Thursday, July 14, 2011

Latihan berjaga tengah malam

Dear diary,

Semalam adalah malam pertama practise macam mana nak berjaga malam bila Rayyan dah lahir nanti. Yaw! Sebelum kena jaga Rayyan, abah Rayyan pulak yang tiba-tiba meragam malam tu. Dia tak boleh tidur sebabnyer kembung perut angin makan asam jeruk banyak sangat. Itu la akibatnyer kalau degil tak dengar cakap isteri. Padahal aku dah banyak kali pesan suruh stop dulu makan asam, tapi dia dok makan-makan jugak. Kan dah tak boleh tidur malam. Disebabkan masing-masing penat, jadi tiap-tiap malam asyik tidur awal jer. Segala aktiviti malam terpaksa kena 'offline' dulu. hehe! Penat punya pasal. Lagipun, makin Rayyan besar ni.. makin susah jugak la aku nak tidur nyenyak.. apatah lagi nak mimpi-mimpi indah. pheew!

Malam tadi aku kerap terjaga. Kesian tengok cik husband dah makin nak demam-demam tu. Aku sapukan minyak angin kat perut supaya dia cepat-cepat kentut.. cepatlah buang angin sikit. Sambil urut, sambil mata pejam sambil menguap. Haish! 'Keranamu.. setia ku korbankan sayang' ececece! So, macam tu la jugak bila Rayyan dah ada nanti. Mesti terpaksa berjaga tiap-tiap malam bagi Rayyan minum susu. Itu belum baby buat perangai malam-malam sakit perut, kembung perut dll. Tapi takpe. Insyaallah, semoga Allah sentiasa permudahkan hambanya yang bakal menjadi ibu nanti ni..

Pukul berapa kitorang terlena balik pun aku tak tak sedar. Tapi sedar-sedar je bunyi azan pukul 6 tadi tengok cik husband takde kat sebelah. Ya ampun! sangat-sangat kaget tau! Dalam hati terfikir 'manalah laki aku lari ni?' panggil punya panggil rupanya dia tidur kat bawah. Sejuk katanya tidur kat atas sebab taknak kacau aku tidur lagi. Hm.. sayang.. sayang. Bila aku pegang badan, dah suam panas dah badanyer nak demam. Harap-harap dia cepat sembuh.. Sapa tak sayang laki oooiii!!