Saturday, July 23, 2011

Rayyan 33 minggu.

Dear baby,

Assalamualaikum sayang mama yang makin-makin nakal sekarang ni. Harap Rayyan sehat selalu dalam tummy mama. Mama dan abah selalu rindukan Rayyan tau. Hari-hari nak sembang-sembang dengan Rayyan sebab yang bestnye Rayyan bagi respone. Hari-hari nak check barang-barang Rayyan dalam bilik sebelah kot-kot semut bawak lari baju-baju Rayyan. hehe! Ok kali ni mama nak update lagi perkembangan buah hati mama ni. Alhamdulillah, Rabu lepas mama dan abah dah buat check-up Rayyan lagi kat AU2. Appointment dengan doc untuk kali kedua. Macam biasa, hari tu kami terpaksa amik cuti semata-mata untuk Rayyan. Sampai klinik pukul 8.30 pagi then pukul 10.00 pagi baru nama mama kena panggil. Biasa la kalau check-up klinik kerajaan ni, kalau tak kematu buntut tak sah la kan. huhu! Kesian abah dah bosan sangat dah dia. Beli paper pun dah berapa kali baca kot. Tapi, demi anak mama dan abah ni.. abah cool ajer. cyunk sangat!

Masa mama buat check-up, umur Rayyan dah 33 minggu. Masa buat scan pun, doc cakap Rayyan baik-baik jer. Normal. Berat Rayyan dah 2.5kg. Pheew! dah berisi rupanya anak mama ni. Patutlah makin berat jer bila mama nak berjalan bawak perut. First doc cakap berat Rayyan dah 2.5kg, rasa terkejut jugak. Risau takut Rayyan over weight plak nanti. Tapi doc cakap, baby still normal. So mama pun tak risau sangat la. Bila bagi tau abah pun, abah terkejut jugak. Sebab masa Rayyan 7 bulan, berat Rayyan baru 1.5kg. Abah gelak jer geli hati kot tengok anak dia cepat sangat membesar. Ni mungkin kesan sampingan abah paksa mama minum susu je lately kot. huhu! Tak kisah lah, asalkan anak mama ni sehat dan selamat nanti. Insyaallah.. Hm, doc pun bagitau plasenta normal. Kedudukan di atas. Then, sempat lagi skodeng cik 'anu' Rayyan. hehe! siap doc zoomkan 'egg' Rayyan then printkan lagi. huhu! Good! good! anak mama ni.. :))

Kalau Rayyan nak tahu, sekarang ni pun abah asyik pening-pening kepala fikirkan masa depan family kita. Kalau boleh abah dah tak nak keja tinggalkan kita lagi.. taknak pegi laut lagi. Memandangkan tempat kerja abah sekarang ni ada banyak sangat probs, jadi abah buat keputusan cari kerja lain. Alhamdulillah, abah dah dapat keja baru pun. Ini rezeki Rayyan mungkin. Yang bestnyer abah takkan tinggalkan kita lagi nanti. Harap-harap abah dapat sesuaikan diri kat tempat keja baru nanti. Insyaallah.. Even kadang-kadang terasa pusing jugak fikirkan macam mana nak cari duit lebih untuk besarkan Rayyan nanti, tapi kami realise yang rezeki Rayyan Tuhan dah tunjuk awal-awal pun lagi. First, masa Rayyan umur 7 bulan, dah ada orang sedekahkan duit untuk Rayyan, namanya pakcik Yeop jual char keow teow. huhu! Disebabkan mama and abah asyik makan kat kedai dia.. so abah pun jadi muhibbah dengan pakcik tu. Alhamdulillah.. rezeki untuk Rayyan, kami simpan duit tu. Dah boleh belikan tabung untuk Rayyan la nanti kan.. Yang keduanya, masa umur Rayyan 7 bulan jugak, pertama kali kolostrum mama keluar. Syukur alhamdulillah.. itu rezeki untuk Rayyan lagi. Bila kami fikirkan balik, sepatutnya kami tak perlu risau tentang itu semua. Insyaallah, Tuhan maha kaya.. Semoga Tuhan sentiasa permudahkan urusan kita. Apa yang mama selalu harapkan yang Rayyan sentiasa sehat dan mama dapat lahirkan anak mama ni dengan selamat. Amin!