tummy. Perut masih nampak comel. hehe! pheeww! Ini pun maybe sebab aku rajin sapu lotion badan kot. Alhamdulillah..

Siang mengantuk malam berjaga
Ahak! ini satu perkara lagi. Bila anda dah mengandung, bab ni kita kena lah bersedia dari awal lagi. Tidur malam kita akan sentiasa diganggu oleh si kecil dalam perut. eheh! tak kira masa dia nak main-main dengan kita. Macam aku jugak. Makin hari, makin perut besar.. makin galak baby dalam perut belajar menendang, mensiku.. dan macam-macam men lagi lah sampaikan.. alahai susahnye nak tidur lena. Pandai betul baby dah bagi mama dia practise awal-awal lagi supaya bila baby dah keluar nanti, kita senang bangun jaga dia. Sekarang ni pun, satu malam dalam 4 5 kali jugak aku terjaga. Nak terkencing la.. tak boleh lena la.. macam-macam lagi. Bila tengok cik husband tidur lena je kat sebelah.. haish! mana aci kan. Aku pun amik tangan dia letak kat perut aku jugak. Then, husband pun terjaga sama. hehe! Bila husband pujuk-pujuk, usap perut sikit, baru la baby senyap sikit. Pandai betul dia..

Sebenarnya, banyak lagi perubahan yang berlaku and akan berlaku pada warga bakal ibu macam aku nih. Nak tahu. Mengandung la sendiri eh :)) Mesti kita akan sentiasa mensyukuri nikmat Allah yang satu ni. Insyaallah..