Friday, July 15, 2011

Hobi baru :))

Dear diary,

Seperti semua sedia maklum.. (ecece! macam lisa surihani buat PC plak), aku sekarang ni makin aktif blogwalking blog-blog masakan. Kalau boleh tiap-tiap hari google tengok resipi baru itu ini then buat testimonial sendiri kat umah. Tukang juri bagi markah sape lagi kalau bukan husband sendiri. hehe! Setakat ni, apa yang aku masak.. jarang jugak la dia nak komplain lebih-lebih takut isteri merajuk then terbantut nak main masak-masak lagi kat umah. lalalala :))

Oh! sebelum terlupa nak promote satu blog ni. Memang superb la blog ni sebab banyak update masakan yang super boleh leleh air liur buat mayonis tau. Series! tak tipu.. plus bila tengok dia buat cake, cupcake whatsoever yang berkaitan dengan chocs.. Fuh! speechless sudah. Rasa macam nak menginap  free kat rumah dia selama setahun boleh? Feel free to visit her blog.

http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/

Ok, boleh sambung balik dah. huhu! Setakat ni pun, alhamdulillah sebab dapat husband yang memahami. Rajin masak jugak pulak tu. Jadi, kalau boleh hari-hari kitorang akan bawak bekal sendiri dari rumah. Pagi-pagi lagi dua laki bini ni dah turun dapur tong tang tong tang sediakan breakfast sesama. Best tau! Kalau bab-bab potong bawang, sayur.. memang serah pada dia ajer. Sambil potong sayur, sambil kaki letak atas tong gas. ehehe! soo comel ;p

After balik keja pun sama jugak. Kalau kitorang tak gian nak keluar jenjalan.. cooking is the best way. Tak kisah la masak ape pun, asalkan dapur berasap. Jadi untuk minggu ni, ada menu baru yang aku dah cuba.. antaranya cheezy wedges (gigih buat cheese sendiri ok) then sandwich ayam. huhu! Even dengar macam tak mencabar je kan lain la kalau masak rendang ke, masak hitam ker.. tapi have fun betul dapat makan sendiri apa yang kita masak. Jom nak sharing sikit ;)

Gigih tanya husband nak letak nama apa. Last-last jadi Sandwich chicken je senang. hehe!

Maha senang je nak buat bendalah ni. Main campak-campak, reka-reka jer apa bahan yang dah ada dalam peti. Mula-mula tumis bawang merah+putih dengan mentega sampai masak. Kemudian masukkan isi ayam yang dipotong halus+hotdog. Masukkan sikit garam+secukup rasa+blackpepper. Dah masak tu angkat then gaul dengan mayonis. Bakar roti then letak kepingan cheese then jadikan isi ayam tadi sebagai inti sandwich. Enak dimakan seisi keluarga :))

Ini dia cheezy wedges yang pernah digempar-gemburkan sebelum ni. Jadi jugak aku buat akhirnya. Nak tahu resipi boleh tengok previous entry aku eh.

Okeylah, memandangkan banyak lagi keja kat opis yang perlu aku beres.. so mau angkat kaki tangan stop dulu la untuk entry kali ni. Ada masa nanti nak showoff lagi segala tok kaduk menu yang bakal aku cuba. Bubye!