Thursday, July 7, 2011

Mari Mencuba..

Dear diary,

Kebelakangan ni nafsu makan asyik memuncak tinggi. Hari-hari nak googling, searching and blogwalking cari apa resipi best yang boleh dicuba. Tambah pulak cik husband pun kuat makan sama. So rasa excited nak memasak tu tetap berkobar-kobar. hehe! Haritu first time buat spegati daging. Hum!! sedap.. huhu! Lain kali boleh try buat spegeti lain pulak.. So kali ni, tengah dok walking blog, terjumpa satu resipi ni dari blog 'Dari Dapur Kecah'. Marvelous jer nampaknye. Dah la favourite aku nih. kalau tiap kali masuk KFC. Cheezy Wedges. Then, boleh la sharing and cuba jaya nanti :))



BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices) (saya guna SCS cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Apa lagi ? selamat mencuba..